" SALAM REFORMASI "

" Kepada Rakyat Negeri Sabah, Bangkitlah Kita Bersama-sama , Perjuangkan Hak Kita, Belalah Nasib
Anak Bangsa Kita,Jangan Wariskan Beban Hidup Kita Kepada Genarasi Akan Datang,Reformasikan Hidup Kita, Reformasikan Negeri Kita, Reformasikan Negara Kita! "

Wednesday, February 4, 2009

Sebab Adun Bota kembali ke Umno

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Datuk Nasarudin Halim memberi tiga sebab mengapa beliau kembali semula ke pangkuan Umno dan Barisan Nasional.

nasarudin hashimBeliau menjelaskan demikian dalam satu kenyataan ringkas yang diedarkan kepada pihak media selepas sidang akhbar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya petang ini.

Pada 25 Januari lalu, Nasarudin Hashim mengumumkan keluar dari Umno untuk menyertai PKR.

Nasaruddin (foto) membuat pengumuman menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Berikut adalah kenyataan penuh Nasarudin

Dengan rasa penuh tanggungjawab sebagai rakyat negeri Perak, yang ingin melihat wujudnya sebuah kerajaan yang stabil di negeri yang saya kasihi ini dan setelah mengambil pertimbangan perkara-perkara berikut, iaitu:

bullet button Keadaan politik yang tidak menentu hingga wujud satu kerajaan yang tidak kukuh di negeri Perak;

bullet button Mengambil kira dan menghormati rakyat, pengundi-pengundi di kawasan pilihanraya N39 Bota serta menghormati prinsip-prinsip dan amalan demokrasi; dan

bullet button Mengambil kira nasihat dan pandangan rakan-rakan politik dan orang-orang perseorangan yang ingin melihat wujud keadaan dan suasana politik dan kerajaan yang kukuh di negeri Perak:

Maka saya dengan perasaan penuh kesedaran dan tanggungjawab kembali semula menyertai Umno dan Barisan Nasional mulai daripada hari ini.

Sunday, January 25, 2009

ADUN BOTA NEGERI PERAK SERTAI PARTI KEADILAN RAKYAT

PETALING JAYA, 25HB JANUARI 2009
Assalamualaikum,
Setelah membuat pertimbangan terutamanya apabila melihat perkembangan suasana politik khasnya arah tuju sokongan rakyat selepas Pilihanraya Umum ke 12 pada bulan Mac 2008, serta keadaan-keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan Umno, saya dengan ini mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat.
Keputusan ini diambil setelah lama meneliti dan mempertimbangkan kepentingan rakyat seluruhnya khususnya buat para penyokong dan pengundi saya di kawasan Dewan Undangan Negeri Bota:-
Saya amat yakin dengan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum di negara ini.
Saya yakin Parti Keadilan Rakyat akan tetap menjunjung dan menghormati hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
Saya percaya Parti Keadilan Rakyat dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat mampu untuk menjadi sebuah permuafakatan komponen parti-parti yang lebih baik demi kepentingan rakyat seluruhnya.
Untuk membolehkan saya menjadi ADUN yang lebih berkesan dan memberi khidmat terbaik kepada penduduk setempat memandangkan Pakatan Rakyat sudah pun menubuhkan kerajaan di Negeri Perak.
DATO NASARUDIN BIN HASHIM
ADUN BOTA NEGERI PERAK

Saturday, January 24, 2009

Pensiangan Semakin Hampir

Seharusnya Jentera Pembangkang di Pensiangan kelak wajar di perkasa seperkasa perkasanya.Saya amat pasti teknik-teknik / strategy lama yang berkesan untuk BN pasti diulangi lagi.

Saya mencadangkan PR menubuhkan pasukan khusus untuk memantau persiapan ,kempen dan proses pilihanraya serta pergerakan peti undi.

Kawasan Pensiangan adalah kawasan terpencil yang dianggap mudah diatur oleh Pihak BN.

Saya banyak bertanya kepada kawan-kawan kisah lalu tentang pilihan raya di Pensiangan.Mungkin kerana muka bumi dan kemudahan penganggkutan yang daif kawasan ini senang untuk di manipulasi.

Dari apa yang saya dengar cerita rakan-rakan yang pernah terlibat dalam Proses Pilihan Raya di Pensiangan ada beberapa perkara yang patut diambil perhatian :-

Pemantauan 110% pergerakan peti undi selepas tamat pengundian.Saya tahu kebiasanya pihak berkuasa akan menjadi eskot untuk membawa peti undi dari satu tempat ke pusat pengiraan.
Namun khuatir dengan “persinggahan” 1 minit.Maklumlah jalan pun jalan hutan. Siapa yang nampak?

Sediakan lampu Spotlight!! untuk back up “strategy 5min black out”.Kebiasaannya pasti ada gangguan elektrik semasa kiraan undi.Jangan ulangi kesilapan lama.

Sebaik-baiknya gerakan yang diguna oleh PAS dicontohi di Pensiangan.Pemantauan menggunakan rakaman video di setiap kawasan akan banyak merosakan strategy pihak lawan.

Saya amat berharap PP-KT-P menjadi kenyataan.

Thursday, January 22, 2009

MB Selangor didesak berundur sementara ??

SHAH ALAM: Kerajaan pembangkang Selangor mendesak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengosongkan sementara jawatan Menteri Besar sehingga siasatan dakwaan salah guna wang kerajaan negeri berjumlah RM110,400 selesai.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sudah menggeledah Pejabat Menteri Besar dua hari lalu dan sehingga siasatan selesai, Abdul Khalid mesti melepaskan semua jawatan yang dipegangnya.

Mutakhir : Bharian 22/01/2009

Dari Omsabah: Omsabah bersetuju dengan cadangan ini tetapi dengan syarat, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo juga mencadangkan supaya Kalangan "Orang-Orang Bn" yang menghadapai siasatan kes-kes tertentu juga melepaskan jawatan mereka.Ini kes baru, tapi kes-kes lama yang melibatkan pemimpin UMNO/BN macam mana ?

Tak payah Omsabah ungkitkan lagi siapa-siapa yang terlibat, kita semua tahu.

Monday, January 19, 2009

Dari Permatang Pauh Ke Kuala terangganu, akan pasti Ke Pensiangan Juga

Apalagi yang hendak dikata ? tewas kali kedua.....
Alasan apa lagi hendak di utara ? rakyat memang sudah berubah,

Setelah Ujian Pertama BN gagal di Permatang Pauh,
Ujian Kedua di Kuala terengganu , sekali lagi BN tewas dengan memalukan...

Sudah pastinya Pensiangan melihat ini suatu yang penting , mengapa rakyat dua kawasan ini
menolak BN.Mengapa rakyat disana sudah hilang kepercayaan terhadap BN.
Tiada lagi yang menyakinkan buat rakyat apa yang dijanjikan oleh BN.

Kita tunggu sama-sama kedukaan BN buat kali ke -3 .

Tahnia buat Pakatan Rakyat khususnya PAS yang dengan tenang dan bergaya merampas
kerusi K.Terengganu.

Dari Permatang Pauh ke Kuala terengganu,
Pasti Bertapak di Mukim Pensiangan,
Barisan Nasional semakin Kuno
Pakatan Rakyat Jadi pilihan

Friday, January 2, 2009

Untungnya Negeri Pembangkang

Apa untungnya Negeri Pembangkang ?

Haha.... Mudah sahaja jawapannya.....

Jam 8 Malam Setiap Hari Duduk Depan TV. Tengok Berita TV1 TV2 TV3.

Banyak dan hangat-hangat berita disiarkan tentang Negeri-Negeri Pembangkang ini.

Tak Percaya ? Cuba la.. haha

Selamat Tahun Baru 2009

Tahun 2008 pastinya terlalu sukar untuk dilupakan oleh kita semua.
Pelbagai kisah , cerita , pembongkaran, pertuduhan dan pelbagai masalah timbul.

Situasi Politik yang sentiasa "panas" dalam negara ini, dan ekonomi dunia yang menrundum
turut mengheret negara kita dalam arena "waspada tahun 2009".

Selamat Datang Tahun 2009. Tahun 2009 bukan seperti tahun-tahun sebelum ini , yang dinantikan dengan penuh keyakinan.Tahun 2009 dilihat dari mata jangkaan penganalisis sebagai tahun permulaan kegawatan dan krisis ekonomi dunia selepas tempoh 10 tahun .

Walau apapun, kita seharusnya sedia menghadapi apa juga bakal terjadi dan berusaha gigih memantapkan ekonomi rumah tangga dan negara.