" SALAM REFORMASI "

" Kepada Rakyat Negeri Sabah, Bangkitlah Kita Bersama-sama , Perjuangkan Hak Kita, Belalah Nasib
Anak Bangsa Kita,Jangan Wariskan Beban Hidup Kita Kepada Genarasi Akan Datang,Reformasikan Hidup Kita, Reformasikan Negeri Kita, Reformasikan Negara Kita! "

Sunday, June 29, 2008

Anwar Dituduh liwat lagi!!

10 Tahun lepas, Anwar Ibrahim dituduh melakukan liwat, yang benar-benar menjatuhkan maruah serta masa depan politiknya.Walaubagaimanapun pertuduhan tersebut telah digugurkan selepa dijatuhkan hukuman.Kali ini sekali lagi tuduhan yang sama "liwat" !!
Bagai mana kali ini ? Ketika kebangkitan Pakatan Rakyat mula bersinar-sinar , apa lagi taktik kotor yang digunakan oleh pihak musuh.
Mana akal dan fikiran rakyat Malaysia ?

Saturday, June 28, 2008

Sabah gembira tumpuan pendidikan luar bandar

KOTA KINABALU 27 Jun - Kerajaan negeri Sabah gembira dengan komitmen berterusan kerajaan Pusat yang menyalurkan peruntukan terbesar bagi memajukan sektor pendidikan luar bandar dan pedalaman di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Amanberkata, peruntukan sebanyak RM13.5 bilion untuk membangunkan pendidikan di Sabah dan Sarawak di bawah kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) itu amat bermakna kepada rakyat di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Menurut beliau, pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu jelas membuktikan Kerajaan Persekutuan tidak mengabaikan keperluan rakyat khususnya dalam pendidikan meskipun berhadapan dengan kekangan kewangan berikutan kenaikan tinggi harga minyak mentah dunia.

"Di Sabah, kita masih ada banyak masalah dalam bidang pendidikan untuk ditangani terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman termasuk infrastruktur, peralatan pembelajaran dan kualiti guru-guru.

Sumber : Utusan Malaysia 28/06/2008

Apabila disebut tentang Pendidikan Luar Bandar, saya tebayang semula sekolah-sekolah di Pedalaman Sabah Berhampiran Salinatan Pensiangan. Walaupun serba kekurangan, namun
anak-anak murid masih bersemangat untuk belajar dengan harapan hari demi hari ada sahaja yang baru untuk mereka.Para guru juga gah meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa.Bersyukurlah kerana tumpuan pendidikan luar bandar dan pedalaman ini berpihak kepada Sabah.AKAN TETAPI , TOLONG LAH WAHAI PARA PEMBESAR SEKALIAN!! SATU BILLION PUN DANA PEMBANGUNAN UNTUK SEKOLAH PEDALAMAN ,TIDAK AKAN BANYAK MEMBANTU.Setiapkali satu pembangunan atau peralatan yang dihantar di sekolah-sekolah pedalaman ini ,kos penghantarannya lebih besar dari nilai pembangunan atau peralatan tersebut.Mengapa tidak diberi perhatian serius kemudahan jalan raya, jambatan dan sebagainya.Pandangan saya walau jauh dimana pun sesebuah sekolah itu, tetapi kalau kemudahan asas perhubungan jalan raya ada, tidak akan ada murid-murid yang akan keciciran ilmu.Kita tahu, banyak sekolah-sekolah di pedalaman Sabah juga tiada kemudahan elektrik, pada dasarnya pemasangan tiang elektrik akan megikut kemudahan jalan raya.Sebenarnya Kita di Sabah rasa amat malu, kerana banyak kampung-kampung yang masih menuntut kemudahan jalan raya berturap, air paip dan elektrik.Ini semua asas!! Orang kampung tak perlu minta,YB yang kena peka. Tapi sudah bertahun tahun tahun tahun... itu itu juga....

Thursday, June 26, 2008

MASALAH KEWANGAN MALAYSIA SERIUS ?

Sebagai orang yang mendengar, menonton dan membaca, macam K3P dulu-dulu..
saya dapat membayangkan kewangan negara kita, semacam tahun 1998 dulu.......
Macam orang sakit jatung ni, Diawal-awal sebelum pilihan raya ke 12, tidak ada tanda-tanda
pun negara kurang sumber kewangan, sampai koridor Sabah pun diumum wow...
Kira mantap lah, tapi itu dulu laa ,masa memikat burung punai....
Sekarang ni, bila da dapat, emm ... macam-macam cara bagi kurang perbelanjaan kerajaan.
Jadi mangsa juga si burung punai..Peruntukan kewangan di kementerian-kementerian tertentu
ada juga kena potong tu dalam 10% mungkin. Bagi orang-orang dalam kementerian kewangan tahu la tu.
sedihnya... nampak gaya, harapan ribuan pemohon jawatan yang dibanggakan oleh SPA online tu,
terpaksa tunggu cair dahulu pembekuan pengisian.
Apa nak buat lagi, poket tengah kering...
"INI GARA-GARA MINYAK DUNIA NAIK BAH NI , TERUS MALAYSIA RUGI"

Kalau ada sesiapa boleh senaraikan kesan kenaikan harga minyak dunia terhadap kerajaan Malaysia.Tolong listkan.

Tuesday, June 24, 2008

Keningau Sesak!!

Apa dah jadi ni ? Khabar angin Stesen Minyak akan mogok , Mendesak para pemilik kenderaan berebut-rebut mengisi tangki minyak kenderaan masing-masing.
Akibatya, Jalan Keninga-Nabawan Sesak!! Jalan Keningau Tenom Sesak Jalan Keningau -KK sesak!.Apatah lagi jalan raya utama di dalam bandar.
Apa ni ? Kenapa hal ini boleh terjadi.?
Apa puncanya? pening! pening!

Usul Yang Terlewat!!

Usul kenaikan harga diluluskan!Dewan Rakyat meluluskan usul khas berkaitan kenaikan harga petroleum dan barangan selepas kira-kira lima jam dibahaskan oleh 18 Ahli Parlimen, masing-masing sembilan dari Barisan Nasional (BN) dan parti pembangkang.

Bagi rakyat apalah guna lagi dibuang masa 5 Jam tersebut, memang kita tahu kompom lulus punya.Sudah dilaksanakan
tak kan mahu ditarik balik, dah meludah tak kan nak jilat balik.

Heran,rakyat susah hati, tapi yang pembesar-pembesar ni, nampak ceria pula, pelik.

Monday, June 23, 2008

Minyak Dan Subsidi.

Minyak Dan Subsidi.

Kita renung kembali , adakah tepat tindakan kerajaan ini, mengurangkan subsidi minyak disel dan petrol untuk rakyat. Kenaikan harga minyak petrol dan disel yang diumumkan oleh PM, sememangnya banyak membebankan rakyat dan secepat kilat skim pemberian rebat tunai dilaksanakan bagi mengurangkan beban ini.Akan tetapi adakah pelaksanaan pemberian rebat tunai ini dapat mengurangkan beban rakyat ? atau setidak-tidaknya "balik pokok" sebelum kenaikan harga minyak ?Ada beberapa perkara yang bermain dalam fikiran saya, ada mungkin boleh menjawab ,

Pertama :
Pemberian rebat tunai ini berkuat kuasa 1 April 2008,Bermakna hanya kenderaan yang memperbaharui cukai jalan pada atau selepas 1 APril 2008.sahaja layak menuntut.Soalnya bagaimana dengan Kenderaan yang telah memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka sebelum 1 April 2008 ? Sebagai contoh, Kenderaan yang memperbaharui Cukai Jalan pada 1 Mac 2008.Bermakna , pemilik kenderaan akan menunggu sehingga 1 Mac 2009,barulah layak menerima rebat. Erti kata lain pemilik kenderaan ini selama tempoh tersebut tidak menerima subsidi seperti orang lain terima .
Kalaupun dikatakan , ala... nanti dapat juga tahun 2009, memang benar, tetapi kos tanggungan selama tidak mendapat rebat itu, adalah "beban".Dan kalau pun pada 1 Mac 2009 pemilik kenderaan tersebut dapat rebat tunai, rebat tersebut adalah kegunaan bagi tempoh 1 Mac 2009 hingga 1 Mac 2010. Ringkasnya Beban tetap Beban!

Kedua :
Adalah tidak adil, pemberian rebat ini dikelaskan mengikut CC kenderaan.Syukurlah bagi pemilik kenderaan 2000cc keatas untuk rakyatSabah dan Sarawak telah di "up"kan kepada 3000cc. Secara logiknya kerajaan sudah tahu, ramai orang Sabah di pedalaman memiliki kenderaanPacuan 4 roda yang berkuasa 2000cc keatas.Mungkin ada yang berkata "wah, yang tinggal di Pedalaman pula yang kaya-kaya beli kereta besar".Ya, memang benar tetapi itu bukan kehendak sebenar.Kerana bentuk muka bumi, dan jalan raya yang tidak beraspal!!.Kalau jalan raya ada, rata
dan beraspal tentu sahaja kenderaan kecil yang kurang makan belanja akan jadi pilihan.Itu Sabah dan Sarawak, yang tinggal di Malaysia , tetapi kemudahan jalan raya yang tidak sempurna , tetapi bagi yang memiliki kenderaan 2000cc keatas yang tinggal di bandar.Mereka juga adalah rakyat Malaysia,dan bukan semua pemilik kenderaan 2000cc keatas ini golongan berada, tetapi memerlukan kenderaan pacuan 4 roda untuk urusan perniagaan.Mereka tidak layak menerima Rebat, mungkin tidak menjadi masalah, sebab apa bila kos operasi mereka meningkat, bermakna mereka
terpaksa menaikan nilai perniagaan mereka.Kesannya kenaikan harga barang.Bebannya berbalik juga kepada umum.Rakyat menerima kenaikan pelbagai jenis barangan.Beban tetap Beban.

Ketiga :
Fokus Kerajaan , apabila menaikan harga minyak hanya tertumpu kepada kenderaan.Jangan dilupa, jangan diabai, ada banyak lagi aktiviti yang memerlukan minyak petrol atau disel selain kegunaan kenderaan.Tidak perlu disebut semua, saya mengambil contoh ,kehidupan orang kampung yang "masih belum menerima kemudahan elektrik ". Ya lah, kalau jalan raya belum ada, mustahil pula tiang letrik dah pacakkan ?
Mahu tidak mahu, alat penjana kuasa "genarator" jadi pilihan. Alat ini bagaikan nyawa bagi mereka, sudah tentu minyak petrol diperlukan. Apa rebat untuk mereka ?Sedangkan lampu minyak tanah, lampu "Pump", dan Pilasut" juga memerlukan minyak tanah atau disel .Dipersilakan para pembesar , untuk mencari kampung yang tiada bekalan elektrik dan menggunakan genarator ,senaraikan dan bagi mereka rebat.Hebat tu.Anda bolehlah fikir sendiri.Beban tetap beban.

Cukuplah tiga perkara ini, saya sendiri tidak sanggup memikirkannya lagi.Yang jelas, kenaikan harga minyak benar-benar membawa kesan yang mengejut terhadap nilai pasaran baragan lain.Harga Beras ? Silalah berkunjung ke kedai-kedai berhampiran lihatlah sendiri perbezaan harga dahulu dengan sekarang.

Saturday, June 21, 2008

Belanja RM800 sebulan beli diesel ?

SAYA ingin menarik perhatian pihak bertanggungjawab dan prihatin dengan masalah penduduk Sarawak, terutama di luar bandar yang menggunakan generator bagi mendapatkan bekalan elektrik.

Sejak harga bahan api naik 40 peratus, kebanyakan penduduk luar bandar yang kebanyakan petani dan nelayan amat menderita kesan kenaikan harga diesel.

Sebagai penduduk Kampung Kuala Sibuti, kira-kira 70 kilometer dari Miri, kami terpaksa berbelanja sehingga RM800 setiap bulan hanya untuk membeli diesel.

Kos yang agak tinggi itu tidak wajar bagi penduduk pedalaman. Kalau dibandingkan dengan keadaan penduduk yang tinggal di bandar, jumlah itu adalah perbelanjaan bagi golongan orang berada.

Kami memohon kerajaan menyediakan kad subsidi minyak diesel kepada penduduk terbabit, seperti diberikan kepada nelayan yang mempunyai kad pembelian diesel dengan kadar subsidi RM1
.

PENDUDUK MENDERITA,
Sibuti, Miri, Sarawak.
-sumber : ruangan Bsurat : BHarian 21/06/2008

Ruangan "surat" dalam akhbar Berita Harian banyak menyiarkan keluhan dan rungutan rakyat terhadap apa juga masalah, khususnya yang melibatkan kerajaan, namun soalnya adakah keluhan dan rungutan ini sampai ke meja pihak yang ditujukan ?
Manalah kita tahu, sama ada mereka ini pembaca akhbar ruangan aduan awam atau ruangan saham :)

Khairy Jamaluddin dah masuk campur isu SAPP

Khairy Jamaluddin ? TIDAK Layak masuk campur . Hari ni tuduh Yong dijanjikan TPM,kalau ?Pakatan memerintah.KJ pun mahu juga ke? Sebagai orang Sabah , saya tidak kisah apa pun janji Anwar kepada YB Sabah, yang penting , kerajaan negeri Sabah ada duit untuk pembangunan KEMUDAHAN ASAS.Buat jalan raya, sambung letrik, bekal air bersih.
Siapa berani mengaku rakyat sabah, sudah terima kemudahan asas ini ?
Ya sudah, di pusat bandar sahaja.Yang diluar bandar ?
Wahai KJ , ko jalan-jalan la bah di Sabah, ko pi sook, ka,
ko p tenom kah, ko p ranau kah , atau ko mau bekawan sama PATI? DATANG KENINGAU!!

Friday, June 20, 2008

Yong Jawab Pak Lah

KOTA KINABALU: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee hari ini mengakui menerima surat tawaran jawatan Senator dan Wakil Khas berkaitan Kawasan Pertumbuhan Asean Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA).
Bagaimanapun, bekas Ketua Menteri Sabah itu menganggap tawaran itu sebagai 'sogokan politik' supaya tidak terus menyuarakan isu mengenai Sabah.

Yong berkata beliau menerima tawaran itu melalui 'surat rahsia' daripada Bahagian Kabinet Jabatan Perdana Menteri pada 17 Jun lalu, iaitu sehari sebelum Yong mengiystiharkan parti itu hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan akan mengemukakan usul undi tidak percaya apabila Dewan Rakyat bersidang minggu depan.

Mengenai kandungan surat daripada JPM itu, Yong berkata beliau tidak boleh mengumumkannya sebelum ini kerana ia surat rahsia tapi "Perdana Menteri sudahpun bercakap perkara itu".

"Apabila saya dapat surat ini secara normal, saya cakap dengan Ketua Menteri, kalau pada masa kini kamu menawarkan jawatan, saya kata "adakah ini ditawarkan untuk tutup mulut?" katanya.
"Tiada apa yang peribadi di sini tetapi saya hairan kalau dia (Perdana Menteri) cakap pasal personal greed (ketamakan dirinya)... saya tak pernah pun minta sama Perdana Menteri perkara-perkara peribadi. Cadangan senator ini daripada Ketua Menteri, saya kata baguslah... jangan kerana ini akan dianggap sebagai tutup mulut... jadi tidak betul saya ada personal greed.

"Saya kata kalau adapun, biarlah pemimpin SAPP lain yang layak (diberi tawaran itu). Waktu ada perjumpaan di Kuala Lumpur pada 13 Mei pun, Perdana Menteri ada cakap "kami mempunyai tugas untuk anda"... jadi saya dengar itu mungkin satu umpan, itu sebabnya saya tidak beri maklum balas," katanya. - Bernama
20/06/08

Dengan relexnya Yong jawab, kalau anda ada menonton Berita TV3 Jam 8mlm tadi (20/06/2008) Yong ada buat penjelasan ,tiada agenda peribadi atas tindakan SAPP.
Anda fikirlah sendiri.

BPR siasat Teck Lee pembabitan rasuah RM5 juta ?

Seperti yang saya katakan, Yong pasti akan menghadapi kesukaran demi kesukar akibat
tindakanya.Terbaru laporan akbar hari ini, Yong akan disiasat atas pembabitan rasuah RM5 juta.
Dan selepas ini mungkin "status kerakyatannya pula akan disiasat " ?
Inilah yang mungkin menyebabkan ramai YB yang ingin menentang tetapi risau akan dihadapkan
dengan pelbagai tuduhan , tetapi apa mahu takut .. berani kerana benar takut kerana salah, atau takut kerana memang pengecut!!.

Thursday, June 19, 2008

BPR siasat wakil rakyat lompat parti dengan menerima suapan ??

Ini cerita bagus ni, BPR akan siasat ,macam ni la baru lah BPR .Tapi siapa yang buat aduan ya ?
Ni kali BPR awal nak buka fail , lompat belum fail dah siap.Dulu setahu saya, BPR hanya akan bertindak selepas terima aduan, Kali ni BPR da maju kedepan, Siasat sebelum kejadian.
Kalau boleh , BPR siasat lah juga kes lompat melompat yang duluuuuuuuu tu.
Masih boleh siasat kah tu ?

Dewan Tertinggi BN kutuk tindakan Presiden SAPP

KUALA LUMPUR: Tindakan terhadap Parti Maju Sabah (SAPP) hanya akan diputuskan selepas mendengar penjelasan daripada Presidennya, Datuk Yong Teck Lee, demikian keputusan yang dibuat pada mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN), petang ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga mengutuk dengan keras tindakan Teck Lee, kelmarin.

BN juga mengarahkan semua Ahli Parlimen hadir pada sidang Parlimen, bermula Isnin ini.
SUMBER : BHARIAN 19/06/2006

Wah , Pak Lah dah pandai kutuk orang lah,kutuk dengan kerasnya lagi tu, marah nampaknya tu, macam ni lah, Paklah naikkan harga minyak boleh saja... tapi rakyat naikkan Anwar amacam ? adil tak ?
atau Pak Lah turunkan semula harga minyak, atau Pak Lah saja lah yang turun... ok ?
Sebagai pemerhati jarak jauh perkembangan politik ni, saya berpendapat Yong ada hak dengan tindakanya, kalau kita tak suka satu tempat
kita tak akan datang lagi tempat tu, kalau kita menyewa rumah, tuan rumah asyik minta bayar sewa saja, tapi tak buat tindakan aduan penyewa bagus kita cari rumah sewa baru yang menawarkan perkhidmatan lain.
Begitu juga la ceritanya SAPP.So jangan persoalkan lah....

Tindakan Yong Kemahuan Rakyat Sabah

Baru permulaan, baru cadangan usul belum dilaksanakan , baru sehari pengumuman dibuat,
18 Jun 2008.
Dato’ Yong Teck Lee, sudah dilontar dengan tomahan dari pelbagai sudut.
Selain meramalkan SAPP akan keluar dari BN , saya juga meramalkan satu lagi yang bakal akan terjadi.SAPP akan dihempap oleh macam-macam kesalahan , penyertaan SAPP dalam BN dahulu akan mula diungkit, Kes-kes lama akan dibangkitkan.
Macam-macam lah, ini biasalah senario Politik Malaysia, Bila dah tak suka orang akan hina hingga tersungkur.

Walau apapun , memang gembira andai SAPP benar-benar menyertai Pakatan Rakyat . Tindakan Yong adalah tindakan yang orang sabah nanti-nantikan , tindakan yang di tunggu-tunggu oleh rakyat Sabah.

Para PEMIMPIN BN SABAH ,PASTI AKAN BERCAKAP, TINDAKAN YONG BERKEPENTINGAN PERIBADI, TETAP RAKYAT BERCAKAP , TINDAKAN YONG
UNTUK KEPENTINGAN RAKYAT. mohon supaya Para Pemimpin BN sabah jangan
bercakap bagi pihak rakyat lagi,sebab rakyat sendiri akan becakap !

Wednesday, June 18, 2008

Dua Ahli Parlimen BN Sabah sokong undi tidak percaya PM, Isnin ini

KOTA KINABALU: Dua Ahli Parlimen mewakili Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini mengumumkan akan menyokong usul undi tidak percaya kepada kepemimpinan Perdana Menteri, di Dewan Rakyat, Isnin ini.

Mereka ialah Ahli Parlimen Tawau, Datuk Chua Soon Bui dan Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric E Majimbun yang menang tiket Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum, baru-baru ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee.
sumber : berita harian 18/06/2008


Usul undi tidak percaya ? alang-alang , keluar sahaja dari BN.Walau apa pun, Kita tunggu apa kata PM anda the gang.Dan Saya berharapa MP Sabah lain turun meyokong usul ini.
Tekanan lagi untuk Pak Lah, atau dia relex saja.Atau lusa-luas serah lah fail dengan Najib.
Najib mungkin tersenyum dah baca news ni kan. He He , Tak Lama lagi tu Pak Jib.


Mahkamah putus kerusi DUN Sanglang dikosongkan

KANGAR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini memutuskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang yang dimenangi calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum Mac lalu, dikosongkan selepas mahkamah menerima permohonan petisyen yang dikemukakan bekas calon pilihan raya Pas bagi kerusi berkenaan.

Keputusan itu bermakna pilihan raya kecil perlu diadakan untuk memilih wakil rakyat baru kawasan DUN berkenaan.

Habislah kali ini , kompom Pakatan Rakyat Menang Majoriti Besar.Dan Dah tak perlu buat kiraan dua tiga kali dah kalau beza undi nanti ribu-ribu. Selamat Tinggal BN Sanglang.

Khairy cabar Anwar letak jawatan Penasihat PKR

KUALA LUMPUR: Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan sebagai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), jika Barisan Nasional (BN) masih berkuasa selepas 16 September ini.

Khairy berkata, beliau membuat cabaran itu kerana Anwar mendakwa kononnya BN akan kehilangan kuasa pada tarikh itu berikutan lebih 30 Ahli Parlimen BN akan melompat parti untuk menyertai Pakatan Rakyat.

“Saya mencabar Anwar meletak jawatan sebagai penasihat PKR jika BN masih berkuasa pada 17 September. Ini kerana beliau gagal menepati janjinya kepada penyokongnya,” katanya
SUMBER /BERITA LANJUT : BHARIAN ONLINE 18/06/08

Wah, YB KJ dah berani main cabar-cabar ni, jangan silap geng, silap-silap bulan depan dah lompat dah, dan ingat juga
orang Sabah masih ramai bertanya "siapa bah Khairy Jamalddin ni ?" .BUKAN MINAT TAPI GERAM!!

Tapi kalau 30 Ahli Parlimen lompat Macam mana ? Saya rasa 1st and last la , jadi YB tu kan..:P

Tuesday, June 17, 2008

Kerajaan akan beli dua lagi helikopter untuk Bomba dan Penyelamat

KUALA LUMPUR 17 Jun — Kerajaan akan membeli dua buah lagi helikopter untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi mempertingkat keupayaan anggota jabatan itu dalam tugas pengawasan melalui udara serta operasi mencari dan menyelamat.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Ong Ka Chuan berkata peruntukan sebanyak RM100 juta telah disediakan bagi membeli dua buah helikopter berkapasiti tinggi yang boleh mengangkut jumlah penumpang yang lebih ramai.

“Kita akan membeli dua buah helikopter yang berkapasiti tinggi yang boleh memuatkan 20 orang penumpang untuk memudahkan mengangkut mangsa kemalangan serta petugas penyelamat.

“Kerajaan bagaimanpun masih mengkaji jenis helikopter yang sesuai sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan ekspo keselamatan ’FIREC’ di sini hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat kini memiliki enam helikopter iaitu dua jenis Agusta buatan Itali manakala empat Mi-17 buatan Russia.

Sementara itu, Ong berkata kesedaran rakyat terhadap penyalahgunaan talian kecemasan terutama yang dikendali Jabatan Bomba dan Penyelamat semakin meningkat apabila jumlah panggilan palsu yang diterima kini semakin berkurangan.

Beliau berkata dalam tempoh Januari hingga pertengahan bulan ini, jumlah panggilan palsu yang diterima hanya 231 panggilan berbanding 700 panggilan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Secara keseluruhan, Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima 17,861 panggilan kecemasan menerusi talian 994 dan daripada jumlah itu 8,872 panggilan adalah berkaitan kebakaran manakala 8,368 panggilan lagi berkaitan kerja-kerja menyelamat mangsa kemalangan, katanya.
Sumber : - Utusan Online 17/06/2008

Wow... nak beli heli lagi ? bunyinya memang cantik untuk kegunaan kita... nah 100juta tu geng, sikit saja ...
kita tak bantah beli heli ni, setuju sangat... unt uk kegunaan kecemasan juga.. tapi... ingat ..
peringatan dari rakyat kepada rakyat... kita mesti tahu.. berapa harga Heli tu ... biar urusan kewangan dibelanjakan dengan betul jangan minta kita budget baik-baik tapi kerajaan belanja tak urus.. jangan sampai "terbeli besi buruk lagi boss" . Biar boleh guna lama, dan selamat digunakan...

Kerap Baca Blog Tidak Semestinya Undi Pembangkang

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Laman web dan blog di internet hanya media pilihan keempat pengundi sebagai sumber maklumat pada pilihan raya 2008 selepas televisyen, akhbar dan ceramah politik.

Dapatan daripada kajian bertajuk "Peranan dan Pengaruh Internet dan Kewartawanan Blogger Terhadap Pengundi Semasa Pilihan Raya Umum Malaysia 2008" turut menunjukkan meskipun 80 peratus responden tahu mengenai blog, ia lebih digemari dan diterima oleh golongan kelas pertengahan dan bawah.

Kajian yang dilakukan oleh Prof. Madya Dr Baharuddin Aziz, Dr Rahmat Ghazali dan Dr Abd Rasid Abd Rahman dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM itu turut mendapati tiada data kukuh yang dapat menjuruskan bahawa kekerapan melayari blog menentukan kecenderungan mengundi pembangkang.

"Setelah dibuat silang perbandingan, kami mendapati tiada bukti statistik yang kukuh yang dapat menyokong bahawa kandungan internet telah mempengaruhi pengundi untuk mengundi pembangkang.

"Ramai responden yang hanya memilih televisyen dan akhbar arus perdana sebagai sumber maklumat turut memilih pembangkang begitu juga pembaca blog yang mengundi parti pemerintah," kata Dr Baharuddin kepada Bernama.

Kajian sebulan itu turut mendapati banner, poster, bendera dan risalah telah memainkan peranan dan pengaruh yang berkesan terhadap pengundi memilih pembangkang.
SUMBER : BERNAMA 17/06/2008

Saya bersetuju dengan kajian ini, Namum kita lihat semula, antara Blog dan Media Masa lain seperti TV dan Radio atau Surat Khabar.
Apa kaitannya Blog dengan Pembangkang ? Mengapa ada tafsiran pembaca blog atau khususnya yang gemar melayari internet sering dikaitkan
dengan pembangkang ?

Sudah berapa lama pelayar blog ini dan penulis blog bergiat aktif ? Dan kesedaran hanya timbul selepas PRU12 .
Bagi saya tidak ada mana-mana kuasa yang boleh menghalang untuk seseorang itu meluahkan perasaannya melalui blog.
Bagaimana pula ceritanya kalau seseorang itu menggunakan media seperti akhbar, radio atau Tv ?
Siapa yang mengawal media ini ?
Namun Malaysia seharusnya bersyukur kerana rakyatnya kini lebih matang dan tahun menggunakan internet.Boleh membuat perbandingan siaran berita ,boleh mencari jawapan segala kemuskilan dan boleh mengeratkan lagi perpaduan.
Walaupun pada masa kini talian internet yang digunakan oleh rakyat Malaysia jauh lebih rendah kelajuannya berbanding Negara lain.
Kita tetap bersyukur
.

Anwar Dapat Lampu Hijau Cabar Kesahihan Pemecatannya

PUTRAJAYA, 16 Jun (Bernama) -- Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memberikan lampu hijau kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencabar kesahihan dari segi perlembagaan, pemecatannya daripada jawatan Kabinet hampir 10 tahun lalu, oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Panel tiga anggota itu yang diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, sebulat suara membenarkan Anwar merayu kepada Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, bahawa pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan adalah sah pelaksanaannya dari segi undang-undang oleh Tun Dr Mahathir.

Berikutan keputusan itu, Mahkamah Persekutuan akan menentukan dua persoalan undang-undang -- sama ada pemecatan Anwar tidak mengikut perlembagaan, dan sama ada Tun Dr Mahathir boleh memecat timbalannya tanpa terlebih dahulu menasihatkan Yang di-Pertuan Agong.

sumber dan berita lanjut : Bernama 17/06/2008

Satu lagi siri menarik bakal dipaparkan di kaca tv Malaysia Dan Dunia?Siapa Heronya ?
Apa sinopsis kisahnya ? Apapula klimaksnya ? Bagaimana kesudahanya..
kita tunggu dan tunggu dan tunggu....

Pakatan Rakyat Semakin Hampir Ke Putrajaya ???

Rata-rata pengunjung giat bertanyakan tentang bila kita bakal mengambil alih pentadbiran di Putrajaya. Pokoknya, kita semakin hampir ke sana. Kelmarin di Pulau Pinang telah saya tegaskan, beberapa teman dari MCA bakal beralih arah.

Insha-Allah, berkat usaha dan doa sdr/i, masanya akan tiba. Saya komited, jika sekiranya hari ini kita memegang tampuk kuasa, esok harga minyak akan diturunkan!

ANWAR IBRAHIM


-Sejauh mana kebenarnya ? Kita tunggu dan lihat.Berita TV semalam Orang MCA sangkal bulat-bulat nak lompat, Orang SAPP pun sama, jadi siapa yang nak melompat ni ? jeng jeng jeng... jangan-jangan orang umno !! sebabnya kalau Anwar sebut pasal lompat-lompat ni, yang kena pandang langsung parti kaum cina, siapa tahu rupanya dalam diam sudah ada orang dalam umno pasang kuda-kuda nak melompat.

Monday, June 16, 2008

Suhakam minta kaji semula pembayaran gaji dua kali sebulan ???

KUANTAN: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) meminta kerajaan mengkaji semula keputusan pembayaran gaji dua kali sebulan yang disifatkan tidak dapat membantu kakitangan awam mengurus kewangan dengan berkesan.

Pesuruhjayanya, Datuk N Siva Subramaniam, berkata Suhakam menerima banyak aduan daripada kakitangan awam yang tidak setuju dengan langkah kerajaan itu.

“Antara alasan yang diberikan mereka sukar mengurus perbelanjaan terutama dalam aspek pembayaran hutang bulanan seperti hutang rumah, kereta dan kad kredit.

Sumber : Berita Harian 16/06/08

Mengapa Sampai peringkat Suhakam isu pembayaran gaji 2 kali sebulan dibahaskan ? Seharusnya Kerajaan
yang bertonggakkan kakitangan kerajaan membuat soal selidik terlebih dahulu sebelum melaksanakan
kaedah pembayaran gaji ini.Bantah lebih banyak kedengaran dari kegembiraan .Nyata sekali kerajaan
masih belum benar-benar memahami kehendak rakyatnya.
Dan adakah ketika ini , Pak Lah mengetahui rungutan kakitangan yang tidak besedia untuk menerima
kaedah pembayaran gaji ini ?
Saya ulangi sekali lagi kaedah ini akan pasti memerangkap kakitangan awam sekiranya tidak mengamalkan
perbelanjaan yang terancang.
Dan saya yakin Kerajaan pasti akan menarik balik penggunaan kaedah ini.
Usah biarkan rakyat terus mengeluh, bayaran gaji 2 kali sebulan tidak banyak memberi manaafat kepada kakitangan awam, dan mungkin lebih memudaratkan.MELAINKAN GAJI KAKITANGAN AWAM DINAIKKAN.

Harga Ayam Dah Mula Naik.


A - Geng ,Harga Pasaran kita naik lah,mantap suda kita

B - Ya, suda diramal awal,Itu Minyak Naik Kita Kompom Naik,

C - Ya ba, ni kali kita jadi makanan Menteri-menteri saja, orang kampung makan ayam kampung saja.


Laporan Akhbar hari ini memaparkan kenaikan harga ayam di pasar raya di beberapa buah negeri.
Jelas sekali kesan kenaikan harga minyak telah medorong para pengeluar ayam ini meningkatkan
harga untuk meneruskan perniagaan.
Walau apa pun kita terpaksa menerima kenaikan ini, kerana secara warasnya kita perlu fikiran
para peniaga ayam ini juga ada tanggungan masing-masing, mereka juga seperti kita yang mahukan keadilan.Dan kenaikan harga ini bukan bermakna pendapatan mereka bertambah.

Sunday, June 15, 2008

Pos Malaysia Tewas, RM Habis Rakyat Terperangkap Lagi.

Oppsss... terlebih sudaaa....
Laporan Akhbar Daily Express Hari ini 15/06/2008 melaporakan Pos Malaysia Keningau kehabisan wang tunai untuk membayar rebat tunai subsidi minyak.Difahamkan seawal jam 8pagi lagi penduduk Daerah Keningau sudah beratur panjang menunggu giliran.
Bagi mereka yang tinggal berhampiran Pejabat Pos, mungkin tidak menjadi masalah,
namun penduduk Keningau yang kediaman mereka Jauh di pedalaman Nabawan dan sook terperangkap lagi.
Hadir dengan harapan mengurangkan kos perbelanjaan penganggkutan tidak kesampaian
apabila Pos Malaysia Cawangan Keningau kehabisan wang tunai.
Jawabnya penduduk yang sudah keluar belanja untuk membuat tuntutan rabet terpaksa
berbelanja sekali lagi.
Namun persoalannya mengapa Pos Malaysia Keningau tidak bersedia? laporan kehabisan
RM30 ribu tunai kiraan kasarnya hanya cukup untuk 48 penerima rebat RM625 sahaja.
Satu angka yang amat kecil berbanding dengan jumpa pemilik kenderaan di Keningau.

Rakyat Mulai Faham Langkah Kerajaan Naikkan Harga Minyak - Shabery

KEMAMAN, 15 Jun (Bernama) -- Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek yakin rakyat kini sudah mula memahami langkah yang terpaksa diambil kerajaan untuk menaikkan harga minyak ekoran kenaikan harga bahan itu di peringkat global.

Ahmad Shabery yang juga Pengerusi Jawatankuasa Media di bawah Majis Menangani Inflasi berkata walaupun pada peringkat awal ramai yang terkejut dan membantah kenaikan itu, namun rakyat kini dapat berfikir secara rasional dan tahu masalah itu bukan hanya berlaku di negara ini.

"Kementerian telah menggerakkan semua jenteranya di peringkat akar umbi untuk memantau kesan daripada penstrukturan kembali subsidi minyak kepada masyarakat.

"Saya yakin, rakyat tahu ini merupakan masalah di peringkat global dan bukannya hanya berlaku di negara ini. Apa yang dibuat oleh kerajaan ada benar dan bukan reka-reka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis kesyukuran di Kampung Semayor, Kemasik di sini hari ini

Katanya pemberian rebat kenderaan sebanyak RM625 kepada pemilik kenderaan persendirian di bawah 2000cc dan pembayaran sebanyak RM150 setahun kepada pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat di negara ini.
BERITA PENUH : Bernama 15/06/2008

Sejauhmanakah kebenaran kenyataan ini ? saya sendiri tidak faham mengapa kenaikan "gila" harga minyak ini dilakukan oleh kerajaan, selagi penyata pendapatan dan perbelanjaan Petronas tidak didedahkan.

Ini lah yang saya katakan, menteri suka membuat kenyataan sesuka hati .Faham apa kalau bantahan demi bantahan dibuat
?

Harga minyak 'hadiah' BN pada penyokongnya

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Hrkh) - Seluruh rakyat patut 'berterima kasih' kepada sesiapa yang baru menyertai atau menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana sokongan mereka ini telah menyumbang kepada keyakinan Umno/BN untuk menaikkan harga minyak yang jelas membebankan rakyat Malaysia.

ImageKetua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar berkata jika mereka (yang menyertai) tidak menyokong Umno ketika bekas presidennya Tun Dr Mahathir Mohamad pun menarik diri kemungkinan Umno terpaksa berfikir dua kali untuk menaikkan harga minyak ini.

"Biarlah ia menjadi pengajaran kepada orang yang menyertai Umno/BN atau bekerjasama dengan Umno/BN atau berhasrat untuk menyertai kerajaan BN bagi menindas rakyat melalui kenaikan harga minyak ini," katanya dalam tulisannya di Harakah keluaran terbaru. - sumber Harakahdaily.net 15/06/2008

Kebenarannya tetap ada, sebelum PRU12 memang jelas didada akhbar, Najib Janji tidak akan ada kenaikan harga minyak .Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya , usia PRU12 baru 3 bulan "hadiah " kenaikan harga minyak sudah diberikan.

Semenjak beberapa bulan ini saya mengikuti berita-berita sama ada dari TV atau media lain, Para pemimpin , menteri suka membuat kenyataan ikut mood sahaja. Hinggakan ada ketika sesama menteri dalam kerajaan tidak sefahaman dengan kenyataan masing-masing.Yang jadi bingung siapa ? Rakyat juga... hayakkkkk..


Beban Memang Beban !!

Peraliahan Kuasa PM Malaysia Masih Teka Teki.



Rencananya sudah ada, cuma pelaksanaannya lagi belum tahu jadi atau tidak,
Bila? Masih belum itetapkan.Mungkin Tahun ini, Mungkin tahun depan atau
tunggu sehingga PRU13 ?

Apapun pengganti Pak Lah pasti menghadapi dugaan paling getir dalam meneruskan
pemerintahan Barisan Nasional. Tidak Seperti Pak Lah mengambil alih kerajaan daripada
Tun Mahathir.Suasan pasti berbeza, kalau dahulu apabila Tun mengumumkan persaraan,
ramai yang menitiskan air mata ? Bagaimana pula dengan reaksi umum bila saat Pak Lah
pula mengumumkan persaraan ?

Apapun , perkembangan politik sekarang agak menarik, antara Najib atau Anwar,Mana yang
dahulu akan mengantikan Pak Lah.Atas Kertas kelebihan kepada Najib, itupun kalau Pak Lah
bagi awal, kalau tak..?
Anwar pula, masih menanti lonceng berbunyi.Sampai waktunya, rancangan mengambil alih kerusi Parlimen Isterinya memang dinanti-nantikan.

Kita tunggu dan lihat, tetapi ingat jangan kerana perebuatan kuasa ini , yang tersepit rakyat jelata.

NGV sebenarnya adalah lebih mahal berbanding petrol. ??

Benarkan NGV sebenarnya adalah lebih mahal berbanding petrol. ? Bagi kita di Sabah mungkin masih asing lagi apakah benda NGV ini. Daripada apa yang saya baca dari sebuah akhbar Gas NGV ini , dengan hanya kos RM 8.50 setong boleh bertahan sejauh 120km. Memang murah daripada menggunakan minyak petrol.Namun dianggarkan kos pemasangan NGV di kenderaan memakan belajan lebih kurang RM3000.00.

Petikan Dari Bernama 15,Jun 2008 :
Mengenai cadangan supaya pemilik kenderaan beralih menggunakan gas asli kenderaan (NGV) sebagai langkah berjimat-cermat, Dr Mahathir, yang juga Penasihat Petronas, berkata harga NGV sebenarnya adalah lebih mahal berbanding dengan apa yang dibayar untuk petrol.
"Gas (NGV) sebenarnya lebih mahal daripada yang kita bayar untuk petrol. Pihak Petronas sahaja yang jual gas, syarikat-syarikat (petroleum) lain tidak jual gas kerana setiap kali dia jual dia rugi... sebab itu dia tidak jual gas.
Di mana-mana juga kita cari tidak ada syarikat lain yang jual gas untuk kereta, cuma Petronas sahaja dan Petronas memang menanggung rugi," katanya.
Dr Mahathir, bagaimanapun, tidak memperincikan mengapa NGV sebenarnya adalah lebih mahal berbanding petrol.

Kalau sudah Penasihat Petronas berkata NGV lebih mahal dari petrol, harap-harap kita semua berfikir panjang sebelum membuat keputusan.

Saturday, June 14, 2008

Kerajaan Tidak Pinjam Wang Dari IMF, Kata Abdullah

KUALA TERENGGANU, 14 Jun (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menegaskan bahawa Malaysia tidak membuat pinjaman daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) atau Bank Dunia untuk menampung pelbagai projek mega di koridor-koridor pembangunan negara.
Sumber : Bernama 14/06/2008

Tindakan meminjam wang daripada IMF mungkin akan membawa kesan jangka panjang kepada rakyat.Saya amat tidak bersetuju sekiranya kerajaan membuat pinjaman IMF .

Pun begitu saya masih bertanya kepada rakan-rakan mengapa secara tiba-tiba sahaja keadaan seolah-olah cemas.Situasi ini sama seperti tahun 1998 apabila negara mengalami kegawatan ekonomi.Peruntukan kementerian tertentu bakal di kurangkan, para pembesar sedia dipotong 10% elaun.Projek mega ada ura-ura untuk dibatalkan atau di tangguhkan.

Situasi ini mencerimkan kekalutan dalam kewangan negara.Selepas pengurangan subsidi minyak, masih jelas
kekeringan poket kerajaan.

Petronas Perlu Dedah Maklumat Keuntungannya Kepada Rakyat, Kata Khairy

KOTA KINABALU, 14 Jun (Bernama) -- Syarikat petrolium negara, Petronas perlu mendedahkan kepada rakyat Malaysia secara terperinci maklumat keuntungan dan bagaimana syarikat petroleum itu mendapatkan sumbernya, kata Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin hari Sabtu.

Katanya rakyat mempunyai hak untuk mengetahui bagaimana dan di mana Petronas mendapatkan sumbernya yang juga milik rakyat negara ini.

"Saya akan membangkitkan perkara ini di Dewan Rakyat kerana petroleum yang terdapat di Malaysia adalah milik rakyat dan Petronas hanya bertindak sebagai penjaga kepada sumber asli itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan ihsan Pergerakan Pemuda Umno Sabah bernilai RM5,000 kepada Pusat Seri Mengasih, sebuah pusat untuk pelajar istimewa, di sini
.
Sumber : Bernama 14 Jun 2008.

Satu Berita yang agak menarik dari KJ, saya berharap tindakan ini benar-benar ikhlas,
Pendedahan ini pasti menarik perhatian ramai, khususnya mereka yang benar-benar ingin tahu.
Termasuklah saya sendiri, dan sudah tentu saya akan mengikuti perkembangan ini.
Apa yang penting perincian ini nanti bukan sekadar perincian tahun 2007-2008
tetapi tahun-tahun sebelumnya.

MR 10% ?

Benarkah wujud MR10% dalam penjualan minyak Malaysia ?
Atau setakat khabar angin yang digemburkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab ?
sekiranya benar ...: - Suruhanjaya bebas harus ditubuhkan untuk menyiasat perkara ini dan sekiranya ada unsur-unsur penyelewengan dalam mentadbira urus hasil bumi ini tindakan tegas undang-undang harus diambil segera, tidak kira lah siapa juga orang yang terbabit, rakyat perlu tahu dan wajib didedahkan kepada umum

dan sekiranya tidak benar... Buktikannya dengan menyiarkan laporan audit Hasil jualan minyak.
Dan pihak-pihak yang sengaja memburukkan keadaan perlu diambil tindakan

Isu minyak: Abdullah cabar pembangkang

PASIR MAS 13 Jun - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membidas pemimpin pembangkang yang mendakwa kononnya mampu menurunkan harga minyak dengan mudah ketika rakyat berasa tidak puas hati dengan kenaikan harga petrol dan diesel yang tidak dapat dielakkan.

Sehubungan itu, Perdana Menteri mencabar parti pembangkang menurunkan harga minyak di negeri-negeri yang mereka kuasai dan tidak sekadar terus berjanji.

"Masa pilihan raya dulu pun mereka janji macam-macam tapi sampai hari ini mereka tidak tunaikan. Kalau hendak kurangkan harga minyak, berilah subsidi untuk kurangkan harga minyak di Selangor dan Perak dulu.

"Kalau tidak boleh buat itu, tidak payahlah kritik. Tapi kita tahu pembangkang sentiasa ada benda untuk mengkritik.

Sumber : Utusan Malaysia 14 Jun 2008.

Ulasan apa kah ini ? Bunyinya macam lucu tetapi serius.Dan ada nada marah.
Walau apa pun sekali, hakikatnya hanya PM sahaja yang boleh menurunkan semula harga minyak.Dan jika Pembangkang ingin turunkan harga minyak, silakan Jadi PM yang baru.

Belajar tingkatan 6 ala sistem universiti

PUTRAJAYA 13 Jun - Kementerian Pelajaran akan melakukan penjenamaan semula terhadap pendidikan di tingkatan enam supaya ia lebih bercirikan sistem di universiti termasuk memperkenalkan pembelajaran berbentuk kuliah dan tutorial. ....
sumber : Utusan Malaysia 14 Jun 2008.

Tindakan ini nampak suatu yang mengembirakan dan menarik akan tetapi Penjenamaan semula ini lebih memberi kelebihan kepada tenaga pengajar dan persekitaran sekolah.Bagaimana pula
dengan masa depan lepasan tingkatan enam ?

Apakah strategi seterusnya ? Apakah jaminan kementerian kepada lepasan tingkatan 6 ?
Adakah Kementerian memikirkan 100% lepasan tingkatan 6 ini akan masuk IPTA ?

Baiklah, katakan ya, semua lepasan tingkatan 6 yang lulus STPM melanjutkan pengajian ke IPTA atau IPTS. Kita ucapkan syabas kepada semua ibu bapa kerana berkemampuan.

Tetapi.. seperti yang saya katakan tadi , apakah jaminannya ? Dan mampukah semua ibu bapa
terus menyara anak-anak mereka ke IPTA ?

Benar , banyak peluang biasiswa, Pinjaman PTPTN tetapi, bukan semua akan menerima.
Melalui pengalaman saya , kebanyakan ibubapa bagi mereka yang berpendapatan rendah
mensasarkan anak-anak mereka untuk lulus SPM dan berjaya memasuki Tingkatan 6.
Dan selepas itu akan menggalakan anak-anak mereka mencari pekerjaan.

Namun agak malang, Pada masa kini Sijil STPM sebenarnya sijil yang paling tidak laku di pasaran kerja. Ibu Bapa kurang mengetahuinya kerana STPM ini gah dengan namanya.

Pihak JPA masih lagi mengkelaskan STPM ini dengan Diploma dalam kelayakan memohon sesuatu jawatan. Memang tak ada kaki lah, lulusan STPM bersaing dengan Lulusan Diploma
untuk merebut sesuatu Jawatan.

Inilah yang saya ingin tekankan, Kementerian Pelajaran seharusnya mencuba mencari
jalan dengan kerja sama JPA bagi menaiktarafkan Sijil STPM dengan Levelnya sendiri tanpa
dikelompokkan dengan Diploma.

Friday, June 13, 2008

Gaji Kakitangan awam 2 x sebulan.??

Gaji Kakitangan awam akan dibayar 2 kali sebulan bermula Ogos 2008.

Pro dan kontranya ? Ada yang setuju dan ada yang tidak.

Walau apa pun, hakikatnya cara bayaran dua kali ini tidak akan mengurankan kos
sara hidup kakitangan awam.Jumlah gaji yang di terima tetap sama, bezanya
separuh gaji dibayar awal.

Sedikit kesilapan dalam mengurus belajawan ,akan pasti memudaratkan kakitangan awam.
Awas kakitangan awam jangan terperangkap.

Kita tunggu dan lihat mampukah kakitangan awam dapat mendisiplinkan diri dalam
mengurus kewangan...?

atau akan banyak bil tertunggak?

Cukai Pendapatan Nak Turun lah..

PASIR MAS: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersetuju untuk memberikan pelepasan atau pengurangan cukai pendapatan bagi meringankan beban rakyat berikutan peningkatan kos sara hidup akibat daripada kenaikan harga minyak.

-Sumber Berita Harian 13 Jun 2008 -

Wah.. Cukai Pendapatan pun dah nak turun ni.. Ini bunyi macam berita baik.. dan senangkan hati rakyat.
Namun Selesai ke beban rakyat ? Orang kampung pernah ke bayar cukai pendapatan ?

Kalau hasil kerajaan dah kurang ... ? RM ?

Akan turun ke harga minyak ?

Saya ada terbaca tentang ,kesediaan kerajaan untuk menurunkan harga minyak rakyat
sekiranya harga minyak dunia akan turun.Betul ke ? atau saya tersilap tafsiran?

Akan tetapi sekitranya betul , boleh ke harga minyak sekarang ni di turun kan ?
Contohnya sekiranya pada bulan Ogos atau september 2008 , harga minyak Dunia jatuh ke paras
kurang USd100 setong, adakah Kerajaan akan menurunkan nilai harga minyak yang telah dinaikkan ? Pada masa yang sama kerajaan sudah pun mengeluarkan berbilion ringgit untuk
pemberian rebat ?

Kos yang berulang ?

Harap rakyat faham rasional kenaikan harga minyak: PM

... “Harga minyak kini terus naik dan kerajaan terpaksa menambah subsidi lagi,”.. -PM
sumber Berita Harian 13 Jun 2008.

Harga minyak dunia naik, adakah nilai jualan minyak negara kekal ?

Sekiranya Harga Minyak Dunai USD130 setong , adakah Malaysia masih menjual minyak
dengan harga USD100 setong ? atau berkurang ?

Logiknya tentulah turut menikmati keuntungan dengan kenaikan harga minyak dunia.

Saya masih mencari jawapan ini.

Berapakah nilai harga minyak Malaysia setong ?

Minyak Naik Tambang Naik

Kerajaan melarang para pengusaha penganggkutan menaikkan harga tambang?
Selepas menaikkan harga minyak, bagaimana nasib pengusaha penganggkutan ?
"tiada sebab mengapa harga tambang naik , kerana kerajaan masih memberi subsidi
dalam bentuk rebat" - kenyataan ini mungkin benar.. tetapi sukar di terima.
Pertamanya : kenaikan harga minyak menyebabkan banyak nilai barangan naik,
dan kos sara hidup tentu bertambah, sedangankan pendapatan pengusaha penganggkutan
ini bukannya tetap.
Kedua: Bukan semua pemilik kenderaan menerima rebat tunai ,kerana ramai pemilik kenderaan
telah meperbaharui cukai jalan sebelum 1 April 2008 , dan tidak layak menerima rebat ini.

Rebat Tunai ?

Walaupun kerajaan memberi rebat tunai kepada pemilik kenderaan, namun tindakan ini nampak berat sebelah ,tidak saksama dan benar-benar sukar untuk diterima.

Pertama : Golongan Kaya, yang memiliki 5 kenderaan akan mendapat 5 X rebat tunai.

Kedua : Kuatkuasa 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009.Bagi pemilik kenderaan yang telah memperbaharui cukai jalan sebelum April 2008 tidak menerima rebet hingga tahun depan.
adalah tidak adil!.

Ketiga : Pemberian wang tunai akan menimbulkan banyak masalah.Adakah rakyat akan menggunakan wang tunai untuk membeli minyak ?

Harga Minyak Malaysia Naik

Rentetan Kenaikan Harga Minyak yang diumu mkan oleh Pak Lah,telah membawa impak besar kepada semua industri.Dan yang amat malangnya rakyat yang berpendapatan rendah.Ini belum lagi katagori rakyat miskin.Bagi yang berpendapatan rendah , golongan ini ada punya kemampuan
memiliki kenderaan , dan kesan kenaikan harga minyak akan benar-benar terasa .
Bagi golongan miskin ,mungkin golongan ini tidak mampu memiliki kenderaan, akan tetapi kesannya kos penganggkutan awam, harga barangan keperluan tentunya naik.
Mengapa beban ini perlu dipikul oleh rakyat ?
Melepaskan beban kerajaan kepada rakyat adalah sesuatu yang amat kejam.