" SALAM REFORMASI "

" Kepada Rakyat Negeri Sabah, Bangkitlah Kita Bersama-sama , Perjuangkan Hak Kita, Belalah Nasib
Anak Bangsa Kita,Jangan Wariskan Beban Hidup Kita Kepada Genarasi Akan Datang,Reformasikan Hidup Kita, Reformasikan Negeri Kita, Reformasikan Negara Kita! "

Tuesday, June 17, 2008

Kerajaan akan beli dua lagi helikopter untuk Bomba dan Penyelamat

KUALA LUMPUR 17 Jun — Kerajaan akan membeli dua buah lagi helikopter untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi mempertingkat keupayaan anggota jabatan itu dalam tugas pengawasan melalui udara serta operasi mencari dan menyelamat.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Ong Ka Chuan berkata peruntukan sebanyak RM100 juta telah disediakan bagi membeli dua buah helikopter berkapasiti tinggi yang boleh mengangkut jumlah penumpang yang lebih ramai.

“Kita akan membeli dua buah helikopter yang berkapasiti tinggi yang boleh memuatkan 20 orang penumpang untuk memudahkan mengangkut mangsa kemalangan serta petugas penyelamat.

“Kerajaan bagaimanpun masih mengkaji jenis helikopter yang sesuai sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan ekspo keselamatan ’FIREC’ di sini hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat kini memiliki enam helikopter iaitu dua jenis Agusta buatan Itali manakala empat Mi-17 buatan Russia.

Sementara itu, Ong berkata kesedaran rakyat terhadap penyalahgunaan talian kecemasan terutama yang dikendali Jabatan Bomba dan Penyelamat semakin meningkat apabila jumlah panggilan palsu yang diterima kini semakin berkurangan.

Beliau berkata dalam tempoh Januari hingga pertengahan bulan ini, jumlah panggilan palsu yang diterima hanya 231 panggilan berbanding 700 panggilan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Secara keseluruhan, Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima 17,861 panggilan kecemasan menerusi talian 994 dan daripada jumlah itu 8,872 panggilan adalah berkaitan kebakaran manakala 8,368 panggilan lagi berkaitan kerja-kerja menyelamat mangsa kemalangan, katanya.
Sumber : - Utusan Online 17/06/2008

Wow... nak beli heli lagi ? bunyinya memang cantik untuk kegunaan kita... nah 100juta tu geng, sikit saja ...
kita tak bantah beli heli ni, setuju sangat... unt uk kegunaan kecemasan juga.. tapi... ingat ..
peringatan dari rakyat kepada rakyat... kita mesti tahu.. berapa harga Heli tu ... biar urusan kewangan dibelanjakan dengan betul jangan minta kita budget baik-baik tapi kerajaan belanja tak urus.. jangan sampai "terbeli besi buruk lagi boss" . Biar boleh guna lama, dan selamat digunakan...

1 comment:

Anonymous said...

kalau benda mcm ni semata2 utk keselamatan negara saya tidak berapa banyak marah bah (kalau dibandingkan dgn harga maggi naik. hahahaa)

tapi pembelian tu kena transparent kepada semua supaya duit rakyat tidak digunakan sewenang2nya...