" SALAM REFORMASI "

" Kepada Rakyat Negeri Sabah, Bangkitlah Kita Bersama-sama , Perjuangkan Hak Kita, Belalah Nasib
Anak Bangsa Kita,Jangan Wariskan Beban Hidup Kita Kepada Genarasi Akan Datang,Reformasikan Hidup Kita, Reformasikan Negeri Kita, Reformasikan Negara Kita! "

Friday, December 26, 2008

Mery X mas

Selamat Menyambut Hari Krismas Buat semua Warga Malaysia yang
meraikannya.

Semoga perpaduan dalam negara kita khususnya di Sabah akan terus terjalin dengan
mantapnya.

Sunday, December 21, 2008

RTM haram lagu hasil lirik Dr Asri : AKU BUKAN MUSUH HARTA

Em... Pelik juga mengapa lagu ni dianggap kasar .

Sumber : Bharian 19/12/2008
KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) membuat keputusan mengharamkan penyiaran lagu Aku Bukan Musuh Harta yang liriknya ditulis bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin.

Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Adilah Shek Omar, berkata lagu nyanyian kumpulan Kopratasa itu tidak diluluskan kerana liriknya tidak sesuai.

"Kita tidak luluskan lagu ini kerana liriknya kasar," katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.

Lagu ini adalah satu daripada lapan lagu puisi Dr Asri yang dimuatkan di dalam album Yang Benar Tetap Benar nyanyian Kopratasa dan beberapa penyanyi lain.

Dr Asri yang kini menyambung pembelajarannya di sebuah universiti di Lampeter, United Kingdom, tidak dapat dihubungi.

Difahamkan stesen radio dan televisyen swasta tidak mengambil tindakan yang sama mengharamkan lagu itu.

Antara lain lirik lagu itu menyebut Ya telah kaya para pendusta, syarat mereka lupakan Yang Esa, harta rakyat semua disebat, harta awam semua dibekam, hukum syaitan mereka bertuhan.

Selain daripada menulis lapan lirik lagu itu, Dr Asri turut menyampaikan dua puisi bertajuk Itulah Politik Namanya dan Salah Menduga.

Thursday, December 18, 2008

'Tough for BN' if Keningau parking fees stay

Keningau: Barisan Nasional (BN) might be in for a tough time in the next election if the decision to impose the car parking fees here stays.

Kapitan Cina, Chee En Kong, said the Government needs to consider the fact that about 90 per cent of the residents in the district are earning a meagre income as farmers, before allowing the collection of parking fee here.

The present economic situation, especially the steep drop of commodity prices like oil palm and rubber had resulted in the farming community in the district facing hardship, he said.

"Many towkays are also complaining due to reduction of buyers by between 40 and 60 per cent," said, Chee who is also the Keningau MCA vice chief.

In this respect, Local Government and Housing Minister Datuk Hajiji Mohd Noor is expected to make a working visit here on Dec 22 to see among others the problems faced by the District Council.

Chee said the public here are welcome to submit any complaints to him at 019-8416128 or MCA Keningau chief, Jack Chen at 013-8855888 before Dec 19 so that a report could be compiled and submitted to the Minister.

ref; DAILY EXPRESS NEWS

Tuesday, December 16, 2008

Harga Minyak Turun lagi....

Hari ini , di awal pagi Omsabah singgah ke stesen minyak berdekatan.Kebetulan minyak kereta dah low. Omsabah isilah petrol hijau Rm20.00 .

Tepat sahaja Nilai RM20.00 , omsabah tengok jumlah liter yang di pam , 11.11 L.Em boleh la,
sebelum ni Untuk Nilai RM 20.00 = 10.54 L .

Tapi Omsabah terfikir juga, kenapa penurunan harga minyak ini terlalu perlahan? Bagi Omsabah kerana penurunan yang slow ini, maka harga barangan di pasaran juga akan bertambah sukar untuk diturunkan cepat.

Tapi Omsabah masih berpendapat "tindakan menaikan harga minyak bulan Jun 2008 lalu, adalah tindakan yang paling tidak tepat oleh kerajaan" yang akhirnya menyusahkan rakyat dan kerajaan sendiri.

Monday, December 15, 2008

Sepasang Kasut Untuk BUsh

Mencari Penawar Bola Sepak Malaysia

Apapun ceritanya, nampaknya Bola Sepak Tanah Air masih lagi di takuk lama.
Biar orang berkata sekurang-kurangnya rangking Dunia yang dikeluarkan oleh FIFA
menunjukkan peningkatan kedudukan Malaysia, namun masih belum ada apa-apa yang boleh dibanggakan.
Dengan perkembangan terbaru Liga Malaysia Tahun 2009 bakal berlangsung tanpa pemain import, bagi saya ianya satu lagi langkah kebelakang.

Pelik juga bagaimana cadangan ini boleh diulang semula setelah beberapa tahu, kaedah tanpa pemain import ini dilaksanakan.Apa yang jadi dengan stadium semalam perlawanan ?

Dan adakah pemain tempatan dapat meninggkatkan kualiti permainan ?

Semua orang sedar, tiada apa-apa juga kemajuannya. Buktinya selepas pelaksanaan tanpa pemain import FAM mencadangkan semula pengambilan pemain import,Bahkan ditambah bilangannya kepada 5 orang pemain import setiap pasukan.

Mengapa kehadiran pemain import dijadikan alasan kualiti pemain tempatan terkebelakang dengan kehadiran mereka ?Sedangkan negara-negara lain tidak pula merungut ?

lihat sahaja Singapura dan Jepun. Aneh benar-benar aneh.

Kalau dibuat kiraan matematik :
Sekiranya Liga Super mempunyai 20 Pasukan Bertanding bererti secara minimanya
mempunyai 11 pemain utaman X 20 pasukan = 220 Pemain
Setiap pasukan mengambil 3 pemain import x 20 pasukan = 60 pemain
bermakna daripada ada 160 pemain tempatan akan terus bersaing menandingi 60 pemain import. Ini belum dikira dengan pemain-pemain simpanan yang kebiasaanya setaip negeri
akan mendaftarkan lebih kurang 25 orang pemain.

tapi entah lah, kenapa penedekatan tanpa pemian asing ini boleh diluluskan pelaksanaannya lagi.Sudahlah mutu permainan semakin merosot, tambah-tambah lagi la ni.

Walau apa pun, Omsabah tetap sokong FAM memajukan Bola sepak tanah air.
Mungkin kaedah ini akan berjaya kali ini. Insya-Allah.

2008 akan berundur.

Tahun 2008 akan menutup tirai tidak lama lagi. Dan sudah tentu akan ramai mengingati tahun ini
sebagai tahun yang cemerang atau kehilangan atau tahun kesedihan .
Pelbagai kisah yang mengembirakan , medukacitakan dan yang paling pasti diingati
cerita Politik Malaysia.

Kisah Anwar Ibrahim yang kembali Ke Parlimen dan Kisah Pak Lah yang dihujani masalah dalaman Umno / BN dan Politik tanah air.

Kisah Minyak Dilambungkan harganya dan di turunkan secara perlahan.yang mengakibatkan
kos sara hidup meningkat dan harga barang memuncak.

haha... terlalu banyak kisah yang akan memberi kesan kepada eko sosial dan politik tahun 2009.

Mahu dikisahkan semula membuatkan kita senyum.Ada yang hilang kuasa, ada yang bertambah kuasa, ada yang cuba-cuba menambah kuasa.

Namun yang pasti, kembalinya ahli Parlimen Pembangkang menguasi separuh kerusi Dewan parlimen pasti akan memberi kelegaan semua pihak.Sekurang-kurangnya setiap kali
ada dasar-dasar baru di perkenalkan oleh kerajaan boleh dibahaskan , untuk kepentingan semua.

Friday, December 5, 2008

Minyak jatuh bawah AS$44 setong

sumber: Bharian 5/12/2008

SINGAPURA: Harga minyak di Asia menjunam lagi, terendah dalam masa empat tahun apabila mencatat bawah AS$44 setong hari ini.

Pada sesi dagangan petang di Kontrak Hadapan New York, harga minyak 'light sweet crude' bagi penghantaran Januari naik 39 sen kepada AS$44.06 setong - selepas paras terendah AS$43.39.

Paras itu adalah terendah sejak Januari 2005.

Dari Omsabah:

Dulu minyak AS$130 keatas, Tiada seorang pun Orang-Orang Pak Lah cakap
kita untung , kita akan dapat keuntungan banyak.

Tapi bila harga minyak jatuh di bawa AS$50, Pak Lah dah mula pening dan mula pula cakap , Malaysia akan rugi jika harga minyak terus jatuh.

So apa komen anda ? :.....

Tuesday, December 2, 2008

Dua Kerusi Parlimen Pastinya Milik Pakatan Rakyat

Pensiangan dan Kuala Terengganu.

Dua Kerusi Parlimen yang kini sedang kosong dan siap sedia untuk di "isi".
yang pastinya peluang untuk Pakatan Rakyat memenangi kedua-dua kerusi ini
amat cerah.

Kejayaan mempertaruhkan kerusi Permatang Pauh pastinya mendorong semangat
bakal-bakal calon PR di Pensiangan dan Kuala Terangganu.

Pensiangan yang terbiar begitu lama ,pastinya tidak sabar menanti acara penyingkirkan
calon yang pernah menang "buyuk".

Dan di Kuala Terangganu sudah pasti calon PR akan memperolehi majoroti undi besar kali ini,
berdasarkan rekod Mac 2008, yang hampir-hampir berjaya menyingkirkan Calon BN.Dan pada ketika itu pembentukan Pakatan Rakyat masih belum terlaksana.Dan kini pastinya pengabungan dalam pakatan pasti akan memberi jumlah undi yang besar daripada BN yang semakin surut.

30 - 2 : :P

Friday, November 28, 2008

Pensiangan : BN vs BN ?

Perkembangan Terbaru, kalaulah Datuk Bernard S. Maraat (PBS ) mahu menjadi Calon Parlimen Pensiangan , dan Datuk Joseph Kurup (PBRS) juga mahu mempertahankan Kerusi tidak sah yang dimenanginya mac lalu, maknanya BN Vs BN.

Ataupun salah satu kompenan Parti BN ini akan mengistiharkan keluar daripada BN ?
Dan bagaimana pula dengan PKR , adakah akan mengekalkan Danny Andipai sebagai calon?
Ataupun PKR Sabah akan meletakan Dr.Jeffry Kitingan ?




Tuesday, November 11, 2008

UMNO - politik wang dan salahguna kuasa : 900 aduan ?

wah.. 900 aduan politik wang dan salah guna kuasa... hebat ni..

begini la para pemimpin yang mahu mengurus tadbir Negara ?

malang sungguh , Parti Politik sebesar UMNO di kuasai oleh Golongan yang gilakan kuasa

dan mahu bermain duit dengan kekuasaan.

Yang malangnya bagi mereka yang jujur dalam perjuangan, tetapi kalau sudah menjadi tradisi,

sejujur manapun seseorang... tradisi tetap menjadi ikutan...

Tradisi politik wang......

kalau dalam masa yang singkat ini suda 900 aduan berkenaan politik wang, mahu di tunggu 1 atau 2 tahun mungkin 9000 aduan.

Saya saraankan ahli-ahli umno yang benar-benar jujur dalam perjuangan politik, fikir la sebaik-baiknya sekali lagi, mahu kah anda kekal dengan golongan yang bermain rasuah,
terus memperdaya rakyat ?

Masih belum terlambat untuk difikirkan semula.

Saturday, November 8, 2008

Apa cerita PATI ?

Bermula Ogos 2008 ,Dengan Peruntukan RM50 Juta .

Apa cerita selanjutnya ? Habis duit ? Habis Kerja ?

Sejak Ogos 2008 Operasi Membenteras PATI di Sabah di mula kan. Memang jelas usaha
ada dilakukan.

Malang teramat malang, misi ini bukan hanya tidak berjaya dan membazir wang tetapi kesannya juga bagaikan langsung tiada.

Masih terlalu ramai Para PATI sana sini... kalau ada sesiapa yang merasa kehilangan "mereka"
ini , syukurlah kerana mungkin misi ini ada juga kejayaannya.

Tapi... hilang 2 3 hari... saja buat apa....

Saturday, November 1, 2008

Minyak Petrol Pengguna RM2.15 seliter.

Terbaru kerajaan BN menurunkan lagi harga minyak di Malaysia.Namum Minyak BN ini masih mahal! Sekurang-kurangnya Harga Asal Petrol pada Jun 2008 dikembalikan segera.

Ketika menaikan harga , tanpa fikir panjang boleh naikkan terus hingga RM0.78 tapi untuk diturunkan semula ,punya lah berat .... padahal nilai pasaran minyak dunia jelas dan amat jelas
sudah berada di paras terendah sejak tahun 2006.

Apakah kali ini alasan "kejatuhan harga minyak dunia telah menyebabkan kemerosotan pendapatan petronas" .

Tapi semasa "kenaikan harga minyak dunia , ceritanya lain pula.."

Dengar-dengar khabar sekarang ini Indonesia telah menurunkan harga minyak khusus untuk kepentingan rakyatnya. Jika dibandingkan dengan harga di Negara kita ni, nilai seliter Petrol hanta RM1.00 / liter. Namun itu khabar dari kawan , kesahihannya OM pun tak tahu, buat sakit hati saja , kalau benarlah khabar dari kawan Om ni.

Tuesday, October 28, 2008

Harga minyak mentah menjunam AS$60 setong


Satu dunia dah tahu pun... minyak mentah menjunam junam.. tapi ada orang buat tak tahuuu saja.

Monday, October 27, 2008

Minyak turun lagi

Dijangka tak melebihi 15-20 sen elak pengusaha rugi

PEKAN: Kerajaan akan menurunkan lagi harga minyak akhir bulan ini tetapi tidak akan melebihi 15 sen bagi petrol dan 20 sen bagi diesel berikutan penurunan harga minyak dunia ketika ini yang sehingga kelmarin turun kepada AS$62 (RM221.34) setong.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad, berkata penurunan sebanyak itu dilakukan bagi mengelakkan sebarang kerugian mendadak khasnya di kalangan pengusaha stesen minyak.

Sumber : berita harian.


waaa... berapa beza daripada AS$120 ke AS$62?

Sewaktu minyak kita di naikkan harga , nilai setong minyak dunia atas AS$120.

daripada AS$120 ke AS$62... tapi sehingga hari ini baru separuh nilai kenaikan jun 2008 di turun kan.
Bakal-bakal diturunkan tidak lebih 15sen. Maknanya rakyat masih dibelakangkan.walau harga minyak jatuh hingga
AS$30 pun , kalau kerajaan tidak mahu memikirkan kebajikan rakyat ,
dengan alasan pengusaha akan rugi... waduhhh....susah lah mcm tu...

kenapa masa minyak di naikkan harga oleh pak dullah, ramai back up dia. tapi bila minyak dah jatuh semua senyap, tak minta pun dibalikkan ke harga asal walaupun layak diturunkan lebih rendah dari harga asal .

Kalaulah Sekarang ini, DSAI menjadi PM, berapa harga minyak kita ?
saya yakin sudah tentu DSAI mengotakan janji , dan bertepatan lagi dengan harga minyak dunia
yang jatuh .

Tapi kerajaan sekarang ni , tidak lagi sensitif
dengan kebajikan rakyat.sedih.

Sunday, October 26, 2008

Apa lagi alasan ?

Harga Minyak Pasaran Dunia Sudah di Paras Bawah USD70 setong. Tapi mengapa Rakyat masih juga dibebankan dengan harga minyak yang mahal ? Apa lagi Alasan Kerajaan ?

Kalaulah benar kerajaan BN ini mahu menjaga kebajikan rakyat kenapa berat sangat untuk sekurang-kurangnya mengembalikan harga asal minyak sebelum Jun 2008 ?

Mana tanggungjawab Kerajaan terhadap rakyat. Biarpun sudah 3 kali penurunan harga dibuat tapi masih tidak setanding kenaikan bulan jun 2008.

Apa lagi alasan ? Kalau kenaikan mendadak harga minyak yang diumumkan oleh kerajaan untuk membebankan rakyat itu telah menyebabkan kelangsungan naik mendadak harga barang-barang lain, penurunan mendadak juga tidak mustahil, akan membawa penurunan harga barang lain.

Tapi apakan daya...kerajaan sekarang amat pemalas untuk menjaga kebajikan rakyat. Entah apa yang dijaga , entah lah.

Pak Lah tu pun satu, Entah sistem apa yang diamalkan, Ada pertubuhan nak jumpa dia, dia takut, Bila petubuhan tu datang ke majlis rumah terbuka , dia halau, lepas tu kasi haram lagi...

itu pertubuhan yang tak ada kena mengena dengan kerajaan , tapi ni Ketua Pembangkang pun dia takut nak jumpa, duduk semeja.

Tapi tak apa la... Jawatan pun dah kompom dah akan lucut... kesian, ditumbangkan oleh anak-anak buah sendiri secara terang terangan > hehe.

Thursday, October 16, 2008

Harga Minyak : Kerajaan terperangkap?

Perkembangan positif harga minyak dunia semakin merendah dengan harga terbaru di bawah Usd75 / pertong.

Namum , nampak gaya kita di Malaysia tidak mungkin dapat menikmati harga asal sebelum kenaikan bulan Jun lepas atau lebih rendah dari itu. Walaupun sebenarnya kita boleh menikmati
harga lebih rendah.

Mengapa ? em.. semasa kenaikan Harga Minyak Jun lepas, kerajaan cuba berlagak baik dengan membuat pelbagai bantuan , rebet dan macam-macam lagi bantuan konon untuk membantu atau
megurangkan beban rakyat.Dan perbelanjaan sudah pun dibuat.

Sebagai contoh Rebat pemilik kenderaan. Dan banyak la lagi, terutamanya di sektor pengangkutan awam.

Tetapi apa jadi ? Selepas kejatuhan harga minyak dunia?

Kalau diturunkan harga asal Minyak di negara kita seperti sebelum Jun 2008, bermakna Kerajaan sediah menanggung 2 kali subsidi atau perbelanjaan bertindih.

Kalau ditarik balik semula bantuan-bantuan , rebat dan sebagainya ini, bermakna kerajaan cuba membunuh rakyat , kerana walaupun harga minyak turun , harga barangan makan dan keperluan asas sudah terlanjur naik.

Kalaulah Nasihat DSAI semasa Debat yang lepas diikuti mungkin , Kerajaan sekarang mendapat pujian yang tinggi dari rakyat , khususnya pujian untuk Pak Lah. DSAI meminta agar kerajaan bersabar sedikit agar tidak terburu-buru menaikan harga minyak.
Namun begitu hakikatnya, ego lebih besar dari kepentingan rakyat.

Pada pandangan saya, seandainya Harga Minyak Dunia kekal di Bawah Usd100/setong sehingga mac tahun 2009, baru lah kita mungkin dapat merasa nilai asal Harga Minyak kita sebelum kenaikan pada Jun. Ini kerana tempoh bayaran rebat minyak kenderaan hanya kana tamat pada 30 Mac 2009.Seingat saya, semasa kenaikan harga minyak di negara kita diumumkan oleh pak dulah, Nilai setong Harga Minyak dunia berada diparas USD120 keatas.

Lihat la berapa bezanya .Dan tidak mustahil kita akan menikmati harga minyak lebih rendah lagi dari sebelum kenaikn bulan Jun 2008. bergantung lah kepada siapa-siapa yang menjadi PM.

Kalau 7 Disember 2008, Milik PR bermakna kita tidak perlu tunggu hingga bulan mac 2009 untuk menikmati harga minyak yang murah.

semasa Debat tentang harga minyak , DSAI ada menyebut akan menurunkan RM0.50 dari harga minyak yang telah dinaikan oleh Pak Dulah. Dan saya amat yakin dengan pasaran minyak dunia sekarang yang rendah , nilai RM0.50 yang dijanjikan oleh DSAI mungkin akan dinaikan ke angka RM1.00. ini tidak mustahil.

Untuk apalah sesuatu kerajaan itu kalau seringkali membelakangkan kebajikan rakyat.?

Thursday, October 9, 2008

balik kampung oh oho balik kampung...

Masih diragui. Itulah hakikatnya. Orang-orang Pak Dullah nampak kecewa dengan keputusan Pak Dullah yang tidak akan pertahan jawatan no.1 umno. Dengan alasan ada MT umno desak Pak Dullah undur (padan muka. rakyat pun suruh undur juga).

Walau apapun senarionya, jelas keretakan dalam umno tetap tidak akan pulih dengan mudah selepas pak Dullah balik kampung... balik kampung oh oho balik kampung...

Taiko-Taiko Umno sekarang dah berebut Kerusi tu.Yang Bakal jadi No.1 Umno pula minta 100%
pencalonan :) .Sempat ke ? hehe

Monday, October 6, 2008

Dr Mahathir tidak percaya PM

"Saya dapati Pak Lah ini suka berdolak-dalik. Selagi beliau belum buat pengumuman, saya tak percaya."

"Macam-macam beliau janji, semuanya beliau tak tunaikan janji,"

"Tapi ada sesetengah pemimpin, dah kalah teruk pun, masih kata menang... tak mahu tarik diri."

"Dulu zaman Tunku (Abdul Rahman), bila orang tak suka kat dia, dia tarik diri. Zaman Datuk Onn (Jaafar), bila orang tak setuju dengan dia, dia pun tarik diri. Ini saya dengar, orang tak cakap lain... itu saja, tapi tak mahu tarik diri, "

Dr Mahathir

sumber : www.harakahdaily.net

Friday, October 3, 2008

Hindraf mahu bermaafan, Umno kutuk

Pelik juga kisah ni. Hindraf mahu bermaafan, Umno kutuk. Kenapa ? Hari Raya sepatutnya umat islam membuka hati bermaaf-maafan. Dan pada pendapat saya ini lah masa terbaik untuk membuktikan keikhlasan hati dan kemenangan umat islam dalam menghadapi ujian Bulan Ramadhan.

Akan tetapi , sudah tentu persepsi kaum bukan islam akan terganggu atau terpesong apabila umat islam sendiri tidak dapat mengawal emosi dan perilaku.

Apa yang terjadi kepada Kumpulan Hindraf di rumah terbuka Hari Raya anjuran Perdana Menteri ini amat memalukan.Seoalah-olah tidak wujud tolak ansur dan fikiran terbuka oleh tuan rumah .

Dan masa sesuai atau tidak itu bukan soalnya.Tetamu tetap tetamu.Dan mengapa tetamu dihina dan diusir seperti itu.

Dan sudah tentu peluang rumah terbuka ini diambil oleh mereka untuk bersemuka dengan PM yang "penakut" untuk berjumpa mereka.

Memalukan, dan amat memalukan. Tapi syukurlah orang sabah tidak seburuk itu.

Thursday, October 2, 2008

Memahami ISA sebenar.

Melalui Surat Terbuka Zaid Ibrahim kepada PM kita dapat menilai dan memahami sendiri
apa sebenarnya ISA dan kegunaannya. Dan melalui surat tersebut juga kita dapat melihat penyalahgunaan kuasa telah lama berlaku .Renungan kita bersama hayatilah surat terbuka Zaid Ibrahim ini yang ditulis panjang lebar dengan penuh harapan rakyat memahami dan Pak Lah menyedari.

sumber : http://www.malaysiakini.com/news/90604

Sewaktu mengisytiharkan kemerdekaan negara, Perdana Menteri pertama kita telah melaungkan aspirasi dan mimpi indah rakyat Malaya: bahawa Malaya adalah diasaskan di atas prinsip-prinsip kebebasan dan keadilan serta di atas janji bahawa kita beramai-ramai akan sentiasa berjuang bagi meningkatkan lagi kebajikan dan kebahagiaan rakyatnya.

Bertahun telah berlalu sejak peristiwa penting itu berlangsung, namun aspirasi dan mimpi tersebut masih benar dan masih relevan kepada kita hari ini sepertimana ia benar dan relevan kepada kita sebelum ini. Ini dimungkinkan dengan adanya satu pegangan teguh terhadap asas-asas negara pada peringkat awal kewujudannya. Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang dibuat sehubungan dengannya diletakkan di atas asas yang kukuh di mana ia menggabungkan elemen-elemen penting demokrasi yang dibina di atas Kedaulatan Undang-Undang.

tunku abdul rahmanSatu ketika dahulu, Kehakiman Malaysia sangat dihormati oleh warga Malaysia malah turut dijadikan panduan oleh negara-negara lain. Perdana Menteri-Perdana Menteri kita yang terdahulu, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak and Tun Hussein Onn, adalah pemimpin-pemimpin yang sangat berintegriti, adalah pejuang-pejuang mengikut cara mereka yang tersendiri dan, yang paling penting sekali, adalah individu-individu yang serba sederhana. Mereka mempunyai kepercayaan terhadap prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang terkandung dalam Perlembagaan kita dan membina negara ini berpandukan kepadanya.

Tatkala mereka terpaksa meluluskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), 1960, sekalipun mereka melakukannya dengan sangat berhati-hati dan dengan bersikap apologetic mengenainya. Tunku menyatakan dengan jelas bahawa tujuan Akta ini diluluskan adalah bagi menangani ancaman komunis.

'Saya dan rakan-rakan saya dalam kabinet berjanji kepada Parlimen dan kepada negara bahawa kuasa-kuasa luas yang diberikan kepada Kerajaan di bawah ISA tidak sesekali akan digunakan bagi mengekang bangkangan dan ketidaksetujuan yang dibuat mengikut undang-undang' adalah apa yang diucapkan oleh Tunku dahulu. Ketetapan ini dikukuhkan lagi kemudiannya oleh Perdana Menteri ketiga kita, Tun Hussein Onn, yang menyatakan bahawa ISA bukanlah dimaksudkan untuk mengekang bangkangan politik yang dibuat secara sah atau untuk menyekat aktiviti demokrasi rakyat.

Beberapa peristiwa yang berlaku tiga minggu lepas bagaimanapun telah memaksa saya mengkaji semula cara ISA digunakan. Sungguh menyedihkan sekali kerana kesimpulan yang saya perolehi darinya ialah bahawa Kerajaan telah berulang-ulang kali menghampakan rakyat negara ini dengan berulang-ulang kali juga memungkiri janji yang dibuat oleh Tunku Abdul Rahman tersebut.

Ini berlaku kerana Kerajaan dan undang-undang yang digubalnya telah dengan secara tidak betul memberi kuasa kepada Menteri Dalam Negeri untuk menahan sesiapa sahaja atas apa sahaja alasan yang difikirkannya perlu. Budi bicara yang subjektif ini telah disalahgunakan bagi menjaga kepentingan-kepentingan politik tertentu.

Sejarah adalah guru agung yang dapat menjelaskan banyak perkara dalam hal ini. Semakan sepintas lalu ke atas cara ISA digunakan sejak ia diluluskan sekalipun akan mendedahkan betapa tujuan asal ISA telah dikesampingkan oleh keperluan politik semasa.

Adalah dikesali yang Tunku Abdul Rahman sendiri pun telah memungkiri janjinya. Pada 1965, pentadbirannya telah menahan Burhanuddin Helmi, iaitu seorang intelektual Melayu yang cukup hebat dan seorang nasionalis yang kebetulannya juga turut menjadi seorang pemimpin PAS. Dia telah diletakkan dalam tahanan sehingga dia meninggal dunia pada 1969.

Helmi hanyalah seorang musuh politik dan tidak dapat dibayangkan yang dia boleh dikatakan terlibat dalam pemberontakan bersenjata atau komunisme yang ISA dirangka untuk menangani. Penahanannya ini adalah sesuatu yang menyimpang dan menjadi satu detik menyedihkan di mana kepentingan politik telah dibenarkan mengatasi Kedaulatan Undang-Undang.

Ia malangnya seakan menjadi satu 'precedent' dan banyak lagi penahanan ke atas individu-individu yang dianggap menjadi ancaman kepada pentadbiran waktu itu menyusulinya tahun demi tahun. Malah tokoh kesusasteraan kita, 'sasterawan negara' Allahyarham Tan Sri A. Samad Ismail juga telah ditahan di bawah ISA pada 1976. Bagaimana mungkin beliau boleh menjadi satu ancaman kepada keselamatan negara?

Tidak perlulah saya mengingatkan anda mengenai impak dahsyat Operasi Lalang 1987. Kesannya menghantui Kerajaan sepertimana juga ia menghantui rakyat negara ini yang cintakan keamanan kerana ia menebarkan kegelapan ke atas setiap dari kita. Terdapat banyak soalan yang masih belum terjawab mengenai detik-detik gelap tersebut bila lebih daripada seratus orang telah ditahan kerana dikatakan menjadi ancaman terhadap keselamatan negara. Sebab mengapa mereka ditahan tidak pernah dinyatakan dengan jelas kepada rakyat Malaysia.

Begitu juga tiada penjelasan diberikan tentang sebab mengapa mereka tidak pernah didakwa di mahkamah. Termasuk dalam senarai mereka yang ditahan ini adalah beberapa Ahli Parlimen kanan pembangkang yang masih lagi aktif dalam Parlimen hari ini. Sesatunya perkara yang benar-benar jelas mengenai tempoh itu adalah UMNO pada waktu itu sedang berhadapan dengan satu krisis kepimpinan. Apakah ia bukan satu kebetulan yang tangkapan-tangkapan di bawah ISA baru-baru ini berlaku bila UMNO sekali lagi mengalami satu krisis kepimpinan?

isa distributePada 2001, aktivis-aktivis 'reformasi' Keadilan telah ditahan dalam satu tindakan yang kemudiannya diisytiharkan sebagai dibuat secara tidak betul dan tidak sah oleh Mahkamah Persekutuan. Penahanan berterusan mereka yang tidak dibebaskan lebih awal di pusat tahanan Kamunting hanya dibolehkan kerana ISA telah dipinda dalam cara yang meragukan pada 1988 bagi tidak lagi membenarkan semakan kehakiman dibuat ke atas arahan Menteri untuk menahan. Rakyat Malaysia dimaklumkan bahawa tahanan-tahanan ini telah cuba menggulingkan Kerajaan melalui cara-cara militan dan demonstrasi-demonstrasi liar.

Tujuh tahun telah berlalu sejak kejadian ini berlaku tetapi hingga kini belum ada sebarang bukti bagi menyokong dakwaan ini dikemukakan. Menambahkan lagi kekeliruan rakyat, salah seorang daripada mereka yang dikatakan "ganas dan militan" itu ialah Ezam Mohamad Noor. Inilah orangnya yang baru-baru ini disambut kembali ke dalam UMNO dengan sambutan besar-besaran, seolah-olah ianya merupakan satu kejayaan besar.

Lebih kurang pada masa yang sama, ahli-ahli PAS juga telah ditahan kerana dikatakan menjadi militan dan kerana kononnya mempunyai pertalian dengan rangkaian pengganas antarabangsa. Mereka yang ditahan itu termasuklah Nik Adli, anak kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan. Kerajaan ketika itu berjanji akan mendedahkan kepada rakyat Malaysia mengenai bukti kegiatan-kegiatan ganas dan pertalian tahanan-tahanan ini. Sehingga sekarang tiada bukti sebegini pernah diberikan.

hindraf isa detainees 290808Formula yang sama telah digunakan pada akhir 2007 bila 5 pemimpin HINDRAF ditahan. Rakyat Malaysia dimaklumkan sekali lagi bahawa individu-individu ini terlibat dalam aktiviti-aktiviti penggulingan Kerajaan dan mempunyai perkaitan dengan gerakan militan Pemisah Tamil Eelam Sri Lanka. Sehingga sekarang tiada bukti kukuh pernah dikemukakan bagi menyokong dakwaan ini.

Jadi apa yang boleh dilihat ialah kelima-lima mereka ditahan kerana melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang membawa kepada satu mobilisasi masyarakat India Malaysia bagi meluahkan secara aman kekecewaan mereka ke marginalisi yang dilakukan ke atas masyarakat mereka. Perjuangan ini kemudiannya telah diiktiraf sebagai satu perjuangan yang sah. Demonstrasi HINDRAF bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana perhimpunan-perhimpunan seperti itu diiktiraf di seluruh dunia sebagai satu cara pernyataan yang sah.

Dalam nada yang sama, asas-asas yang diberikan bagi menyokong penahanan terbaru Tan Hoon Cheng, Teresa Kok dan Raja Petra Kamarudin menimbulkan banyak persoalan. Penjelasan bahawa Tan Hoon Cheng ditahan bagi menjamin keselamatan dirinya adalah melucukan. Kenyataan bahawa Teresa Kok telah menyalakan sentimen-sentimen keagamaan juga adalah tidak berasas sebagaimana terbukti oleh pembebasannya selepas itu.

isa 3 teresa raja petra tan hoon chengMengenai pengkritik tersohor Kerajaan, Raja Petra Kamarudin pula, semakan ke atas tulisan-tulisannya akan menunjukkan bahawa dia mungkin telah menghina Kerajaan dan individu-individu tertentu di dalam Kerajaan. Bagaimanapun, bersikap kritikal dan menghina tidak boleh dalam apa cara pun dianggap sebagai satu ancaman terhadap keselamatan negara. Jika tulisan-tulisannya dianggap menghina Islam, orang-orang Islam atau Nabi Muhammad (saw), dia sepatutnya didakwa di bawah Kanun Keseksaan dan bukannya ditahan di bawah ISA.

Apa pun, dia juga telah didakwa atas kesalahan menghasut dan melakukan fitnah jenayah berhubung dengan beberapa kenyataannya. Dia telah meminta dibicarakan, dan ini menunjukkan kesediaan serta kemampuannya untuk mempertahankan dirinya sendiri. Cara terbaik bagi memastikan keadilan terlaksana adalah dengan memberikannya peluang mempertahankan dirinya di mahkamah lebih-lebih lagi di mana dalam pandangan umum Kerajaan adalah dalam satu kedudukan konflik kerana telah menjadi sasaran kritikan kerasnya.

Contoh-contoh yang diberikan di atas menjadi petanda jelas bahawa Kerajaan yang ada sekarang adalah sebuah Kerajaan yang tidak demokratik. Perspektif inilah yang telah sejak lebih 25 tahun lalu membawa kepada Kerajaan kelihatan dengan sewenang-wenangnya menahan musuh-musuh politik, pejuang-pejuang pertubuhan sivil dan kepenggunaan, penulis-penulis, usahawan-usahawan, pelajar-pelajar dan wartawan-wartawan yang kesalahannya, jika ia boleh dikatakan sebagai kesalahan, adalah bersikap kritikal terhadap Kerajaan. Bagaimana individu-individu ini boleh dianggap sebagai ancaman terhadap keselamatan negara adalah di luar dari kefahaman saya. Realiti yang terbukti adalah ketidaksetujuan yang dibuat secara sah telah dan sedang dikekang melalui penggunaan secara semberono ISA.

Terdapat mereka yang menyokong dan memperjuangkan bacaan secara 'carte-blanche' ISA ini. Mereka akan berusaha untuk meyakinkan anda bahawa kepentingan-kepentingan negara memerlukan kuasa sebegitu dikekalkan dan bahawa keamanan dan kestabilan yang dinikmati rakyat Malaysia adalah disebabkan oleh kewujudan undang-undang seperti ISA ini. Ini bagaimanapun gagal mengambil kira fakta asas bahawa rakyat Malaysia dari semua kaum mengagungkan keamanan. Kita hidup bersama secara aman sejak 400 tahun lepas bukan kerana adanya undang-undang ini tetapi walaupun adanya undang-undang ini.

Saya percaya rakyat negara ini sudah cukup matang dan bergeliga bagi membezakan di antara tindakan-tindakan yang merupakan satu ancaman 'sebenar' terhadap negara dengan tindakan-tindakan yang mengancam kepentingan-kepentingan politik. Rakyat Malaysia telah mengetahui bahawa ISA digunakan terhadap musuh-musuh politik dan kelihatannya bila kepimpinan sedang menghadapi cabaran sama ada dari dalam parti pemerintah sendiri atau dari elemen-elemen luar.

Rakyat Malaysia hari ini mahu melihat sebuah Kerajaan yang komited terhadap proses mahkamah bagi menentukan kebersalahan atau ketidakbersalahan walaupun untuk tindakan-tindakan yang dikatakan mengapi-apikan sentimen perkauman atau keagamaan. Kini mereka tidak begitu mempercayai bahawa hanya seorang individu, iaitu Menteri Dalam Negeri, yang paling tahu mengenai soal-soal keselamatan negara walaupun mereka sebelum ini pernah mempercayainya. Mereka menghargai kebebasan dan perlindungan ke atas kebebasan-kebebasan sivil dan ini pun benar bagi rakyat negara-negara lain juga.

YAB Perdana Menteri, keputusan-keputusan Pilihan Raya Umum lalu adalah petunjuk jelas bahawa rakyat Malaysia sedang menuntut satu pemulihan semula Kedaulatan Undang-Undang. Saya telah dilantik sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal undang-undang dan reformasi kehakiman, walaupun hanya sekejap. Dalam kapasiti itu, saya dapat memahami dengan lebih mendalam betapa ramai dari kita mahukan reformasi, bukan semata-mata atas kepentingan reformasi itu, tetapi atas tahap di mana institusi-institusi kita telah dilemahkan oleh kejadian-kejadian dan impak yang dihadapkannya kepada masyarakat.

zaid ibrahim resignation from ministerial post 160908 01Dengan restu anda, saya telah cuba menggerakkan reformasi. Berada di atas dalam senarai keutamaan saya adalah satu pemulihan semula ke atas kuasa kehakiman (judicial review) yang boleh dilakukan melalui satu pengembalian semula satu peruntukan penting perlembagaan ke bentuk sebelum ia dipinda secara kontroversial pada 1988. Tidak perlulah saya mengingatkan anda bahawa pindaan perlembagaan itu didorong oleh satu siri peristiwa sama yang membawa bukan hanya kepada Operasi Lalang tetapi juga kepada pemecatan Ketua Hakim Negara dan dua Hakim Mahkamah Agung pada waktu itu.

Salah satu keutamaan saya ialah cara dalam mana bidang kuasa dan kuasa Mahkamah-Mahkamah untuk membuat pembetulan ke atas tindakan wewenang dan di luar perlembagaan Eksekutif telah dikeluarkan oleh Parlimen dan tahap di mana ini telah menyebabkan berlakunya kemerosotan ke atas kebebasan-kebebasan sivil rakyat Malaysia. Pindaan perlembagaan inilah yang telah membuka jalan kepada peruntukan 'ouster' dalam ISA yang secara efektifnya memberi imuniti kepada Menteri dari semakan kehakiman, di mana ini adalah satu peruntukan yang menjadi contoh betapa pindaan perlembagaan 1988 telah membuka ruang untuk berlakunya ketidakadilan.

Saya juga telah cuba memperkenalkan cara-cara dengan mana langkah-langkah boleh diambil bagi membantu Kehakiman memperolehi semula reputasi kebebasan dan kecekapan yang pernah dipunyainya dahulu. Malangnya, ini dianggap tidak diperlukan oleh sesetengah pihak kerana Kehakiman yang bebas akan membawa makna Eksekutif akan menjadi kurang 'berpengaruh'.

Saya telah cuba melakukan perkara-perkara ini dan perkara-perkara lain kerana menyedari Kedaulatan Undang-Undang dan tradisi-tradisi demokratik di Malaysia sedang terhimpit. Apa pun, tiada orang yang rugi dengan memberikan setiap rakyat negara ini sebuah Kehakiman yang bebas dan peluang ke atas satu perbicaraan yang adil. Ini adalah konsisten dengan norma-norma sejagat mengenai hak-hak asasi manusia dan ia juga adalah konsisten dengan ajaran-ajaran Islam, iaitu agama bagi Persekutuan.

Kuasa tidak terbatas untuk menahan atas kehendak seorang individu adalah penindasan yang paling tinggi. Malah, di Israel, iaitu sebuah negara yang sentiasa berada dalam keadaan berperang sekalipun, kuasa untuk menahan tidak diberikan pada seorang individu seperti di Malaysia dan arahan-arahan penahanan memerlukan pengesahan daripada seorang hakim.

Jika terdapat pertimbangan-pertimbangan keselamatan negara, maka ini boleh ditangani tanpa mengenepikan kawalan-kawalan keselamatan yang dimaksudkan bagi melindungi rakyat dari dihukum secara tidak betul. Dalam bidang-bidang kuasa lain yang terlibat dalam konflik-konflik bersenjata, perbicaraan-perbicaraan dikendalikan secara sulit bagi membenarkan penelitian kehakiman dibuat ke atas bukti yang dianggap terlalu sensitif untuk didedahkan kepada umum bagi memenuhi kehendak-kehendak keadilan. Jika ini boleh dilakukan dalam bidang-bidang kuasa lain, mengapa tidak di sini di mana pertempuran bersenjata terakhir dapat kita saksikan, yang menjadi punca kepada wujudnya ISA, telah berakhir pada 1980-an?

abdullah ahmad badawi isa arrest with handcuffs 010604 Sebarang keraguan mengenai kerelevanan ISA dalam bentuknya sekarang sepatutnya sudah terhapus oleh rekomendasi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) bahawa ISA perlu dimansuhkan dan bahawa sebuah undang-undang anti-keganasan yang bersesuaian dengan masa kini perlu diluluskan bagi menggantikannya. Mengandungi satu klausa 'sunset' dalam masa asalnya, ISA tidak pernah dimaksudkan untuk menjadi satu ciri asas dalam landskap perundangan Malaysia.

Melalui penggunaan berterusannya dalam cara yang diterangkan di atas dan berhadapan dengan sentimen umum, adalah natural bahawa ISA telah melekat di dalam fikiran orang ramai sebagai satu alat penindasan dan Kerajaan yang ada sebagai satu Kerajaan yang membuka ruang untuk berlakunya penindasan. Penggunaan berterusannya tidak menjadi petanda baik bagi sebuah masyarakat yang sedang berjuang untuk mencari tempatnya dalam arena global. Ia juga tidak menjadi petanda baik bagi demokrasi yang sangat penting bagi membolehkan kita membangun secara berterusan.

YAB Perdana Menteri, saya mengingati dengan sangat jelasnya apa yang anda sebutkan dahulu, iaitu bahawa jika seseorang itu mempunyai kesempatan untuk melaksanakan apa yang baik dan betul untuk negaranya, maka dia mestilah melaksanakan tugasan itu. Saya sangat menghormati anda kerananya. YAB, anda masih lagi Perdana Menteri buat masa ini dan masih lagi mempunyai kesempatan untuk meninggalkan jejak anda dalam sejarah Malaysia. Saya menyeru anda berbuat begitu dengan memansuhkan terus ISA.

Marilah kita cuba memenuhi janji yang dibuat oleh Perdana Menteri pertama kita yang dikasihi kepada rakyat negara ini.


Yang benar

ZAID IBRAHIM

Tuesday, September 30, 2008

Selamat Hari Raya

Maaf Zahir Dan Batin.

Sunday, September 28, 2008

Masa Untuk Tukar Baju Lama.

Semasa ke semasa , kita asyik dihidangkan dengan berita tentang umno , tentang Pak Dullah, Tentang Najib, Tentang peralihan kuasa , tentang Ku LI , dan semua tentang kenazakan Umno.

Keretakan semakin ketara apabila terlalu banyak tentangan untuk Pak Dullah di dalam umno sendiri dan ketidaksamaan pendapat antara MT Umno sendiri.

Umno Ibarat akar tunjang BN , yang semakin reput dengan sikap ego sesama pemimpin mereka.
Begitu juga MCA yang masing-masing memegang pendapat nan prinsip.

Kesukaran Pemimpin BN untuk sekata dimeja mesyuarat ini amat jelas ,menjadi pentada buruk buat negara.

Pak Dullah menyifatkan DSAI sebagai ancaman negara dan ketakutan buat pelabur asing, padahal yang merunsingkan Pelabur sama ada dari luar atau dalam negara ialah kemelut Umno dan BN sendiri yang jelas kestabilannya sudah tergoncang.Malahan rakyat negara ini sendiri untuk kebingungan dan harian mengapa berlaku pergolakan dalam Umno yang dianggap Party membela nasib kaum Melayu.
Ramai percaya kelempaan ekonomi negara , berpunca daripada ketidakcekapan Pemimpin negara mengurus tadbir negara.Dan kenyataan DSAI , kemampuannya menarik pelabur asing selepas memerintah ada asasnya.Kebanyakan pemerhati luar melihat DSAI lebih berwibawa berbanding pemimpin dalam BN. Apatah lagi dalam mengurus kewangan negara.
Malahan , kita sentiasa mendengar DSAI dijemput keluar negara untuk memberi ceramah berkaitan masa depan ekonomi dunia.

Malaysia seharusnya beruntung kerana memiliki seorang pakar seperti DSAI.
Rakyat Malaysia harusnya sedia menerima kempipinan baru , Dan Umno atau BN bukanlah jawapan selama-lamanya untuk rakyat Malaysia.
Masanya sudah sampai untuk rakyat lebih bersikap terbuka dan melihat secara positif , untuk menolak Umno / BN untuk kepentingan Negara, Masa depan Negara, Masa depan anak-anak Malaysia. Jangan kerana terlalu sayang akan parti , kita dipaksa terima kemerosotan ekonomi , pergolakan politik yang berlarutan, dan ganggu gugat sosial dan kaum.

Yang jelasnya Umno / BN semakin retak dan sukar untuk mengurus tadbir Negara.Jangan ditungguh sehingga sosial dan ekonomi parah, baru kita tersedar.Adalah lebih baik kita bersatu semua dalam Pakatan Rakyat yang lebih mengutamakan kebajikan dan kepentingan ekonomi . perpaduan khusus untuk rakyat dan negara.Ini lah masanya paling sesuai untuk kita menukar Baju Lama .Masa untuk menukar kerajaan tanpa keraguan.

Friday, September 19, 2008

Ancama Negara atau Ancaman Jawatan ?

DSAI mula disebut sebagai satu ancaman buat negara. Memang melucukan.
Saya amat harian mengapa Pak Lah boleh menganggap DSAI sebagai ancaman , kerana
DSAI bukan lah seorang yang berkuasa dalam negara. DSAI hanya seorang ahli Parlimen dan sebagai Ketua Pembangkang.DSAI tidak memiliki batalion tentera atau pasukan bersenjata pun.
DSAI hanya memiliki rakyat dan rakyat bersyukur memiliki DSAI.

Mengapa disebut sebagai ancaman ? Yang jelas apabila DSAI diminta oleh rakyat untuk men jadi Perdana Menteri , yang terancama sebenarnya bukan negara , tetapi Jawatan dan penjawat Jawatan Perdana Menteri sekarang.

Kalaulah dikatakan pelabur asing takut dengan situasi politik tanah air sekarang, agak meragukan
sebabnya DSAI lebih banyak mendapat sokongan dan nasihat dari Negara luar berbanding Pak dullah.Ini kenyataan.

Yang menjadi ketakutan rakyat sekarang bukan DSAI tetapi Pak Lah .Sekarang Pak Lah sudah menjadi Menteri Pertahanan. Siapa-siapa pun tahu kekuasaan dan kelebihan yang dimiliki apa bila menjadi menteri pertahanan. Ini yang dibimbangkan apa bila, ada penyalahgunaan kuasa
untuk kepentingan peribadi dan jawatan.

Walaupun rakyat tahu, Pak Dullah ni tukar portfolio menteri kewangan dengan menteri pertahanan sebab Pak Dullah ni tak pandai urus kewangan, Dr.M pun cakap juga.
Atau dah cukup modal agaknya.Beban terus kepada najib lah.Tengah-tengah krisis terbaru ekonomi dunia ni, Pak Dulahh cepat-cepat tukar menteri , ya lah nanti esok-esok lingkup bukan pasal dia, pasal najib la.

Melihat dan mendengar ucapan-ucapan Pak Dulla ni, memang naga ego mula kuat .Mungkin
kerana "bila-bila masa ISA , akan dipenuhkan kalau ada yang menentang"

Bakal "team katak " , istilah yang digunakan oleh BN , sewajarnya bukan lagi dilabel sebagai
tidak bermoral, sudah terlambat.Kerana yang tidak bermoral itu adalah kejadiaan pertama yang diusahakan oleh UMNO. Jangan dilupakan Kes PBS dahulu. Namun penghijaraan MP ini dari BN ke PR wajar dilihat sebagai satu amalan demokrasi yang mementingkan kebajikan serta kebaikan ekonomi dan politik tanah air. Ketidak tentuan ekonomi dan pembelaan nasib rakyat sudah berlarutan di abaikan oleh Kerajaan. Ini lah yang difikirkan oleh rakyat sebanarnya.

Monday, September 15, 2008

Penangguhan 16 Sept Diraikan BN

Seperti biasa , Umno/BN akan memperbesarkan sebesar besarnya penangguhan 16 September .
Setelah membawa lari MP ke Taiwan yang entah apa apa entah apa faedahnya kesana,
Umno/BN seolah-olah berjaya memenangi Pilihanraya dengan majoriti besar.
Pelbagai ulasan pasti akan menghiasi dada akhbar esok andai "16 Sep " benar-benar ditangguhkan.Saya amat yakin debaran Pak Lah , Najib dan kroni-kroninya semakin kencang.
Mungkin sudah ada yang mengemas meja .
Apapun saya melihat usaha membawa lari MP keluar negara ini satu usaha "orang penakut".
Ini jelas , dan amat jelas satu usaha mengelak daripada pembentukan kerajaan baru .
Membawa lari, menyembunyikan dan dikaurantin.
Cara ini, sudah biasa digunakan oleh Umno/BN.
Kes MR.Bala yang secara tiba-tiba "hilang" selepas mebuat akuan sumpah dan penarikan balik akuan sumpah .-
Kes Saiful Bukhari yang disimpan sebaik-baiknya.
Skil yang sama juga digunakan.

Saturday, September 13, 2008

Suratan atau kebetulan...

Suratan atau kebetulan. Lagu ini cukup popular dalam tahun 80an. Ketika itu saya masih lagi di sekolah rendah dan masih tidak tahu apa-apa tentang politik. Ya, begitulah hidup. Banyak kebetulan, walaupun suratannya sudah ditentukan Tuhan Yang Maha Esa.

OK. Lupakan pasal lagu. Kita bincangkan soal senario politik hari ini. Kalau kita membaca akhbar setiap hari, terutama sekali senario politik sekarang, memang banyak hal-hal yang nampak aneh tapi benar. Dikatakan sedemikian kerana banyak keputusan kerajaan yang dibuat sejak akhir-akhir ini menimbulkan sedikit kesangsian bukan sahaja di kalangan ahli politik (BN atau pembangkang), tetapi juga di peringkat akar umbi. Saya senaraikan beberapa keputusan kerajaan yang saya maksudkan tadi di bawah ini untuk kita nilai bersama ;

1. Lawatan sambil belajar seramai 49 orang MP - BN (10 - Sabah, 12 - Sarawak dan selebihnya dari semenanjung) ke Taiwan.
Kerajaan kata : Sudah dirancang. Bagi memberi pendedahan kepada MP-MP kita tentang teknologi di sana.
Rakyat kata : Kenapa dibuat tergesa-gesa? Kebetulan pula tarikhnya hampir dengan tarikh yang didakwa oleh Pakatan Rakyat untuk tukar kerajaan.

2. Rang Undang-Undang DNA yang dibentangkan di Parlimen.
Kerajaan kata : Sudah dirancang sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Tiada kaitan dengan apa yang berlaku sekarang ini.
Rakyat kata : Kenapa dibuat semasa orang sibuk bercakap tentang pendakwaan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mana pendakwaan itu memerlukan sample DNA?

3. Pendedahan tuduhan rasuah terhadap Datuk Yong Teck Lee.
Kerajaan kata : Itu kerja BPR. Tiada kaitan dengan arahan kerajaan.
Rakyat kata : Kenapa dibuat sehari selepas Datuk Yong Teck Lee secara terang tidak bersetuju dengan kepimpinan PM sekarang?

4. Sumpah oleh Mohd Saiful.
Kerajaan kata : Dia tidak diarah untuk membuat sumpah tersebut. Dan... kebetulan esok harinya...
Rakyat kata : Kenapa dibuat sehari sebelum penamaan calon bagi Parlimen Permatang Pauh?

Itu antara contoh kesangsian yang ditimbulkan oleh kebanyakkan orang sekarang ini. Sebenarnya banyak lagi. Tapi saya sengaja memberikan contoh yang itu sahaja. Apa jawapannya? Betulkah kebetulan? Entahlah. Mungkin ya, mungkin tidak. Tuhan saja yang tahu. Saya serahkan pada saudara-saudari untuk membuat penilaian. Salam. Dari Sabah Untuk Sabah!

Nah, ISA mula digunakan.

Kes Ahamd Ismail tak boleh kena ISA sebab UMNO dah jatuhkan hukuman dan nyata Ahmad Ismail salah.

Tapi apa pula ceritanya dengan Teresa Kok ? Mengapa dia ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ?
Pertamanya dia sendiri belum mengakui kesalahannya.Dan andai dia bersalah, yang wajar menghukum Teresa ialah DAP sendiri. Seperti mana UMNO menghukum Ahmad Ismail .
Bagaimana dengan Raja Petra ? kesukaran membuktikan kesalahan beliau akhirnya jalan mudah
ISA.
Dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng juga dikenakan ISA. Ini pasti akan mengundang mala petaka yang amat dasyat untuk kerajaan Pak Dullah. Kerana seluruh dunia pasti akan marah
apa bila seorang wartawan yang menjalankan kerja dipenjarakan tanpa perbicaraan.

Namun , disebalik penahanan ini , akan nampak sedikit kelebihan untuk mempercepatkan proses peralihan kerajaan.Sudah tentu tindakan kerajaan ini akan dieksploitasikan sepenuhnya
.Mungkin 16 September 2008 akan menjadi realiti.?

Thursday, September 11, 2008

Sepatutnya ISA!!

KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail, digantung haknya dalam parti selama tiga tahun berkuat kuasa serta-merta ekoran tindakan dan kenyataannya yang menyentuh sensitiviti kaum hingga mencetuskan kemarahan parti komponen Barisan Nasional (BN).

Belum cukup!. Sepatutnya ISA. Orang seperti Ahmad ismail ini amat berbahaya kalau dibiarkan.
Namun UMNO tidak mungkin akan membiarkan Ahmad di tahan ISA , sebab itu tindakan awal di ambil oleh
Umno terhadap Ahmad Ismail. Dan Lepas ini tentulah Pak Dullah dan Najib akan cakap, cukuplah wajar sudah
tindakan yang dikenakan terhadap Ahmad Ismail.Betul , saya setuju juga tapi itu diperingkat dalaman UMNO sahaja. Bukan undang-undang negara.


Tindakan Ahamd ini lebih bahaya daripada apa yang dilakukan oleh Hindraf .Perlu diingat Ahmad Ismail bukan bersendirian dalam hal ini tetapi badan Perhubunagn Umno P.Pinang
.

Yalah.. kalau Orang UMNO buat salah, sedaya upaya diselamatkan dari kesalahan. Tapi cuba andaikan
Ahmad Ismail ini orang "pembangkang" apa akan terjadi. ?

Tentu sahaja Perhimpunan seluruh negeri akan diaturkan oleh BN. sebagai tanda bantahan.Sebagai mana
budak-budak UITM diarah keluar ke jalan raya.
Tentu sahaja Ahmad Ismail dalam tahanan ISA sekarang.
Dan suasana pasti akan dikucar kacir kan oleh pihak tertentu untuk mengambarkan keburukan pembangkang.

Bersyukurlah , kerana kenyataan Ahmad Ismail ini tidak diexploitasikan oleh Pihak pembangkang .
Bersyukurlah kerana tiada perhimpunan diadakan oleh kaum Cina.
Bersyukurlah kerana Ahmad Ismail Tak Masuk lokap .


Wednesday, September 10, 2008

Dari Permatang Pauh ke Pensiangan

Inilah saat paling sesuai untuk pribumi Sabah dan kena pada tempatnya , di mana Pensiangan adalah antara kawasan yang terpencil dan agak daif pembangunannya.

Mungkin peluang untung orang-orang Pensiangan membuat perubahan .Semua orang tahu Pensiangan sering dijadikan distinasi Pegawai-Pegawai atasan Kementerian Pelajaran yang kononnya membuat lawatan kesekolah sekolah pedalaman.

Pensiangan memang memerlukan perhatian secara langsung!. Jalan raya, bekalan elektrik,
Air Paip , Hospital , dan sebagainya .Semuanya masih jauh ketinggalan.Saya melihat dengan
mata kepala saya sendiri, Penganggukatn Asasnya Bot. Jalan darat yang daif.
Dulu saya pernah katakan dalam blog ini, semasa rakyat Malaysia bersorak gembira melihat
Angkasawan terbang dengan wang rakyat, rakyat di pedalaman Sabah tidak sedarpun dan tidak tahu pun Malaysia sudah ada Angkasawan.

Yang pastinya, saya pun tidak tahulah kenapa Pembangunan di Kawasan Pensiangan ini sangat lembab. Walhal yang menghuni kawasan ini adalah rakyat Malaysia juga.
Mungkin Tugas PR agak berat untuk meyakinkan orang-orang Pensiangan ini ,
kerana sudah sering dijanjikan dengan air liur.

Walau apapun harapan kita orang-orang Pensiangan ini sentiasa mengikuti perkembangan
semasa suasana politik Tanah Air. Kerana seperti yang saya katakan tadi, mereka ini agak terkebelakang sedikit dan hanya menerima liputan siaran berita dan sebagainya dari TV 1 & TV2 atau radio. Semuanya milik BN.Walaupun Begitu saya yakin, tidak semua penduduk pensiangan ini ketinggalan dalam mendapatkan informasi terkini.

Monday, September 8, 2008

Kurup Tewas

KOTA KINABALU, 8 Sept (Bernama) -- Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu di sini hari ini mengisytiharkan kemenangan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Tan Seri Joseph Kurup bagi kerusi Parlimen Pensiangan pada pilihan raya umum 8 Mac lepas batal dan tidak sah.

-- BERNAMA

Siap sedia lah, Kurup.. dengar-dengar mungkin Kurup tak akan tanding lagi.Tamat sudah politik dia, dan dengar-dengar UMNO akan tak Over kerusi Pensiangan ?
Hehe.. apa-apa pun yang pastinya Kerusi ini bukan lagi milik BN ....

Friday, September 5, 2008

Mungkin kah acara bermula hari ini?

Pukulan khabar angin yang amat kuat, akan tempanglah kerajaan BN
setelah para mpnya akan melompat sertai PR.

ayuhh... apa ditunggu lagi... kerajaan sekarang ini amat lemah dan tanggung jawab anda
sekarang membentuk kerajaan baru.

Thursday, September 4, 2008

16 September 2008= Malaysia Baru = Kehendak Rakyat

43 MP BN akan join PR ? = Tunggu dan lihat sahaja la... hanya MP ni sahaja yang tahu.

Kaum Cina Pendatang ? = Terlebih sudah, jelas pihak mana yang sukakan isu perkauman.Syukurlah
MCA buat relex saja, masih cukup makan agaknya.. dan syukurlah tak ada anjuran bantahan macam budak-budak UITM dikerah hari tu.

Harga Minyak Turun Lagi ? = Baru sekali turun dah bangga, naik bekali-kali dah! Ni nak turun lagi sikit, hebohkah seluruh dunia, YA KERAJAAN MALAYSIA AKAN TURUNKAN HARGA MINYAK , entah berapa sen Pak Dulah saja yang tahu.Mungkin 5sen laa ...cukuplahkan 5sen.puikk.

Bajet Gula-Gula ? = Entahlah, bagi orang-orang kampung Bajet ni, inda pernah kena hirau bah.
Sebab akhirnya dalam 10 tahun 20 Tahun baru nampak kesan.Ya lah... Orang kampung nampak
perubahan bila ada jalan raya , letrik , air paip dan ada lah kilang dua tiga bijik.
Kakitangan awam , mengharap dapat lah naik sikit gaji tu melalui elaun rumah ( kira elaun minyak la tu ) tapi, Pak Dulah ni mungkir janji bah.

Pak Dulah Tak benarkan PR ambil alih kerajaan ? = ehem walaupun Pak Lah duduk tinggal 3 orang dalam BN ke ? hehe... Pak Lah , Najib dan KJ ? hehe..
Wahai Pak Lah , jangan di marah dan jangan di caci.. kalau MP BN tu join PR.
Pertamanya : Memang Dorang tak sukakan ko lagi tu dullah! Bila Seorang MP tak sukakan ko pak dulah, rujuk MP tu mewakili berapa ribu pengundinya. Jadi faham-faham la berapa ramai yang dan bosan tengok ko pak dulah.

Keduanya : Sabah amat berpengalaman dengan adegan lompat ini, Mungkin ini masa yang paling sesuai untuk membuat "pembalasan si pitung " heheh....Hanya PBS saja yang tahu...
kerajaan PBS dulu mantap tapi ... ohoooo.... faham-faham la....

Apa-apapun 16 September ni kensel la Belanjawan 2009 tu, buat baru la... lembik betul.

Saturday, August 30, 2008

Bajet 2007 : Pak Lah permainkan kakitangan awam sekali lagi.

Tahun lepas kerajaan tidak mampu memrbayar bonus kepada kakitangan awam, lantas
mencari pelbagai alasan dan main teka teki serta tarik tali dengan KSN.
Dan akhirnya kerajaan berterus terang tiada kemampuan memberi bonus .
Kali ini sekali lagi , kerajaan mengabaikan janji sendiri, semasa sambutan hari Pekerja tahun ini
Pak Lah ada menyebut akan mengumumkan sesuatu berkenaan ITP dan Cola
masa belanjawan 2009.
Akhirnya ... apa yang ada dengan hanya mengumumkan Bonus RM1000.00
mungkin Pak Lah yakin Kakitangan awam akan lupa janjinya sendiri.Puikkkk
"KITA MASIH MENGHARAP 16 SEPTEMBER 2009" PAK LAH DUDUK BELAKANG PULA,
BIAR DSAI YANG SUSUN SEMULA BAJET 2009!

Tuesday, August 26, 2008

Anwar menang majoriti undi 15,671

Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh apabila calonnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan majoriti undi 15,671 mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).

Saturday, August 23, 2008

Thursday, August 21, 2008

Friday, August 15, 2008

Harga petrol turun cerah

KUALA LUMPUR: Kejatuhan harga minyak mentah di pasaran dunia dijangka membolehkan kerajaan mengumumkan penurunan harga runcit petrol mulai awal bulan depan, seperti yang diumumkan sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata keadaan di pasaran global yang menunjukkan penurunan harga minyak mentah petanda baik untuk membolehkan kerajaan mengumumkan kadar baru petrol 1 September ini.

“Harga minyak mentah di pasaran dunia ketika ini jatuh, oleh itu, harapan untuk menurunkan harga petrol cukup cerah. Bagaimanapun, berapa banyak yang akan dikurangkan adalah mengikut pengurangan dalam harga pasaran. Saya tidak dapat katakan berapa banyak yang akan dikurangkan.

Sumber Bharian 15/08/2008

Rakyat memang berharap Harga Minyak di Malaysia dapat diturunkan. Bukan Kerajaan yang berharap tetapi rakyat.Kerajaan lah yang menentukan harga turun naik. Alahai Dullah...
Mahu diumumkan kenaik harga minyak langsung berkuat kuasa jam 12 malam , tapi nak turunkan kena tunggu 1 September pula.... nak semak itu ini...
Walau apa pun cuba-cubalah turunkan semula... harga minyak ni... kalau ikut paras harga minyak dunia semasa kenaikan yang di umumkan oleh PM memang tinggi berbanding paras harga hari ini. Dan sekiranya Harga minya dunia terus menunjukkan penurunan , kerajaan
boleh menurunkan harga lebih besar daripada nilai yang dinaikkan pada Jun lepas.
DAN OMSABAH HARAP TIDAK ADA KENYATAAN PENURUNAN HARGA MINYA DUNIA TELAH MENGURANGKAN PENDAPATAN JUALAN PETRONAS.MASA HARGA MINYAK NAIK PUN CAKAP UNTUNG SIKIT.NI DAH MULA TURUN JANGAN CAKAP TIADA UNTUNG!!

Monday, August 11, 2008

Pertahankan Hak Bumiputera Sabah

Mengapa OM mulakan topik ini ?

Kerana satu cerita, yang benar-benar membuakkan hati kemarahan .
Omsabah dengar satu kisah, dimana Sebuah Institusi Di Sabah yang selama ini
dinaung oleh Orang Sabah dan sudah menjadi tradisi kelayakan memegang Jawatan Pengarahnya mesti lah 'Orang Sabah'.Namun akan terjadilah satu pencabulan , bila "orang semenanjung " akan mengambil alih kerusi tersebut.
Om bukan anti atau tidak suka orang semenanjung tetapi , terkilan teramat, kalau ini benar-benar akan terjadi. Seolah-olah orang Sabah ini sudah habis yang layak.

Ini jawatan jawatan-jawatan besar. Lain pula cerita rakan-rakan om. Lantikan lulusan SPM orang semananjung pun sudah bertabur di negeri Sabah. Peluang orang Sabah mahu di letak dimana ?
Mahu dikatakan tiada layak amat mustahil. Kalau setakat Gred 17.

Tolonglah, bukan om menolak intergrasi tetapi kasihani lah , rakyat Sabah.Pemohon jawatan Di
SPA pun ada yang da 10 Tahun dan lebih sekali pun tidak diberi peluang untuk di panggil temuduga.

Om benar-benar tidak setuju andai penghantar berterusan penjawat awam gred ikan bilis ini
terusan masuk di Sabah. Kali ini pula ikan paus pun mahu di makan juga.

Thursday, August 7, 2008

Fasa Akhir Penjahanaman Politik Anwar

Dato Seri Anwar Ibrahim dihadapkan ke mahkamah hari ini.
Usaha menjahanamkan politik Anwar sudah masuk ke fasa akhir.
Seandai sukses, maka senyumlah mereka-mereka ini yang sudah terasa bahang
16 September 2008.Kerusi menteri masih selamat.
Namun andai terkecundang di gelanggang sendiri , bersiap sedia lah..
salah satu cara paling bekesan membongkar segala pembohongan dan penyelewangan
mereka-mereka ini ialah apabila tampuk pemerentahan bertukar tangan.
Mungkin mereka-mereka ini rasa dengan cara mensabitkan Anwar dengan tuduhan liwat
akan menggagalkan usaha "Puterajaya baru" .
Namun ingatlah rakyat berjuang bukan untuk Anwar tetapi fahaman dan agenda yang dicetus
oleh Anwar.Keyakinan yang diberikan oleh Anwar.Yang pasti rakyat tetap mahu 16 September 2008.

Wednesday, August 6, 2008

Pilihanraya Kecil Permatang Pauh

Tarikh Penamaan Calon: 16hb Ogos 2008.

Tarikh Membuang Undi: 26hb Ogos 2008.

Menang : DATO SERI ANWAR IBRAHIM

Kita semakin hampir , mereka semakin resah.
Yes!!

Sunday, August 3, 2008

Apa yang dibangga dengan Streamyx Malaysia?

Sejak dari awal streamyx muncul, ramai yang senyum lebar sebab kelajuannya yang memang mengalahkan dail up tmnet .Dengan Kos yang murah.
Tapi itu cerita 10 tahun la...
masih lagi cerita lama ... kelajuan tetap sama....
masih bertahan dengan 512kbp masih berbangga dengan 1MB :)
dan cuba diagung-agungkan dengan 2mb. wow...
rasanya sampai tahun berapa lah kita terus akan berbangga dengan kelajuan ini ya ?
Negara lain , makin lama makin upgred.. kita ?
Tamahak ba ni TM....
Untung kunun bebilion-bilion,,, cisssssssss.
begini la ni sampai 20 tahun lagi

Friday, August 1, 2008

Wellcome Ogos 2008! Good Bye PATI and Good Luck Dato Seri Anwar Ibrahim

Yes....Om tunggu saat ini dengan penuh tabah.(padahal balik-balik tanya DSAI bila mau tanding )

Pertamanya OPerasi Usir PATI vs RM juta-juta ... mana yang berjaya dulu berjaya mengusir PATI atau Berjaya membelanjakan RM rakyat . Ini Om akan tengok bulat-bulat di kawasan OM OM keningau hehehe.

Dan...

DSAI akan bertanding.... Thanks To Dato Wan Azizah .... sebab bagi laluan pada DSAI.
Dan... mari kita semak apa kata mereka-mereka ini.... yang berpeluh sejuk hehe...

"jika benar Anwar mendakwa mendapat sokongan dari seluruh rakyat, sepatutnya beliau bertanding di kawasan lain dan bukan meminta isterinya memberi laluan dengan mengosongkan kerusi Permatang Pauh itu"
Datuk Abdul Jalil Abdul Majid
Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh

komen om : kalau Umno Permatang Paunh tidak dapat sokongan rakyat lagi, kasi bubar sahaja hehe.

"Siasatan dakwaan liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah selesai dan kertas siasatan sudah dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut"
Datuk Seri Syed Hamid Albar.
Menteri Dalam Negeri

komen om : selesai tu maknanya nak tangkap la tu, ala semua orang tahu.. strategy ini...


"
rasa tidak yakin Anwar itu disebabkan beberapa isu yang melibatkan beliau akhir-akhir ini,
Akhirnya Anwar memilih kawasan selamat untuk bertanding di kerusi Parlimen walaupun pada awalnya beliau pernah berkata tidak akan minta Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail memberi laluan kepadanya"
Khairy Jamaluddin
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO

komen om : hehe... KJ pun tahu, DSAI akan menang , dia cakap kawasan Permatang Pauh ni Kawasan Selamat
Terima Kasih kerana bagi keyakinan. ekekkek

"Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali juga akan berbuat perkara yang sama jika berada dalam keadaan yang sama"
Tun Dr. Mahathir
Mantan PM Malaysia

komen om : Orang UMNO setuju ke pendapat Tun ?

''Perbuatan Wan Azizah yang tidak bertanggungjawab itu amat mengecewakan pengundi-pengundi. "
Datuk Liow Tiong Lai
Ketua Pemuda MCA

komen om : "pengundi-pengundi" ?? siapa pengundi-pengundi yang kecewa tu ? walhal semua pengundi-pengundi menunggu tak sabar-sabar.

Heheh.. nampak gaya... usaha menghumban DSAI ke penjara akan diperhebatkan lagi lepas ni,
Memang ada pihak tidak mahu DSAI masuk Parlimen . kenapa ??

KENAPA ADA PIHAK TAKUT DSAI MASUK PARLIMEN ?




Thursday, July 31, 2008

Semakin Hari Semakin Takut

wah, 5 hari Om tak update blog, terbz sedikit.Ceh! hehe
But Om still ikut perkembangan semasa...
Muzakarah Mugabalah Umno Pas , Laporan Perubatan Saifol, Anwar V Ezam ? ,
banyak sungguh ... sampai tak tahu lagi mana yang penting ni...
Umno sibuk nak pujuk Pas, Nak satukan orang melayu konon... kalau dahulu Melayu Bersatu
siapa yang pecahkan orang melayu? Dari rumpun mana melayu berpecah ? Al-maklumlah
Om dekat Sabah kurang faham maksud menyatukan orang melayu ni.
Nanti sibuk2 mentri-mentri umno ni cakap pasal Umno-Pass ni... jangan lupa...
Sabah Sarawak!!!! Mengapa menteri membazir masa mengurus parti bukan mengurus negara.
Bab-bab sengara rakyat ni sangat diharapakan untukn dilupakan. ceh!!
Terbaru Tambang Bas akan naik...... itu di semj. Sini kompom2 naik pun .Yalah.. dulu kerajaan cakap tak ada sebab naik kan tambang.. dah syarikt hampir gulung tikar.. baru lah telan air liur.
Kompom harga rumah akan melonjak lagi ni.. kalau bahan binaan semua naik harga..
apa lah nak jadi ni....
Bab Laporan Perubatan Saifol di Hospital Swasta pun, sudah jelas la, ada bukti kukuh bahawa Saiful mungkin Baru diliwat di hospital Kerajaan .Sebab masa di Hospital Swasta tiada buktipun
Saiful di liwat lepas ke Hospital Kerajaan baru laa buka kes.
Hayak... budak-budak mana pun boleh fikir laa...
Tapi Om yakin la... Biar tahap mana pun kes ini, DSAI akan menang juga.Tapi kesian juga la
Hospital Swasta tu kan... silap-silap kena tindakan pula... biasala...
BaB pilihan raya... OM harap DSAI cepat bertanding...Menang saja terus saund member2 join.
Lepas bentuk "Malaysia Baru" .. Semak satu persatu.... apa yang mereka-mereka lakukan dahulu , kes kecil kes besar jangan tolak ansur.. sumbat mereka ke dalam lokap. Semakin hari semakin ketakutan tu.. tengok sahaja tindakan Umno, masing-masing Umno Negeri pujuk Pass puikkk, Polis pun tiba-tiba macam marah pula bila laporan perubatan Saifol terdedah, sebab dorang tak dapat maklumat asal , apa pun bukti ini boleh di bawa ke mahkamah .
OM panas hati sudah ni.,.. heheeh

Friday, July 25, 2008

Musa Aman dicalon rebut Naib Presiden

KOTA KINABALU: Dua lagi bahagian Umno di Sabah iaitu Sandakan dan Pensiangan membuat ketetapan mencalonkan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Musa Aman, bagi jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti, Disember ini.

komen om: "hai, kenapa alang-alang ni.. Pemimpin Umno lain di semj takut mahu letak calon Presiden , kecuali Ku LI sahaja yang berani.Pemimpin "Umno Sabah" pun takut ?
Kalau benar-benar Umno Sabah ni kuat kenapa tidak letak Musa sebagai calon Presiden sahaja ?
Tapi..macam sudah jadi peraturan lah kan... remote di tangan Pak Lah apa lagi nak buat, hehe kesian ahli Umno, padahal ni lah peluang Orang Sabah jadi PM time kuat-kuat Umno Sabah apa lagi..
Jangan kuat dapat undi dari rakyat sahaja tapi undi untuk jadi Presiden tiwas ekekekee....
Jom kita cabar Umno Sabah Calon Musa Jadi Presiden...

info : UMNO SABAH =
United Malays National Organisation SABAH.
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu SABAH.

Wednesday, July 23, 2008

HARI INI SABAH & SARAWAK LOMPAT HARI INI JUGA KOMPOM PAK LAH TURUN PANGKAT

Pergolakan Politik Tanah Air semakin "bangas" .Banyak tuduh menuduh , fitnah memfitnah,
sindir menyindir, saman menyaman ,kutuk mengutuk dan macam macam lagi.
Nampak gayanya sifat ini lebih banyak di miliki oleh orang melayu di semenanjung.
Golongan majoriti dan terbesar di Malaysia, yang dalam ketakutan.
Takut kerana hak-hak orang melayu tergugat oleh kaum minoriti.
Bagi kami di Sabah, memang boringlah bila dengar hak orang melayu ni, tak masuk akal bah.
Kenapa cakap hak orang melayu tergugat padahal orang melayu golongan majoriti dan
para pemimping pun orang melayu.
Tahu sebenarnya kami tahu, juga bukan orang melayu, tetapi UMNO. Dan bukan semua orang melayu itu UMNO.
Kini sistem pentadbiran kerajaan Malaysia suda tergugat dan mengelirukan rakyat.Seharusnya Pak Lah memandang serius soal-soal yang melibatkan pemimpin negara.
Kekalutan politik akan menakutkan pelabur asing, dan kelemahan sistem pemerintahan akan menyebabkan pelabur asing sedia ada mungkin cabut lari sebelum gulung tikar.
Pak Lah ooo Pak Lah...sudahlah engkau bebankan kami dengan harga minyak dan harga barang makanan yang tinggi.... sekarang engko bebankan pula kepala kami dengan isu-isu yang melibatkan sistem kehakiman dan polis.Pak Lah oo Pak Lah.,...
Kalau orang sabah dan sarawak dan bosan betul-betul siap la engko Pak Lah
HARI INI SABAH & SARAWAK LOMPAT HARI INI JUGA KOMPOM PAK LAH TURUN PANGKAT

Banyak persoalan yang gagal diselesaikan dan Pak Lah perlu menjelasklan kepada rakyat
dengan tepat.beberapa isu atau kes yang menjadi soalan di kedai kopi :

1.Apa cerita lingam and geng ?
2.Kenapa lingam and geng tak kena tangkap ?
3.Harga Minyak naik
4.Harga beras naik
5.Bila nak naik gaji.
6.Tahun ni kompom tak ada bonus lagi.
7.Angkasawan jadi jutawan.
8.Orang kampung yang undi BN segan-segan mengaku BN
9.Sikit-sikit saman
10.Saiful Buhkari bakal hero BN
11.Anwar jadi PM
13.16 September turun harga minyak
14.Bila Anwar nak tanding.
15.Najib atau Ku Li tidak sempat jadi PM
16.Liwat
17.Mongolia
18.Raja Petra
19.Akuan Sumpah
20.Mr Bala yang di X-file kan
21.PATI
22.Rumah Banglo Masih Sempit ?
23.Rumah teres hampir siap.
24.Debat Berliur
25.DNA

hayak... bosan lahh

Monday, July 21, 2008

Pening OM!!

Masa demi masa , rakyat negara ini dikejutkan dengan banyak isu yang nampak semakin bertimbuan dan amat jelas kerajaan menghadapi kesukaran untuk menyelesaikannya.
Amat mendukacitakan , sikap pemimpin negara yang kurang tegas dalam menangani masalah-masalah ini ,menyebabkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan sekarang semakin lama semakin terkikis.Apatah lagi kes atau isu dalam negara ini melibatkan sistem kehakiman , melibatkan Pemimpin Tertinggi dan melibatkan Kebajikan Rakyat.
Antara isu yang masih ditunggu-tunggu dan menjadi persoalan rakyat ialah :-

1.Kes Lingam and geng.Laporan Siasatan yang dibuat untuk apa kalau tindakan tidak dibuat serta merta.Mengapa perlu dilambat-lambatkan .Kerana mereka ini Orang Kuat Kerajaan ?
2.Kes Bunuh Altantuya.Cerita sensasi , kerana sering dikaitkan dengan TPM.Mungkin kita "terselamat sedikit" kerana Mongolia bukan negara sehebat Jepun , Korea atau China atau Mungkin Singapura.Kalau tidak mungkin tekanan yang amat dasyat akan diterima oleh Malaysia.

3.Isu kenaikan Harga Minyak yang menadadak.Apabila TPM membuat janji sebelum PRU12, kerajaan tidak akan menaikan harga minyak selepas PRU12,namun janji dinodai.Minyak dinaikan dengan rekod kenaikan tertinggi .Kesan kenaikan sedikit demi sedikit mula mengoncang poket rakyat.Mungkin sebulan dua lagi, inflasi dasyat akan berlaku ?

4.Kes baru, Aduan penyalahgunaan kuasa Ketua Polis Negara dan Peguam Negara" dalam kes mencederakan DSAI 10 tahun lepas.Mungkin Ketua Polis Negara akan berkata " Bodohnya Anwar kerana buat laporan polis ,walhal tempat anwar membuat laporan itu adalah kuli-kuli ku"
Tetapi rakyat "berkata sepatutnya Perdana Menteri Wajib Menggantung Tugas Mereka,demi siasatan telus,kefahaman pengaruh mereka dalam siasatan amat penting.Inilah sebenarnya tindakan PM yang wajar jika mahu terus dihormati rakyat.


5.Kes Akuan Sumpah "Mr.Bala" bekaitan Kes Pembunuhan wanita mongolia dan penglibatan TPM.Akuan sumah dalam proses pembikinannya mengambil masa 2 bulan.Dan dalam tempoh 24 jam sahaja "secara tiba-tiba ditarik balik ".Memang wujud keraguan yang amat ketara.
Kehilangan "Mr.Bala" juga mengudang tanda tanya yang dijawab sendiri.

6.Kes penulis blog yang terkenal. Raja Petra. Beliau telah mebuat aduan polis dan akuan sumpah berkaitan dengan kes bunuh wanita mongolia.Tetapi akhirnya beliau ditahan polis.Cerita filem mana ni? Pelapor ditahan polis ,ketika laporan yang dibuatnya belumpun disiasat.

7.Kes Tuduhan Liwat .Kes tidak asing lagi, untuk DSAI setelah 10 tahun lepas "cara" ini berjaya menjahanamkan maruah DSAI kali ini, cubaan menggunakan skrip yang sama.Kali ini banyak keraguan yang timbul dalam siasatan kes.
-Apabila DSAI membuat aduan kes salahguna kuasa Ketua Polis Negara, wajarkah lagi Ketua Polis Negara terlibat dalam siasatan kes liwat ? tentu sahaja tidak, kerana akan timbul rasa
peluang untuk mengenakan DSAI.
-Laporan polis yang dibuat oleh Saifool Buhkori, tidak didedahkan, nampak ada muslihat mengapa DSAI sendiri tidak diberikan salinan repot.
-Siasatan ini nampak "tempat pertama" dalam rangking.Sedangkan kes ini lebih bersifat individu , tidak melibatkan Sistem Kehakiman atau tidak Melibatkan Negara Luar seperti Mogolia, dan yang dituduh juga bukan seorang menteri seperti Timbalan Perdana Menteri.
-Corak penangkapan DSAI yang boleh disamakan statusnya dengan penangkapan seorang penjenayah paling dikehendaki dan berbahaya.
-Paksaan pihak polis yang mungkin mendapatkan sample DNA DSAI melalui waran mahkamah.
Para pelajar sekolah, mula bertanya dan bingung, DNA seseorang itu akan berubah ke ?
Mengapa perlu diminta berkali-kali.Pelik tapi benar.Mungkin fail lama "amat sulit" sehinggakan untuk melihat analisis DNA terdahulu tidak dibenarkan.
-Mengapa menteri-menteri lain teramat suka membuat kenyataan tentang kes liwat ini ?
Kes-kes tadi tidak pun.

8.Kes Pendatang Asing Tanpa Izin , di negeri Sabah.Selepas dituntut berulang-ulang kepada kerajaan Persekutuan agar tindakan tegas perlu diambil untuk mengusir PATI di Sabah akhirnya tergerak juga hati PM.Itupun selepas Sabah menjadi Pintu Kejayaan BN membentuk kerajaan.Selepas digeretak dengan banglo,rumah teres ,dan katak.Barulah ada harapan sedikit
untuk rakyat Sabah melihat pasar malam lebih cerah sedikit.Tetapi sejauh mana kejayaan pelaksanaannya nanti , masih kabur.Antara masalah yang pastinya sukar untuk mencari penyelesaian ialah status Kanak-kanak jalanan.Fikirlah wahai Pak Lah.

Wahai sahabat-sahabatku, saya cuba untuk masuk dalam petak kerajaan tetapi sukar untuk saya dapatkan jawapan.Mengapa terlalu banyak keraguan yang timbul yang seolah-olah pihak berkuasa menganggap rakyat tidak akan berfikiran begini, begitu.Pening OM!!

Friday, July 18, 2008

RM50 Juta Peruntukan Mengusir PATI.


bayumurni said...

Om,,
sekali-kali bangkitkan isu-isu berkaitan negeri sabah baru lah panas,,

Kalau kita terlampau pro kontra pada isu sebelah semenanjung, macam masih gitu-gitu juga bah,,
maaf lah om sekadar memberi pandangan ku yang ****** **** ni,,hehehe,

July 18, 2008 2:06 PM

Terima kasih bayumurni ,
Memang betul ,isu berkaitan dengan Negeri Sabah memang banyak.Tapi
malangnya Omsabah ni kurang fokus hehehe. Bukan apa, Cuba kita pantau selia penglibatan Para MP Sabah di Parlimen. Tidak ramai yang suka mengambil bahagian dalam perbahasan, yang popular hanya Bung Moktar dengan lawak-lawaknya.Yang lain sekali sekala dan yang lain-lain lagi tak berbunyi langsung.Kenapa ya ?

Ok sekarang, hebat gerakan Najib mahu mengusir PATI (pendatang asing tanpa izin ).Dan gerakannya akan bermula bulan depan.
Kita semak laporan akhbar hari ini :
Berita Harian :
KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM50 juta bagi operasi besar-besaran mengusir pendatang asing tanpa izin di Sabah yang dianggarkan 150,000, bermula awal bulan depan.RM 50 juta peruntukan khusus untuk mengusir PATI.
Hebat, kenapa tak buat banner, poster atau iklan-iklan di news paper tarikh , tempat dan masa operasi ?.. :)
Berita Harian:
operasi akan bermula di Pantai Barat Sabah yang ada kem tahanan sementara iaitu Kem Paradise, Kota Belud sebelum diteruskan di Pantai Timur
Ada tempat untuk bermula, macam lumba lari pulakan....hehe tapi tak apa asalkan ianya bermula dan sudah diberi tahu awal kepada PATI dimana operasi akan dimulakan dahulu.
Berita Harian:
"Keputusan yang dibuat ini melambangkan komitmen bagi menangani masalah pendatang asing tanpa izin seperti dikehendaki rakyat dan pemimpin parti politik Sabah,"
Sudah kena geratak barulah mahu betindak ,kalau disana tak bergoncang disini tidak akan dipandang.

Dengan Kos RM50juta yang disediakan, kita mengharapkan operasi ini akan berjaya mengusir
kalau tidak 100% PATI , cukuplah 50% asalkan langkah berterusan diambil untuk terus bertegas dengan isu PATI ini. Bukan hanya berjaya menghabiskan RM50juta.

Perhatian khusus juga sepatutnya ditumpukan kearah pintu-pintu masuk dalam Negeri yang sering digunakan oleh "pengimport" PATI.Kawalan ketat dan pemantauan yang kerap akan pasti mengurangkan gerakan mengimport ini dan lama kelamaan akan hilang.

Kita tahu juga, kawalan dan pemantauan berterusan dan juga operasi pembenterasan PATI ini akan sentiasa memerlukan peruntukan kewangan, kerana itulah negeri ini benar-benar mengharapkan bantuan Kerajaan Pusat , yang apabila digeratak baru lah mula bertindak.(tahu takut)


Kita akan lihat nanti bagaimana hasilnya nanti.Yang kompomnya Pasar Malam pasti akan kelihatan siang walau pun malam .Heheh.Untuk berapa lama ? sebulan atau dua bulan ? atau seminggu sahaja ?


Thursday, July 17, 2008

DSAI DiTahan Polis Lagi

16 Julai 2008, Jam 1 Pm.DSAI ditangkap Polis.Bukan mengejutkan, apabila DSAI ditahan polis, kerana perkara ini pasti dilakukan segera
apabila DSAI mengumumkan akan bertanding dalam pilihanraya.

Semua orang tahu, ada pihak yang teramat DSAI mempunyai semangat yang teramat kental
untuk meneruskan perjuangannya.

Kali ini , saya amat yakin DSAI sudah bersedia dari segi mental, fizikal dan segala-segalanya,
kerana 10tahun lepas DSAI sudah mengalaminya dan Sudah belajar dan faham skripnya.

Semoga DSAI dalam keadaan sihat walafiat dan sabar.
Kami sentiasa memberi sokongan buat DSAI.

Terbaru: 17 Julai 2008
KUALA LUMPUR: Peguam kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan polis sudah membebaskan Penasihat Parti Keadilan (PKR) itu, kira-kira jam 9.30 pagi tadi dengan jaminan.

Peguam Sankara Nair berkata, anak guamnya itu dibebaskan selepas ditahan semalam bagi membantu siasatan dakwaan meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar juga akan mengadakan sidang akhbarnya di rumahnya di Segambut, jam 2 petang ini.

Wednesday, July 16, 2008

DEBAT HEBAT DARI ANWAR , DEBAT MELUAT DARI SHABERY

Syabas dan tahnia kepada semua yang telah menjayakan Debat Anwar Ibrahim vs Ahmad Shabery Cheek”.

Teramat jelas Ahmad shabery tiada modal untuk pertahankan "tindakan paklah yang membebankan rakyat" .

Tiada kerisauan yang cuba ditimbulkan oleh Ahmad Shabery tentang beban yang di tanggung oleh rakyat.

Lebih banyak bercakap kisah lama sehingga penonton bercakap " buat apa dia cakap pasal itu, buang masa."

Seawal masa pertama lagi Ahmad Shabery sudah membuat serangan peribadi keatas DSAI.Tindakan yang dilihat lebih bersifat cuba menjatuhkan semangat dan moral DSAI.

Apa yang sebenarnya cuba dijelaskan oleh Ahmad Shabery ? saya tidak dapat apa-apa input
dari beliau.Berbanding dengan DSAI ,berupaya membuat rakyat terfikir dan berkata "iyakan" .

Kita nantikan apa kata Utusan Malaysia, Bernam dan Berita Harian.Memang pujian harus diberikan kepada Ahmad Shabery yang berani menampil kan diri dikalah Paklah Dan Pak Jib
berselimut ketika debat berlangsung.Namun keberanian itu menjadi keuntungan kepada Ahmad Shabery sendiri , tetapi mewakili kerajaan yang lemah.

Saya amat yakin, pemerhati ekonomi akan bersikap adil menilai dan mengulas debat ini.
Cubaan Ahmad Shabery mengaitkan isu-isu politik dan peribadi DSAI tidak akan menarik perhatian para pemerhati ekonomi dunia.

Di akhir debat, DSAI ada menyebut akan bertanding dalam Pilihan Raya, hehe... bila tu...
tahnia DSAI , DEBAT HEBAT ANWAR memaksimakan hujah dalam masa yang singkat,
Tahnia juga kerana berjaya menampilkan diri dalam keadaan yang segak bergaya dan
indah mata memandang
Agak malang buat Ahmad Shabery, kerana sedar atau tidak penampilan dirinya sedikit terganggu apabila bihisnya yang tidak boleh di kawal hehe..DEBAT MELUAT orang tengok. :)

Tuesday, July 15, 2008

Debat:Perangkap atau terperangkap ?

MALAM INI.
JAM 9 MALAM.
SECARA LANGSUNG DI BERNAMA TV / ASTRO AWANI / TV 9


( MANA RTM ? ISU PENTING MACAM NI TAK MASUK? OO.. LUPA.. SEBAB RTM SEMUA ORANG BOLEH TENGOK, TAK PAYAH GUNA ASTRO PUN.TAPI.. BUKAN KE
HERO KERAJAAN ITU MENTERI PENERANGAN ? AIK TAKKAN MENTERI PENERANGAN TAK DAPAT SLOT ? )

Saya ada seorang sahabat yang memang tidak suka bicara politik, apabila saya memberi tahunya tentang debat ini , langsung dia menjeling kearah saya sambil tersenyum dia berkata "kalau kail panjang sejengkal,lautan dalam jangan diduga" .


Monday, July 14, 2008

Kerajaan Polis ?


Dilaporkan pihak berkuasa dengan kekuatan seramai 200 anggota polis, 100 orang anggota berpakaian preman dan 4 trak FRU berkawal di sekitar parlimen. Sementara itu, wartawan dan jurugambar dari media alternatif termasuk dari agensi asing turut dihalang dan berlegar di luar bangunan parlimen.

Apakah ertinya ini ? Keselamatan siapakah yang dijaga ? Ketakutan apakah yang dirasa ?

Dan atas perintah mahkamah yang dikeluarkan, Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dihalang daripada hadir ke parlimen.

Manakalah usul ketidakpercayaan terhadap Perdana Menteri yang dibawa oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini juga ditolak.

Tindakan speaker yang menolak untuk dibawa ke dewan usul tersebut telah menyebabkan Ahli-ahli Pakatan Rakyat bertindak bangun dan keluar dari persidangan yang sedang berlangsung.

Demokrasikah lagi Negara Malaysia ?

Pelik Tapi Benar.

Friday, July 11, 2008

Abdullah Serah Jawatan Presiden Umno Kepada Najib Pada 2010

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menyerahkan jawatan Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional kepada timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak pada pertengahan 2010.

wahhh... tahnia kepada Najib yang bakal menjadi PRESIDEN UMNO DAN PENGERUSI BARISAN NASIONAL. Tak lama lagi tu 2 tahun sahaja lagi... tapi kenapa tak di sebut
PERDANA MENTERI ? ehem.. ehem.. no komen la tu.. hehe...
walau apa pun mari kita tengok.. apa kata pemimpin-pemimpin UMNO sendiri.


"langkah Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pelan peralihan kuasa pada pertengahan 2010 dan bertanding sebagai Presiden UMNO merupakan satu langkah yang silap.keputusan Abdullah itu tidak akan mengubah pendirian beliau untuk bertanding bagi jawatan presiden pada pemilihan parti yang dijangka Disember ini"
Tengku Razaleigh Hamzah
Anggota Parlimen Gua Musang
*Ku Li tetap akan lawan juga.

"Cara ini (peralihan kuasa) sebenarnya menyelamatkan Umno kerana dengan langkah ini, Umno mendapat satu perubahan secara total. Ini adalah langkah terbaik untuk memulihkan parti,"
Tan Sri Muhammad Muhamad Taib
Ketua Penerangan Umno
* untuk memulihkan parti ? Maksudnya ,kalau Pak Lah undur parti pulih ke ?

"Apa yang diumumkan hari ini melegakan ramai dan bagi Pemuda, kami nak lihat ke depan, kami nak pastikan parti kuat, transformasi perubahan yang diperlukan, dan lebih penting lagi untuk mendekati rakyat dan menunaikan janji-janji semasa pilihan raya.
Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
*maknanya, kalau Pak Lah tak serah parti tak kuat, tiada perubahan,tak dapat dekat rakyat, tak dapat tunai janji pilihan raya lah ni ?

"
keputusan yang dibuat hari ini 'sedikit sebanyak' dapat meredakan pergolakan politik negara,idak ada apa yang perlu disedihkan atau kecewa. Ini adalah sebahagian daripada keputusan parti, ia adalah sesuatu yang akan mengukuhkan part"
Khairy Jamaluddin
Naib Ketua Pemuda Umno
* lain macam saja ulasannya tu, tapi bagus lah ada kesedaran dalam diri sendiri.


Tuesday, July 8, 2008

Debat Harga Minyak 15 Julai

Menteri Penerangan, Ahmad Shabery Cheek sebagai panel bagi pihak kerajaan.
emm.. kita sama-sama tunggu la.. debat ni... DSAI akan sertai.
Harap-harap jadi la...
Jangan last minit banyak alasan-alasan... yang "memaksa debat ini di tangguhkan " :)
ingat saja dulu, penggunaan cat kuku semasa PRU12...
apa jadi... ? last minit banyak pula kesan sampingan kalau dilaksanakan..
awal-awal tak terfikir kunun.... cisss

Monday, July 7, 2008

Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat Gagal, Kata Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak hari Isnin menyifatkan Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat anjuran pakatan pembangkang semalam sebagai gagal kerana tidak ramai rakyat yang menyertainya.
Rakyat tidak hadir pada bilangan yang diandaikan. Yang hadir hanya penyokong tegar dia sahaja," katanya.

Pelik dan janggal juga bila Najib buat ulasan macam ni kan....
Najib cakap Perhimpunan ini gagal... tapi pandangan saya "tetap berjaya "
Sepatutnya Najib tak payah cakap la hal berjaya atau tidak perhimpunan ni..
Amaran sana sini di hebahkan kepada rakyat supaya tidak hadir dalam perhimpunan ini...
walaupun jumlah 1 juta itu tidak sampai tetapi.. fikirkan laa..
siapa yang berjaya dan siapa yang tidak...
Himpuan berjaya dilaksana.... tapi larangan beramaran yang dikeluarkan oleh berkuasa macam mana ? Berjaya atau tidak ?

Ok ,andaikata perhimpunan ini diberi permit dari awal lagi... dan tiada amaran larangan daripada pihak berkuasa.. saya yakin jumlah yang hadir ... bukan sahaja 1 juta .. malahan lebih..
kita semua tahu,.. ketika Anjuran Perhimpunan ini diadakan.. pihak-pihak tertentu yang menentang sibuk megantur program-program dikawasan masing-masing bagi menghalang rakyat menyertai
perhimpunan ini.Biasalah kan..