" SALAM REFORMASI "

" Kepada Rakyat Negeri Sabah, Bangkitlah Kita Bersama-sama , Perjuangkan Hak Kita, Belalah Nasib
Anak Bangsa Kita,Jangan Wariskan Beban Hidup Kita Kepada Genarasi Akan Datang,Reformasikan Hidup Kita, Reformasikan Negeri Kita, Reformasikan Negara Kita! "

Wednesday, September 10, 2008

Dari Permatang Pauh ke Pensiangan

Inilah saat paling sesuai untuk pribumi Sabah dan kena pada tempatnya , di mana Pensiangan adalah antara kawasan yang terpencil dan agak daif pembangunannya.

Mungkin peluang untung orang-orang Pensiangan membuat perubahan .Semua orang tahu Pensiangan sering dijadikan distinasi Pegawai-Pegawai atasan Kementerian Pelajaran yang kononnya membuat lawatan kesekolah sekolah pedalaman.

Pensiangan memang memerlukan perhatian secara langsung!. Jalan raya, bekalan elektrik,
Air Paip , Hospital , dan sebagainya .Semuanya masih jauh ketinggalan.Saya melihat dengan
mata kepala saya sendiri, Penganggukatn Asasnya Bot. Jalan darat yang daif.
Dulu saya pernah katakan dalam blog ini, semasa rakyat Malaysia bersorak gembira melihat
Angkasawan terbang dengan wang rakyat, rakyat di pedalaman Sabah tidak sedarpun dan tidak tahu pun Malaysia sudah ada Angkasawan.

Yang pastinya, saya pun tidak tahulah kenapa Pembangunan di Kawasan Pensiangan ini sangat lembab. Walhal yang menghuni kawasan ini adalah rakyat Malaysia juga.
Mungkin Tugas PR agak berat untuk meyakinkan orang-orang Pensiangan ini ,
kerana sudah sering dijanjikan dengan air liur.

Walau apapun harapan kita orang-orang Pensiangan ini sentiasa mengikuti perkembangan
semasa suasana politik Tanah Air. Kerana seperti yang saya katakan tadi, mereka ini agak terkebelakang sedikit dan hanya menerima liputan siaran berita dan sebagainya dari TV 1 & TV2 atau radio. Semuanya milik BN.Walaupun Begitu saya yakin, tidak semua penduduk pensiangan ini ketinggalan dalam mendapatkan informasi terkini.

11 comments:

Anonymous said...

Saya juga pernah bertugas di kawasan tersebut selama 2 tahun, bahkan di sempadan Sabah-Kalimantan iaitu Kg Bantul, Daerah Kecil Pagalungan (Sebelum ini Pensiangan). Hanya mereka yg pernah pergi ke tempat ini sahaja memahami keadaan tersebut. Saya berasal dari Daerah Beluran, memahami keperitan penduduk di kawasan tersebut. Kita berharap satu perubahan akan mewarnai kawasan ini. Perubahan ini hanya dapat dibawah oleh Kerajaan Yang Adil & Saksama. Kerajaan apa ya? Tepuk dada, tanya selera...

Unknown said...

alahai, jangan la kau samakan permtg pauh dgn pensiangan, sana dorang sdh maju la, kita d pensingan ni masih mundur, kalau kita kasi menang pkr nda guna juga sbb bukan dorang jadi kerajaan. kalau kasi bangun mesti ada kuasa, bukan pakai air liur.

Anonymous said...

Yalah ulun... Aku tak cakapun parti... Apa yang penting YB yang menang tu turunlah padang bukan duduk saja di pejabat, masa dekat Pilihanraya baru nampak batang hidung. YB sebelum ini aku nampak memang turun padang tapi atas masalah2 peribadi antara bos (faham2lah bah siapa aku maksudkan)dengan YB ini, terpaksalah ikut arahan bos. Macam rampas kawasan bah tu. Harap2 bos boleh goyang kaki... tiba2 terpaksa gulung tikar wakakakakakakaka!!! Kalau rakyat tidak suka, memang tidak sukalah tu. Tak payah pindah kawasan baru dengan harapan boleh jadi YB. Kalau tabiat tidak diubah, manapun sama aja. Apapun tunggu dan lihat ajalah...

Anonymous said...

ya betul tu ulun..PKR menang pun nda guna..kalau PKR mo menang pun tggu next election la gia..atuk²...

Anonymous said...

adih-adih mau disalahkan PKR pula,,
napa kalau PKR memerintah,?
tak boleh kah?
Nampak lah kamu orang-orang UMNO yang tamak lagi menindas hak-hak orang-orang miskin yang kamu kasi makan gula-gula ubat batuk cap tengkorak,kepada orang-orang kampung Pensiangan hanya yang ada sandiwara BN dan UMNO saja yang di mainkan di pensiangan,

Bila sudah membuat sesuatu projek yang hanya sedikit sahaja,, sudah banyak mengungkit-ungkit tenaga yang telah di kerjakan,,
begini kah cara UMNO dan BN yang sudah memberi lepas tu mengungkit-ungkit lagi??

Wal hal hak rakyat dan duit rakyat yang telah di amanatkan tidak sampai 100% ketangan rakyat,
BN dan UMNO kalau sudah terlampau lama menyimpang dari landasan yang betul lebih baik tukar saja pada benda yang baru,,
Istilah nya cuba dulu baru tau,,PKR,

Anonymous said...

Jangan lah pakai nik anonymous, untuk komen kalau tak berani berdebat,, ibarat lempar taikk!!! sembunyi tangan,,Phuihhh,

sumandak bayu said...

Alooooo semua rakan seperjuangan dari SABAH..

Nampak gayanya di Sabah bakal dibanjiri lagi dengan suasana pilihan raya kecil di kawasan P.182 Pensiangan....

Sumandak hairan lah nape nak sentuh UMNO bila nak cakap pasal tempat ni.. Kan kawasan ni kouta dia PBRS (agak-agaklah kalo nak buat kenyataan pun).

Balik-balik mau aja lagakan parti dalam Komponen BN (ingat mau buat pertandingan ikan laga ops talabih sudah atokoi, bukan Sumandak nak 'jilat' mana-mana pihak tapi ndak bagus ba buat begitu.

Kalo pun PKR nak tanding di kawasan ni cuba konon keluarkan 'draf pembangunan' yang korang boleh buat di Pensiangan. Kami mau tengok juga kalo di Permatang Pauh BN akur itu kubu buat PKR tapi di Pensiangan apa kubu mau korang buat.

Korang pigi ja di Pensiangan tu ada ba pembangunan dia jan kasi malu orang tempatan Pensiangan aik nanti orang Murut sama Dusun keluar santit baru korang tau....

Orang disini hidup dengan harmoni ndak ada ganas-ganas jadi agak-agaklah ye penyokong PKR kalo berani turun jaga adab sikit INI AMARAN KERAS....(bukan mengugut tapi realiti kita kan kaya dengan budaya).

SELAMAT BERJUANG; DI SABAH LAIN ANGIN BAYU DIA JADI ATI-ATI DALAM PERJALANAN SERTA PERJUANGAN anda semua

Anonymous said...

kita mahukan suara pembangkang sabah di parlimen. apa mau draf2 pembangunan? kan bagus kita tumpukan kemudahan asas dulu... matai la kalau buat bangunan tepacak tinggi d pensiangan.

kita tolong dulu org2 yg susah di sana barulah tumpu pembangunan besar sebab projek besar2 tu kasi untung org2 kaya saja. org kampung tetap susah!

Anonymous said...

atuk²... setakat berckp saja d parlimen apa guna kalau nda dpt memerintah..atuk² pasal pembangunan tu pun sikit² lama² byk la pembangunan..takkan terus 100% mo buat pembangunan..sandi jua...

Anonymous said...

Nah marah sudah si sumandak bayu,, terkeluar sudah santitnya,,

tau tu,!

liwa-liwa said...

..Mo ckp kalau BN menang maju Pensiangan ni..ssh jg..Berapa thn uda memerintah tp nda jg maju2 ni...Perut Pemimpin2 dia makin boroi adalah..PkR..sa rsa ok jg...nda jg rakyat mkn ja pa yg Bn bagi kn...
Apa pun Hrap2 pemimpin cna KL sedar la dan mo kasih maju d bangsa sendiri..bejuta2 ba dulu drg p bantu cna mynmar'indon..byk la...tp bekira pula mo kc bgun infrastruktur utk mskt sendiri..bagus lg kita d kg kn.. 1 pokok ja tapaipun nda jg lupa itu kwn2 minum sama2...yg ptg share2 hasil...