" SALAM REFORMASI "

" Kepada Rakyat Negeri Sabah, Bangkitlah Kita Bersama-sama , Perjuangkan Hak Kita, Belalah Nasib
Anak Bangsa Kita,Jangan Wariskan Beban Hidup Kita Kepada Genarasi Akan Datang,Reformasikan Hidup Kita, Reformasikan Negeri Kita, Reformasikan Negara Kita! "

Saturday, September 13, 2008

Suratan atau kebetulan...

Suratan atau kebetulan. Lagu ini cukup popular dalam tahun 80an. Ketika itu saya masih lagi di sekolah rendah dan masih tidak tahu apa-apa tentang politik. Ya, begitulah hidup. Banyak kebetulan, walaupun suratannya sudah ditentukan Tuhan Yang Maha Esa.

OK. Lupakan pasal lagu. Kita bincangkan soal senario politik hari ini. Kalau kita membaca akhbar setiap hari, terutama sekali senario politik sekarang, memang banyak hal-hal yang nampak aneh tapi benar. Dikatakan sedemikian kerana banyak keputusan kerajaan yang dibuat sejak akhir-akhir ini menimbulkan sedikit kesangsian bukan sahaja di kalangan ahli politik (BN atau pembangkang), tetapi juga di peringkat akar umbi. Saya senaraikan beberapa keputusan kerajaan yang saya maksudkan tadi di bawah ini untuk kita nilai bersama ;

1. Lawatan sambil belajar seramai 49 orang MP - BN (10 - Sabah, 12 - Sarawak dan selebihnya dari semenanjung) ke Taiwan.
Kerajaan kata : Sudah dirancang. Bagi memberi pendedahan kepada MP-MP kita tentang teknologi di sana.
Rakyat kata : Kenapa dibuat tergesa-gesa? Kebetulan pula tarikhnya hampir dengan tarikh yang didakwa oleh Pakatan Rakyat untuk tukar kerajaan.

2. Rang Undang-Undang DNA yang dibentangkan di Parlimen.
Kerajaan kata : Sudah dirancang sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Tiada kaitan dengan apa yang berlaku sekarang ini.
Rakyat kata : Kenapa dibuat semasa orang sibuk bercakap tentang pendakwaan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mana pendakwaan itu memerlukan sample DNA?

3. Pendedahan tuduhan rasuah terhadap Datuk Yong Teck Lee.
Kerajaan kata : Itu kerja BPR. Tiada kaitan dengan arahan kerajaan.
Rakyat kata : Kenapa dibuat sehari selepas Datuk Yong Teck Lee secara terang tidak bersetuju dengan kepimpinan PM sekarang?

4. Sumpah oleh Mohd Saiful.
Kerajaan kata : Dia tidak diarah untuk membuat sumpah tersebut. Dan... kebetulan esok harinya...
Rakyat kata : Kenapa dibuat sehari sebelum penamaan calon bagi Parlimen Permatang Pauh?

Itu antara contoh kesangsian yang ditimbulkan oleh kebanyakkan orang sekarang ini. Sebenarnya banyak lagi. Tapi saya sengaja memberikan contoh yang itu sahaja. Apa jawapannya? Betulkah kebetulan? Entahlah. Mungkin ya, mungkin tidak. Tuhan saja yang tahu. Saya serahkan pada saudara-saudari untuk membuat penilaian. Salam. Dari Sabah Untuk Sabah!

2 comments:

Anonymous said...

Bagus lah tu semua nya secara kebetulan kan,,
nanti 16~20 sept ni tukar kerajaan pun secara kebetulan lah kan,, hehehehe,,,

Anonymous said...

ari 6 tu kan gia tukar kerajaan..inda kana extend lg ka tu tarikh?