" SALAM REFORMASI "

" Kepada Rakyat Negeri Sabah, Bangkitlah Kita Bersama-sama , Perjuangkan Hak Kita, Belalah Nasib
Anak Bangsa Kita,Jangan Wariskan Beban Hidup Kita Kepada Genarasi Akan Datang,Reformasikan Hidup Kita, Reformasikan Negeri Kita, Reformasikan Negara Kita! "

Thursday, September 11, 2008

Sepatutnya ISA!!

KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail, digantung haknya dalam parti selama tiga tahun berkuat kuasa serta-merta ekoran tindakan dan kenyataannya yang menyentuh sensitiviti kaum hingga mencetuskan kemarahan parti komponen Barisan Nasional (BN).

Belum cukup!. Sepatutnya ISA. Orang seperti Ahmad ismail ini amat berbahaya kalau dibiarkan.
Namun UMNO tidak mungkin akan membiarkan Ahmad di tahan ISA , sebab itu tindakan awal di ambil oleh
Umno terhadap Ahmad Ismail. Dan Lepas ini tentulah Pak Dullah dan Najib akan cakap, cukuplah wajar sudah
tindakan yang dikenakan terhadap Ahmad Ismail.Betul , saya setuju juga tapi itu diperingkat dalaman UMNO sahaja. Bukan undang-undang negara.


Tindakan Ahamd ini lebih bahaya daripada apa yang dilakukan oleh Hindraf .Perlu diingat Ahmad Ismail bukan bersendirian dalam hal ini tetapi badan Perhubunagn Umno P.Pinang
.

Yalah.. kalau Orang UMNO buat salah, sedaya upaya diselamatkan dari kesalahan. Tapi cuba andaikan
Ahmad Ismail ini orang "pembangkang" apa akan terjadi. ?

Tentu sahaja Perhimpunan seluruh negeri akan diaturkan oleh BN. sebagai tanda bantahan.Sebagai mana
budak-budak UITM diarah keluar ke jalan raya.
Tentu sahaja Ahmad Ismail dalam tahanan ISA sekarang.
Dan suasana pasti akan dikucar kacir kan oleh pihak tertentu untuk mengambarkan keburukan pembangkang.

Bersyukurlah , kerana kenyataan Ahmad Ismail ini tidak diexploitasikan oleh Pihak pembangkang .
Bersyukurlah kerana tiada perhimpunan diadakan oleh kaum Cina.
Bersyukurlah kerana Ahmad Ismail Tak Masuk lokap .


3 comments:

Unknown said...

Oi brader jgn la tlampau ngok. Ini si Ahmad sdh dhukum umno ok la, tp klu orang cina bcakap pasal pkauman, ada sapa2 kena hukum?, cth Forum Memeluk Islam anjuran Bar Council yg terang2 mcabar Islam. Jgn la ngok btul, sampai smua perkara pun kau mau kasi kait sama pembangkang...

Anonymous said...

Kalau kita tak tengok si ahmad siapa lagi yang kita tengok?
Raja petra atau DSAI dari PKR,
Kita tengok saja si YONG TECK LEE,
Apa sudah jadi dia ? di kenakan BN dan UMNO?
Macam mana pula si Ramlang Porigi yang berkata benar itu benar,
apa tindakan susulan UMNO dan BN?
Baca saja lah laporanya,

Siapa kah yang suka mengapi-apikan semangat perkauman di malaysia ini kalau bukan dari UMNO dan BN itu sendiri,,

Siapa kah parti memerintah yang berani mengatakan "binatang" kepada raja?

Kenapa BN dan UMNO takut kepada kebenaran dan hakikat walaupun tenyata mereka secara terang-terangan salah?

Tidak lain dan tidak bukan, mereka adalah salah satu tamakan kuasa serta dapat menyimpan harta dari segala projek-projek yang di bagi oleh kerajaan walaupun sekali mencium tangan paklah sampai berbunyi, dan hanya mengatakan suara " YES BOS" bermakna boleh kaya macam menteri-menteri yang lain tanpa perlu berusaha lebih gigih lagi seperti orang lain,
cukup dengan hasil "sub kontrek"yang di bagi,,

Nah begitu lah cara BN dan UMNO untuk menjadi kaya di malaysia ini,,
Istilahnya :

Kalau mau kaya di malaysia ini masuk saja ahli politik BN dan UMNO
gerenti boleh dapat projek kalau setakat cium tangan sampai bunyi,,
sppppssssppsshhhhh,,,gitulah bunyinya,,

huguon said...

panas....