" SALAM REFORMASI "

" Kepada Rakyat Negeri Sabah, Bangkitlah Kita Bersama-sama , Perjuangkan Hak Kita, Belalah Nasib
Anak Bangsa Kita,Jangan Wariskan Beban Hidup Kita Kepada Genarasi Akan Datang,Reformasikan Hidup Kita, Reformasikan Negeri Kita, Reformasikan Negara Kita! "

Friday, August 15, 2008

Harga petrol turun cerah

KUALA LUMPUR: Kejatuhan harga minyak mentah di pasaran dunia dijangka membolehkan kerajaan mengumumkan penurunan harga runcit petrol mulai awal bulan depan, seperti yang diumumkan sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata keadaan di pasaran global yang menunjukkan penurunan harga minyak mentah petanda baik untuk membolehkan kerajaan mengumumkan kadar baru petrol 1 September ini.

“Harga minyak mentah di pasaran dunia ketika ini jatuh, oleh itu, harapan untuk menurunkan harga petrol cukup cerah. Bagaimanapun, berapa banyak yang akan dikurangkan adalah mengikut pengurangan dalam harga pasaran. Saya tidak dapat katakan berapa banyak yang akan dikurangkan.

Sumber Bharian 15/08/2008

Rakyat memang berharap Harga Minyak di Malaysia dapat diturunkan. Bukan Kerajaan yang berharap tetapi rakyat.Kerajaan lah yang menentukan harga turun naik. Alahai Dullah...
Mahu diumumkan kenaik harga minyak langsung berkuat kuasa jam 12 malam , tapi nak turunkan kena tunggu 1 September pula.... nak semak itu ini...
Walau apa pun cuba-cubalah turunkan semula... harga minyak ni... kalau ikut paras harga minyak dunia semasa kenaikan yang di umumkan oleh PM memang tinggi berbanding paras harga hari ini. Dan sekiranya Harga minya dunia terus menunjukkan penurunan , kerajaan
boleh menurunkan harga lebih besar daripada nilai yang dinaikkan pada Jun lepas.
DAN OMSABAH HARAP TIDAK ADA KENYATAAN PENURUNAN HARGA MINYA DUNIA TELAH MENGURANGKAN PENDAPATAN JUALAN PETRONAS.MASA HARGA MINYAK NAIK PUN CAKAP UNTUNG SIKIT.NI DAH MULA TURUN JANGAN CAKAP TIADA UNTUNG!!

3 comments:

Anonymous said...

Rakyat tidak lagi mempercayai kata-kata pembohong nombor satu di malaysia ini,
Di dalam sejarah malaysia pun tidak pernah di turunkan minyak, Hanya DSAI pernah berbuat begitu sewaktu dia masih memegang jawatan TPM suatu masa dulu,

Tapi selepas itu jangan berharap dan bermimpi rakyat malaysia keatas penurunan minyak di bangkitkan oleh muka-muka jahanam dari BE END dan UMNO ni,

Tidak ada di dalam sejarah dan tidak pernah berlaku di Malaysia
penurunan minyak oleh kerajaan,
Melainkan mereka menjadika ini satu propaganda untuk memenangi pilihan raya kecil di permatang pauh dan sekali gus ingin menyelamatkan parti kerajaan BE END dan UMNO yang sedang hancur, lebur dan muklifis,

Revolusi kebangkitan parti PR suatu tanda pada kerjaan yang ada sekarang akan gugur dan berkecai,,,

USD said...

Hai sedara, bila lagi mau komen pasal Saiful bsumpah, sunyi ja, ndada idea ka ? aku mau tau juga komen ko.

Anonymous said...

Hahahaha,,
Begitu lah kerajaan BE END dan UMNO, tak ada lagi isu yang paling gempar buat mereka hanya melainkan sumpah,sumpah,sumpah apa diaorang ingat rakyat terang-terangan termakan kah isu sumpahan yang mereka buat ni,,?

Kesian lah saya tengok orang BE END dan UMNO ni, Betul-betul nampak bodoh lah cara kerajaan BE END dan UMNO mengunakan isu sumpahan si saipol ni,,
BE END dan UMNO ni nampak shiok sendirilah, pada hal BE END dan UMNO pon nak tumbang juga,

Maka bersiap-siap lah keruntuhan kerajaan BE END dan UMNO yang perasuah dan makan rasuah,,hehehehe,