" SALAM REFORMASI "

" Kepada Rakyat Negeri Sabah, Bangkitlah Kita Bersama-sama , Perjuangkan Hak Kita, Belalah Nasib
Anak Bangsa Kita,Jangan Wariskan Beban Hidup Kita Kepada Genarasi Akan Datang,Reformasikan Hidup Kita, Reformasikan Negeri Kita, Reformasikan Negara Kita! "

Monday, August 11, 2008

Pertahankan Hak Bumiputera Sabah

Mengapa OM mulakan topik ini ?

Kerana satu cerita, yang benar-benar membuakkan hati kemarahan .
Omsabah dengar satu kisah, dimana Sebuah Institusi Di Sabah yang selama ini
dinaung oleh Orang Sabah dan sudah menjadi tradisi kelayakan memegang Jawatan Pengarahnya mesti lah 'Orang Sabah'.Namun akan terjadilah satu pencabulan , bila "orang semenanjung " akan mengambil alih kerusi tersebut.
Om bukan anti atau tidak suka orang semenanjung tetapi , terkilan teramat, kalau ini benar-benar akan terjadi. Seolah-olah orang Sabah ini sudah habis yang layak.

Ini jawatan jawatan-jawatan besar. Lain pula cerita rakan-rakan om. Lantikan lulusan SPM orang semananjung pun sudah bertabur di negeri Sabah. Peluang orang Sabah mahu di letak dimana ?
Mahu dikatakan tiada layak amat mustahil. Kalau setakat Gred 17.

Tolonglah, bukan om menolak intergrasi tetapi kasihani lah , rakyat Sabah.Pemohon jawatan Di
SPA pun ada yang da 10 Tahun dan lebih sekali pun tidak diberi peluang untuk di panggil temuduga.

Om benar-benar tidak setuju andai penghantar berterusan penjawat awam gred ikan bilis ini
terusan masuk di Sabah. Kali ini pula ikan paus pun mahu di makan juga.

4 comments:

Anonymous said...

Memang dari dulu hingga sekarang ni Om,
Kerana kemasukan UMNO ke Sabah semuanya telah di manipulasi oleh kerajaan pusat ini dapat di buktikan di mana-mana jabatan kerajaan di seluruh negeri sabah pegawai yang menyandang jawatan pengarah(tukang arah) bukan dari negeri itu sendiri,
Apakah alasan-alasan mereka untuk menempatkan para-para graduan dari negeri sabah itu sendiri ?

Ditambahkan lagi dengan ahli-ahli umno dari sabah yang sangup menjual maruah negeri sabah,
Maka sangup lah kutu bayur umno dari negeri sabah yang mengikut di bawah telapak kaki umno pusat,,

Semenjak diawal tahun 2000 kita dapat melihat kebanjiran pelatih-pelatih atau tenaga kemahiran dari sebelah barat yang konon-kononya di perlukan di negeri sabah,

Di sebaliknya mereka cuba memperkukuhkan ekonomi dengan cara di tugaskan di negeri sabah,
dalam masa yang sama dikawin campurkan seperti rakyat negara palestin sekarang ini,,

Kesimpulanya di mana kelayakan hak-hak rakyat negeri sabah? hingga lari dari negeri sabah bekerja ke semenanjung malaysia sebagai buruh kasar sahaja,,

Siapakah lebih mementingkan diri???

Anonymous said...

hidup om!!om ramai suda kena tangkap d kampung kandang ayam..akakaakkaa..

Anonymous said...

persoalan yang kita sering tanya pada diri sendiri: tidak layakkah kita ni sabahan utk berkhidmat di tempat sendiri? kenapa perlu hantar org dari malaya utk datang ke sini?

kadang-kadang ada yang bikin menyamak bah. tembirang lagi tu. diorang pikir diorang hebat sangat sebab kena hantar di sini. lepas tu, pandai menghina budaya lagi. diorang anggap diorang ni upper class ka kunun. pigiiiiii la...

*im not saying semua diorang mcm tu tapi sudah ramai yg bersikap sedemikian kan? *#$*& betul!

Anonymous said...

Sy pun tida puas hati tapi sabah skrg mcm kerbau yg kna pasang ring dihidung pastu kna tarik2.. melawan pun inda ble.. sy tida percaya klu sabah kehabisan org2 yg berpotensi utk memimpin dan mempunyai kualiti softskill tinggi.. jawatan2 kelas atas dlm kerajaan skrg dimonopoli oleh org2 malaya.. kenapa?

-Mgkin deorang tida yakin org sabah?
-Mgkin utk mewujudkan integrasi?
-Mgkin ada tujuan lain?

Mmg dari dulu ni bangsa melayu mau semua pemimpin atau kelas atas dijawat oleh org melayu(mesti islam). Bangsa bumiputra pun begitu jg, kita pun ada kemahuan, klu boleh semua jawatan tinggi mesti disandang org sabah sendiri.

Tp malangnya, kemahuan hanya dpt dilaksanakan jika kita ada kuasa dan berani mengubah keadaan..