" SALAM REFORMASI "

" Kepada Rakyat Negeri Sabah, Bangkitlah Kita Bersama-sama , Perjuangkan Hak Kita, Belalah Nasib
Anak Bangsa Kita,Jangan Wariskan Beban Hidup Kita Kepada Genarasi Akan Datang,Reformasikan Hidup Kita, Reformasikan Negeri Kita, Reformasikan Negara Kita! "

Sunday, August 3, 2008

Apa yang dibangga dengan Streamyx Malaysia?

Sejak dari awal streamyx muncul, ramai yang senyum lebar sebab kelajuannya yang memang mengalahkan dail up tmnet .Dengan Kos yang murah.
Tapi itu cerita 10 tahun la...
masih lagi cerita lama ... kelajuan tetap sama....
masih bertahan dengan 512kbp masih berbangga dengan 1MB :)
dan cuba diagung-agungkan dengan 2mb. wow...
rasanya sampai tahun berapa lah kita terus akan berbangga dengan kelajuan ini ya ?
Negara lain , makin lama makin upgred.. kita ?
Tamahak ba ni TM....
Untung kunun bebilion-bilion,,, cisssssssss.
begini la ni sampai 20 tahun lagi

3 comments:

Anonymous said...

Bagus isu ini Om,
Memang betul bah TM di malaysia sudah mendabikak dada mengatakan streamyx di malaysia ni bagus, cepat, canggih konon-kononnya saya di sini beberapa hari yang lalu om ada masalah tentang line streamxy saya ni, kalau mau kata bayar kita bayar juga lebih-lebih setiap bulan,,

tetapi malang nya TM di malaysia khususnya di sabah ternyata amat lemah dengan pentadbiran yang ada sekarang ini,

Bayangan lah sesuatu kerja itu yang kepunyaan TM malaysia sepatutnya di ambil kerja oleh kakitangan perkerja sendiri bukan nya di bagi dengan SAB KONTREK jadi kalau sudah di bagi dengan SUB KONTREK siapa sebenarnya tu, kalau bukan ada penyelewangan di atas kerja-kerja yang melibatkan kos penyelangaran segala projek-projek TELEKOM malaysia,

Bayangan kan lah, ini satu isu yang harus di perbesarkan apa lah gunanya cogan-kata yang mengatakan malaysia serba cangih dari segi telekominasi,

Sedang kan penyelarasan mereka ternyata amat-amat lemah dan korup,, kadang-kadang ada juga di istilahkan,
T.M
Tipu Masyarakat.
atau boleh juga di istilakan,
T.M
Tak tau malu,,
kalau nak potong suka-suka saja dia, macam bapak dia pun malaysia ni,,hehehe

Anonymous said...

Memang bah TM kalau masih di bawah naungan kerajaan BE END undang-undang cara tatakerja nya pun terikut-ikut dengan cara yang masih lama, susah menerima kritikan yang boleh membangunkan alat komunikasi di malaysia ini,
kalau kita bersuara lantang untuk mengupas hal-hal kelemahan TM Malaysia mereka cepat-cepat akan memotong talain streamxy kita dengan alasan line tidak bagus lah, line mau di up grade la, pencawang mau di baik-pulih la dan berbagai-bagai lagi pembohongan mereka lakukan untuk rakyat walhal mereka telah mendapat untung berbillion juaan ringgit dari hasi titik peluh rakyat untuk membayar yuran bulan kepada TM Malaysia,

Cakap la mana sifat cara profesional mereka yang di laung-laungkan oleh mereka,
Biokrasi mereka lah yang telah melemah kan jentera pentadbiran mereka selama ini, mereka sanggup menipu pelangan dengan cara mencapai sasaran mereka untuk kepentingan mereka sendiri dan duit dana yang di perolehi dari rakyat malaysia khususnya pada rakyat sabah, mereka cukup memutar belitakan cara-cara permohon baru,,

Banyak lagi di kawasan sabah dan taman-taman perumahan yang mereka amat sukar untuk meyediakan perkhidmatan streamxy walau sekalipun di kawasan bandar masih belum boleh berjaya di sedian kan oleh pihak TM Malaysia pada hari ini,

Apakah mereka boleh mendabik dada mengatakan mereka(TM MALAYSIA)telah berjaya dan memercu kehadapan? sedangkan penyelangaran selalu sahaja membawa masalah pada setiap hujung minggu, buktikan lah kalau mereka betul-betul canggih atau mereka memang jenis pembohong media massa nombor satu di malaysia ini,,

OmSaBaH said...

Ok, cuba anda-anda semua yang membaca blog ni, buat satu panggil di talian 100 streamyx kalau ada masalah atau tiada cuba-cuba sahaja.
Pertama Saya yakin : Skrip yang sama akan dibaca oleh Operator bertugas.
Kedua : Operator akan ajar kita main Propetis Network.
Ketiga : Operator tidak akan dengar masalah kita.
keempat : Operator tidak akan bagi kita peluang becakap.
Kelima : Operator akan tanya lampu ini itu .
Keenam: Operator akan suruh cakap dia ejes sana sini.
Ketujuh: Operator akan suruh kita off modem dalam beberapa minit .
Kelapan : operator akan cakap "kami akan reset server"
huhu... skrip ini bah yang buat aku panas.
kalau ikutkan hati mau saja aku maki. hehe