" SALAM REFORMASI "

" Kepada Rakyat Negeri Sabah, Bangkitlah Kita Bersama-sama , Perjuangkan Hak Kita, Belalah Nasib
Anak Bangsa Kita,Jangan Wariskan Beban Hidup Kita Kepada Genarasi Akan Datang,Reformasikan Hidup Kita, Reformasikan Negeri Kita, Reformasikan Negara Kita! "

Friday, July 25, 2008

Musa Aman dicalon rebut Naib Presiden

KOTA KINABALU: Dua lagi bahagian Umno di Sabah iaitu Sandakan dan Pensiangan membuat ketetapan mencalonkan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Musa Aman, bagi jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti, Disember ini.

komen om: "hai, kenapa alang-alang ni.. Pemimpin Umno lain di semj takut mahu letak calon Presiden , kecuali Ku LI sahaja yang berani.Pemimpin "Umno Sabah" pun takut ?
Kalau benar-benar Umno Sabah ni kuat kenapa tidak letak Musa sebagai calon Presiden sahaja ?
Tapi..macam sudah jadi peraturan lah kan... remote di tangan Pak Lah apa lagi nak buat, hehe kesian ahli Umno, padahal ni lah peluang Orang Sabah jadi PM time kuat-kuat Umno Sabah apa lagi..
Jangan kuat dapat undi dari rakyat sahaja tapi undi untuk jadi Presiden tiwas ekekekee....
Jom kita cabar Umno Sabah Calon Musa Jadi Presiden...

info : UMNO SABAH =
United Malays National Organisation SABAH.
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu SABAH.

5 comments:

Anonymous said...

OM,
kalau dulu pemerintahan komunis kebanyakan negara-negara berebut-rebut ingin keluar merdeka, tapi beza sekarang negara demokrasi banyak pula orang berebut-rebut ingin menjadi komunis pula,

Negara demokrasi tapi sistem komunis dan kuku besi, inilah jadinya!

pemimpin sekarang bila bercakap bohong ada betulnya dan bila bercakap betul banyak bohongnya,,, hehehe,

OmSaBaH said...

pemimpin sekarang bila bercakap bohong ada betulnya dan bila bercakap betul banyak bohongnya,,, hehehe --

power ni ayat hehe...
betul tu bayu..
Demokrasi yang diamalkan oleh umno
diterjemah kepada Kerajaan BN hehe..
Kalau dalam UMNO sendiri ada sekatan untuk bertanding secara bebas dan adil apatah lagi dalam Negara yang diurus tadbir oleh pemimpin-pemimpin UMNO :P

Anonymous said...

Sememangnya setiap negeri mahukan presiden mereka dari orang negeri mereka. Bagi aku ini sesuatu yang positif, Johor juga ingin mencalonkan org mereka. Apa pun orang UMNO perlu berani dengan sistem demokrasi, gunakan sebaik mungkin. Ini bukan zaman Tun Mahathir.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Unknown said...

apa pun...bg saya...ada udang d sebalik batu... sa tida bole buat apa2 spekulasi... mustahil durang nda berani kasi calon c musa aman... mesti ada sesuatu ni....mcm besa... politik men kutur..... sapa cakap politik men bersih sini sa lasing kapala dia

Anonymous said...

Om,,kalau kita mau cari pemimpin yg berkalibar ni di sabah memang payah juga bah om,

Tetapi saya ada dengar-dengar satu Dr. yang berkalibar dan berjiwa rakyat rakyat,
Doktor ini tidak berapa menonjol di bidang politik tetapi dia sangat mengerti di arena polotik,
Apa yang saya tahu tentang dia punya pemikiran sama dengan pemikiran TUN,

Doktor ni telah membuka klinik persendirian di sebelah K.K. dan telah membeli sebuah bangunan tiga tingkat untuk kliniknya, saya dapati hanya doktor ini saja yang layak menjadi penganti pemimpin sabah sekali gus membawa sabah maju kehadapatan,

Untuk pengetahuan om cuba lah cari doktor ini dan cuba dampingi buat kajian tentang dia,nama doktor ini ialah DR,Ahmad Lazuardi

Kita di sabah sepatutnya mencari pemimpin yang bertauliah dan gantikan pemimpin yang berkalibar yang telah uzur dan kerepot ini,,

SABAH MAJU JAYA.