" SALAM REFORMASI "

" Kepada Rakyat Negeri Sabah, Bangkitlah Kita Bersama-sama , Perjuangkan Hak Kita, Belalah Nasib
Anak Bangsa Kita,Jangan Wariskan Beban Hidup Kita Kepada Genarasi Akan Datang,Reformasikan Hidup Kita, Reformasikan Negeri Kita, Reformasikan Negara Kita! "

Tuesday, July 1, 2008

APA KATA MEREKA ?

"...adalah mustahil kerajaan sengaja mereka-reka atau membuat konspirasi seumpama itu untuk menjatuhkan Anwar,Secara logiknya, tiada siapa hendak buat konspirasi dengan menggunakan ‘modal’ yang sama..Kalau ada bukti, tunjukkan. Jangan tuduh sembarangan dan kemudian pergi bersembunyi. Kenapa? ..
Mohamad Ezam Mohd. Nor

"..Anwar merupakan seorang yang pandai bermain sandiwara bagi menutup kelemahan peribadinya.Dia menggunakan alasan kononnya wujud konspirasi sekali lagi oleh kerajaan untuk menjatuhkannya sedangkan tuduhan itu tidak benar,Kalau beliau (Anwar) tidak bersalah, beliau patut berani hadapi pihak polis dan kerajaan.."
Datuk Seri Mohd. Ali Rustam

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu takut untuk berdepan dengan siasatan polis berhubung dakwaan liwat terhadapnya jika beliau tidak bersalah
Datuk Seri Syed Hamid Albar

“Kita harap hal begini jangan dipolitikkan untuk apa-apa tujuan sekalipun atau mengalih pandangan daripada perkara pokok yang beliau hadapi. "
“Jika betul ada konspirasi, Peguam Negara dan polis akan mengambil tindakan terhadap perkara tersebut berdasarkan undang-undang"
Tan Sri Muhyiddin Yassin

34 comments:

Aku Anak Silaun said...

Om, aku kan malas la bah bicara pasal Bro. kita ni, th 1998 kena tuduh liwat kita buat demo di Dataran & Masjid Negara.
Hari ni, kena tuduh...pigi btapuk d kdutaan...cakap ditawarkan plindungan oleh duta, tp duta cakap ziarah...nda semena2, ada la pulak tuduhan membunuh...pbunuh upahan la...
Then, kuar dr rumah duta...cakap pasal by-election & 4 MP BN kuar BN...
Mcm beza la dgn kes 1998, demo nda dbuat lg...risau tau aku!!! palis2

Aku Anak Silaun said...

Konspirasi?...ayat ni sudah kena guna th 1998 la dulu...time kena hambat fru d Kg Baru...kali ni bt la ayat lain sikit...hehe

OmSaBaH said...

memang, penat dan memalaskan..
sampai tahap politik paling membosankan di Malaysia...
Kerana kuasa apa saja pun sanggup dibuat bah.. tidak kira pihak mana..
Sebagai rakyat Malaysia, kita bukan 100% sokong pembangkang bukan juga 100% sokong kerajaan.. tetapi kita melihat mana-mana perkara yang membawa kepentingan rakyat kita setuju, tapi kalau sesuatu itu lebih menguntungkan golongan tertentu.. kita bantah.. kita suarakan itu yang penting.. Pembangkangpun bukan semua dasar kerajaan dorang tolak, dan ikut tapi disebelah pihak , semua di anggap salah.
"jelas bah,asal sahaja pemimpin pembangkang dikaitkan dengan kesalahan ,langsung disiasat dan dihangatkan seolah olah kesalahan itu benar-benar dibuat."
Yang awal Datuk Yong Teck Lee, baru mencadangkan usul, fail siasatan rasuah langsung dibuka.Dan kini DSAI.Fikirkan...
DSAI terkenal diseluruh dunia, tidak mungkin dia mahu mengaibkan dirinya sendiri, ditambah pula perkataan "liwat" itu sendiri benar-benar telah menjatuhkan maruahnya dahulu.Disaat DSAI bertungkus lumus kerja siang malam,
mahu menjayakan misinya yang hampit berjaya,tidakkah bodoh namanya kalau DSAI benar-benar melakukannya?
Saya amat yakin DSAI ,dia tidak akan dan tidak pernah melakukan perbuatan kotor tersebut.Ini semua strategy pihak lawan yang sudah merasa benar-benar tergugat.

Anonymous said...

tpi dsai tda bukti yg kukuh pun mau tuduh BN la ..umno la..adess...teda bukti jgn luk tuduh..nda bagus..huhu

Aku Anak Silaun said...

om,
ok, aku pun stuju x smua kj betul,& x smua pbangkang salah, tp knapa kta langsung x percy bila mangkuk hayun bnama saifulbahri-yg dlaporkn pbantu peribadi bro. kta- buat police report?
satu lagi, sbgmana bro. kita ni xlah sbodoh itu utk mlakukannya, apakah kj kita tlalu bodoh nak guna mangkuk hayun bnama saifulbahri ni utk konspirasi thdp sorg tokoh tnama, bnama Datuk Seri Anwar Ibrahim?

OmSaBaH said...

En.Orang, Betul apa u cakap tapi ini lah yang dinamakan konspirasi..
tidak akan ada pengakuan dari mana-mana pihak .. tetapi sebenarnya diketahui umum cuma tidak dapat dizahirkan kebenarnya kerana kelicikan pemainya sertai kesanggupan individu menjadi kambing hitam.
ini lah yang saya maksudkan.

Aku Anak Silaun said...

sori ya om, aku ulang...
Konspirasi?...ayat ni sudah kena guna th 1998 la dulu...time kena hambat fru d Kg Baru...kali ni bt la ayat lain sikit...hehe

Aku Anak Silaun said...

Saya amat yakin DSAI ,dia tidak akan dan tidak pernah melakukan perbuatan kotor tersebut.Ini semua strategy pihak lawan yang sudah merasa benar-benar tergugat.
#Om, camna ko tahu dia x buat? Bukan mau mnuduh bah kan, tp ya la mcmana ko tau?
Ini strategy pihak lawan yang sudah merasa tgugat.
# @ strategy sendiri yg merasa...mcm kurg lagi orang mo percy. Byk auta drpd fakta!

OmSaBaH said...

hehe, macam aku yakin DSAI tak buat = macam mana en.orang yakin Si Saifool tak bohong.adil kan ?

Aku Anak Silaun said...

Dsai x buat then saiful x bohong, so camna...kta serahkan aja pada Polis Dunia...USA?

OmSaBaH said...

emm.. ini lah sedihnya.. apabila rakyat sendiri tidak lagi mempercayai sistem kehakiman dan polis di negara sendiri. Pendedahan banyak isu yang melibatkan salahlaku orang kenamaan sejak beberapa bulan lepas memang menakutkan.

Anonymous said...

Betul Om saya sokong 100 peratus,,

Tiada lagi keadilan di Malaysia ini, hanya untuk orang-orang BE END,UMNO dan pengampu kepada menteri yang makan rasuah,,hehehe

Anonymous said...

Harap kan pagar, pagar makan padi, hehe, rakyat harapkan polis malaysia dapat melindungi rakyat, tetapi di sebaliknya polis malaysia telah di pergunakan oleh ahli-ahli politik BE END yang tidak bertamadun ni,

Ini lah demokrasi malaysia yang di laung-laung kan kerajaan,, kakakaka,, Adil,telus dan penyamun,,

Aku Anak Silaun said...

Oh itu sbb la USA beriya2 mau tolong Bro. kta ni. ada apa2 ka? iya la d USA kan, budaya durang x mau lewat, tp liwat boleh...

Anonymous said...

hahaha,, lebih teruk dari makzab Hadhari,, sabar jangan emosi,, hehe,

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

om...pendapatmu bagus!!

saya lebih menyokong PR tapi kerana kes liwat terbaru ini...saya semakin ragu dgn DSAI ini.

sbg org islam sepatutnya dia tidak teragak2 bersumpah dgn nama allah yg dia tidak pernah meliwat dan diliwati...

saya rasa rakyat malaysia,walaupun berlainan fahaman agama akan sedikit sebanyak merasa lega dan tenang kerana ada pengakuan tersebut.

apa2 pun...kita doakan negara kita terus aman dan damai.

Peace to all.

OmSaBaH said...

Kihampau,

Terima kasih,atas komen anda.
Memang semua orang akan tergerak hati untuk meragui hal seperti ini,
Tidak salah merasa ragu selagi pembuktian tidak dibuat.
APa-apapun kita tunggu kedua-dua pihak yang dituduh dan menuduh.

Aku Anak Silaun said...

om,apa la yg kta tunggu klu sudah:
- rakyat sendiri x mempercayai polis dan sistem kehakiman kita
- Tiada lagi keadilan di Malaysia ini, hanya untuk orang-orang BN,UMNO dan pengampu menteri rasuah.
maybe, tunggu syeriff dtg aja la mcm d Iraq, hehe

OmSaBaH said...

Yakan.. apa mau di tunggu lagi kan..
panggil FBI atau CIA kali kan... hehe

Aku Anak Silaun said...

Panggil pigi sana kningau la, aku x rela!

Anonymous said...

Orang: tak rela tapi rakyat lebih rela, daripda bangsa sendiri yang suka menindas rakyat dan suka menyamun harta hak rakyat,,

Baik bagi orang lain, sekurang-kurangnya ada juga pembangunan yang nampak, dari pada di mandatkan pada kerajaan BE END,UMNO dan anjing-anjing peliharannya,,,

hehehehe,

Aku Anak Silaun said...

nasib baik la negara kta ni ada 1 ekor ja manusia bengap mcm bayumurni, klu nda lama sudh negara tgadai...hehe
kata ketuanan rakyat...alih2 terbang pg turki then pg jumpa Uncle Sam...aparaaaaaa. Piraaah mabuk! hehe

Aku Anak Silaun said...

Harap kan pagar, pagar makan padi, hehe, rakyat harapkan polis malaysia dapat melindungi rakyat, tetapi di sebaliknya polis malaysia telah di pergunakan oleh ahli-ahli politik BE END yang tidak bertamadun ni,
# apa ceta pulak DSAI kita pg buat police report dgn PDRM yg diguna oleh BN?

OmSaBaH said...

DSAI Masih hormat dengan Kedaulatan Polis Negara, kalau dia repot dekat FBI orang marah , repot dengan polis tanah air pun mahu marah juga ?
Habis nak repot dengan siapa ?
Huhu..

Anonymous said...

Kakakaka,,,

Betul tu Om, kalau kita repot ke negera luar, marah puak BE END dan UMNO ni dan mengatakan tidak setia pada negera konon-kononya,,

Tapi BE END dan UMNO kalau cakap sultan binatang tiada siapa yang berani pertikaikan, sebab kalau bising-bising nanti kena sumbat dalam ISA,,

Pemimpin bacul,,hehehe cheeeeh!! pondemarie la,, kakaka,,

Aku Anak Silaun said...

la kamurang ni percy jg dgn PDRM, ingatkn langsung x percy...cakap bukan main lg, harapkn pagar la...polis bee end la...konspirasi la...last, masih percy jg? Napa CIA & FBI malas ambik report personal case ka? hehe, sana kes gini ok apa!!!!

OmSaBaH said...

Hehe.. En.Orang... Lawan Tetap Lawan.

Anonymous said...

Orang,
Apa komen kau pasal si Najis Razak tu, dia cakap tak kenal SayFool tu, la ni mengaku juga depan wartawan semalam,,, hehehehehehehehe,,,

Dalam masa yang sama dia pun tak mengaku kenal wanita monggol,,hehehehe,,,
Aku rasa-rasa lah kan mungkin si najis ni kena ganggu hantu monggol tiap malam tu lah nampak bengong dia ni,,,hehehehehehehehe,
hahahahaha,kakakakakaka,,

Siapa lah yang mau mengaku kalau sudah terberak di tepi jalan,,,
ha, itu baru pembohong nombor 2 malaysia kita nantikan pembohong-pembohong yang seterusnya dalam menteri-menteri BE END dan UMNO,, kakakaka,

Aku Anak Silaun said...

mana la c nuar anak pak barahim dr ceruk tok kun tu mengaku tberak tepi jalan kan? mana la mengaku dia tliwat masuk ofis SaifulBukhari Company?

Anonymous said...

Apa kurang nya pembunuh Altantuya, satu dunia tau hanya dimalaysia saja ada pemimpin begini,,hehheehe

Anonymous said...

salam...
sesungguhnya kebanyakan yang memberi komen di blog ini ternyata tidak pernah mengambil peluang untuk membaca sumber politik dari semua pihak.

kalau anda membaca akhbar tempatan dan tv1,tv2, tv3 setiap hari pastinya anda akan diracuni dengan fitnah dah taktik kotor kerajaan.

kita harus kesian pada diri kita yang telah dijajah oleh kerajaan BN yang telah blok saluran demokrasi di malaysia.

demokrasi di malaysia telah mati!!! (sebelum anda menyangkal statemen saya ini sila nyatakan difinisi demokrasi dengan terperinci. jgn membuta tuli).

kepada orang, ternyata anda memperlekehkan konspirasi 1998 dan 2008. fitnah ini sekali lagi berulang rentetan kepimpinan ds anwar yg sudah hampir ke puncak. saya bukan berlagak pandai atau tahu kerana saya rasa anda lebih dahulu makan garam dripada saya.

namun, sila fahami dengan teliti sebelum mengulas begitu. kalau tidak tahu, maka bertanya. jangan bermain teka teki. ternyata konspirasi ini berlaku kerana pihak kerajaan sudah kehabisan modal untuk menutup jalan ds anwar.

kopio_kmgr said...

kamu ni betul2 la....salah ka anwar memerintah?? kalo dia gay sekalipun....bagi la chance ba... kenapa? gay tak boleh memerintah ke? the best men is gay...

Anonymous said...

Sesungguhnya dengan nama ALLAH S.W.T saya bersumpah tidak pernah melakukan perbuatan terhina ini dan sekiranya saya berbohong dengan ini malapetaka dari ALLAH S.W.T akan menghancurkan seluruh keluarga dan keturunan saya.Sekiranya saya dipihak yang benar Maha Agung ALLAH S.W.T akan menurunkan laknat dan kebinasaan kepada mereka-mereka yang menuduh saya.