" SALAM REFORMASI "

" Kepada Rakyat Negeri Sabah, Bangkitlah Kita Bersama-sama , Perjuangkan Hak Kita, Belalah Nasib
Anak Bangsa Kita,Jangan Wariskan Beban Hidup Kita Kepada Genarasi Akan Datang,Reformasikan Hidup Kita, Reformasikan Negeri Kita, Reformasikan Negara Kita! "

Sunday, December 21, 2008

RTM haram lagu hasil lirik Dr Asri : AKU BUKAN MUSUH HARTA

Em... Pelik juga mengapa lagu ni dianggap kasar .

Sumber : Bharian 19/12/2008
KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) membuat keputusan mengharamkan penyiaran lagu Aku Bukan Musuh Harta yang liriknya ditulis bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin.

Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Adilah Shek Omar, berkata lagu nyanyian kumpulan Kopratasa itu tidak diluluskan kerana liriknya tidak sesuai.

"Kita tidak luluskan lagu ini kerana liriknya kasar," katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.

Lagu ini adalah satu daripada lapan lagu puisi Dr Asri yang dimuatkan di dalam album Yang Benar Tetap Benar nyanyian Kopratasa dan beberapa penyanyi lain.

Dr Asri yang kini menyambung pembelajarannya di sebuah universiti di Lampeter, United Kingdom, tidak dapat dihubungi.

Difahamkan stesen radio dan televisyen swasta tidak mengambil tindakan yang sama mengharamkan lagu itu.

Antara lain lirik lagu itu menyebut Ya telah kaya para pendusta, syarat mereka lupakan Yang Esa, harta rakyat semua disebat, harta awam semua dibekam, hukum syaitan mereka bertuhan.

Selain daripada menulis lapan lirik lagu itu, Dr Asri turut menyampaikan dua puisi bertajuk Itulah Politik Namanya dan Salah Menduga.

No comments: