" SALAM REFORMASI "

" Kepada Rakyat Negeri Sabah, Bangkitlah Kita Bersama-sama , Perjuangkan Hak Kita, Belalah Nasib
Anak Bangsa Kita,Jangan Wariskan Beban Hidup Kita Kepada Genarasi Akan Datang,Reformasikan Hidup Kita, Reformasikan Negeri Kita, Reformasikan Negara Kita! "

Monday, June 23, 2008

Minyak Dan Subsidi.

Minyak Dan Subsidi.

Kita renung kembali , adakah tepat tindakan kerajaan ini, mengurangkan subsidi minyak disel dan petrol untuk rakyat. Kenaikan harga minyak petrol dan disel yang diumumkan oleh PM, sememangnya banyak membebankan rakyat dan secepat kilat skim pemberian rebat tunai dilaksanakan bagi mengurangkan beban ini.Akan tetapi adakah pelaksanaan pemberian rebat tunai ini dapat mengurangkan beban rakyat ? atau setidak-tidaknya "balik pokok" sebelum kenaikan harga minyak ?Ada beberapa perkara yang bermain dalam fikiran saya, ada mungkin boleh menjawab ,

Pertama :
Pemberian rebat tunai ini berkuat kuasa 1 April 2008,Bermakna hanya kenderaan yang memperbaharui cukai jalan pada atau selepas 1 APril 2008.sahaja layak menuntut.Soalnya bagaimana dengan Kenderaan yang telah memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka sebelum 1 April 2008 ? Sebagai contoh, Kenderaan yang memperbaharui Cukai Jalan pada 1 Mac 2008.Bermakna , pemilik kenderaan akan menunggu sehingga 1 Mac 2009,barulah layak menerima rebat. Erti kata lain pemilik kenderaan ini selama tempoh tersebut tidak menerima subsidi seperti orang lain terima .
Kalaupun dikatakan , ala... nanti dapat juga tahun 2009, memang benar, tetapi kos tanggungan selama tidak mendapat rebat itu, adalah "beban".Dan kalau pun pada 1 Mac 2009 pemilik kenderaan tersebut dapat rebat tunai, rebat tersebut adalah kegunaan bagi tempoh 1 Mac 2009 hingga 1 Mac 2010. Ringkasnya Beban tetap Beban!

Kedua :
Adalah tidak adil, pemberian rebat ini dikelaskan mengikut CC kenderaan.Syukurlah bagi pemilik kenderaan 2000cc keatas untuk rakyatSabah dan Sarawak telah di "up"kan kepada 3000cc. Secara logiknya kerajaan sudah tahu, ramai orang Sabah di pedalaman memiliki kenderaanPacuan 4 roda yang berkuasa 2000cc keatas.Mungkin ada yang berkata "wah, yang tinggal di Pedalaman pula yang kaya-kaya beli kereta besar".Ya, memang benar tetapi itu bukan kehendak sebenar.Kerana bentuk muka bumi, dan jalan raya yang tidak beraspal!!.Kalau jalan raya ada, rata
dan beraspal tentu sahaja kenderaan kecil yang kurang makan belanja akan jadi pilihan.Itu Sabah dan Sarawak, yang tinggal di Malaysia , tetapi kemudahan jalan raya yang tidak sempurna , tetapi bagi yang memiliki kenderaan 2000cc keatas yang tinggal di bandar.Mereka juga adalah rakyat Malaysia,dan bukan semua pemilik kenderaan 2000cc keatas ini golongan berada, tetapi memerlukan kenderaan pacuan 4 roda untuk urusan perniagaan.Mereka tidak layak menerima Rebat, mungkin tidak menjadi masalah, sebab apa bila kos operasi mereka meningkat, bermakna mereka
terpaksa menaikan nilai perniagaan mereka.Kesannya kenaikan harga barang.Bebannya berbalik juga kepada umum.Rakyat menerima kenaikan pelbagai jenis barangan.Beban tetap Beban.

Ketiga :
Fokus Kerajaan , apabila menaikan harga minyak hanya tertumpu kepada kenderaan.Jangan dilupa, jangan diabai, ada banyak lagi aktiviti yang memerlukan minyak petrol atau disel selain kegunaan kenderaan.Tidak perlu disebut semua, saya mengambil contoh ,kehidupan orang kampung yang "masih belum menerima kemudahan elektrik ". Ya lah, kalau jalan raya belum ada, mustahil pula tiang letrik dah pacakkan ?
Mahu tidak mahu, alat penjana kuasa "genarator" jadi pilihan. Alat ini bagaikan nyawa bagi mereka, sudah tentu minyak petrol diperlukan. Apa rebat untuk mereka ?Sedangkan lampu minyak tanah, lampu "Pump", dan Pilasut" juga memerlukan minyak tanah atau disel .Dipersilakan para pembesar , untuk mencari kampung yang tiada bekalan elektrik dan menggunakan genarator ,senaraikan dan bagi mereka rebat.Hebat tu.Anda bolehlah fikir sendiri.Beban tetap beban.

Cukuplah tiga perkara ini, saya sendiri tidak sanggup memikirkannya lagi.Yang jelas, kenaikan harga minyak benar-benar membawa kesan yang mengejut terhadap nilai pasaran baragan lain.Harga Beras ? Silalah berkunjung ke kedai-kedai berhampiran lihatlah sendiri perbezaan harga dahulu dengan sekarang.

6 comments:

Anonymous said...

Ya betul. Aku Sokong. Kita ditindas dengan cara tekanan hidup akan kenaikan harga minyak dan automatiknya kenaikan kos sara hidup. Macam mana dengan nasib kaum pendapatan sederhana ke bawah. Yang tidak ambil peduli akan kesan ini ialah orang kaya. Tidak adil!!!

Ayuh rakan2 sertai perhimpunan 6 Julai ini di AMCORP MALL P.J untuk PROTES harga minyak kerana kita sudah GERAMM. Kita berjuang hingga ke titisan minyak yang terakhir. Silalah ke http://www.GERAMM.org untuk tandatangan tanda protes kenaikan harga minyak.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Anonymous said...

Saya hairan kepada ahli-ahli UMNO dan menteri-menteri dalam BEE ENB ni,, mereka sudah tau kelemahan Paklah tapi kenapa mereka masih menyokong padu pada pemimpinan Boduhlah tu,, betul-betul pemimpin malaysia ni penakut bila di lucutkan dari jawatan mereka, takut tak ada makan,,

Anonymous said...

Yessss!!!!.minyak akan naik lagi...TQ BN!!!

Anonymous said...

heiii.. benci betul bila dengar ucapan2 YB,

"kita sudah 50 Tahun Merdeka! Kita sudah ada MSC, kita ada lagu IT, kita ada henpon, kita ada computer, kita ada letrik..."

bila di depan mata, semuanya terbalik. Belum pun masuk pedalaman yang dalam, sudah nampak warga MALAYSIA yang DAIF.

Kesian Sabahan. Negeri pengeluar minyak antara yang terbesar di MALAYSIA, tapi, ini lah yang kita dapat.

Bilaaa lah berubah.
16 September?

Anonymous said...

Penakut bagi orang-orang yang mengunakan nikname anonymous, kalau berani tulis nama sebenar lah kalau anak jantan,, betul-betul bapuk,

Anonymous said...

OK,, RAKYAT SABAH KALI INI KITA AKAN TUNTUT PULA ROYALTI MINYAK AGAR DI BAGI 20% SEPENUHNYA,,,