" SALAM REFORMASI "

" Kepada Rakyat Negeri Sabah, Bangkitlah Kita Bersama-sama , Perjuangkan Hak Kita, Belalah Nasib
Anak Bangsa Kita,Jangan Wariskan Beban Hidup Kita Kepada Genarasi Akan Datang,Reformasikan Hidup Kita, Reformasikan Negeri Kita, Reformasikan Negara Kita! "

Wednesday, June 18, 2008

Khairy cabar Anwar letak jawatan Penasihat PKR

KUALA LUMPUR: Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan sebagai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), jika Barisan Nasional (BN) masih berkuasa selepas 16 September ini.

Khairy berkata, beliau membuat cabaran itu kerana Anwar mendakwa kononnya BN akan kehilangan kuasa pada tarikh itu berikutan lebih 30 Ahli Parlimen BN akan melompat parti untuk menyertai Pakatan Rakyat.

“Saya mencabar Anwar meletak jawatan sebagai penasihat PKR jika BN masih berkuasa pada 17 September. Ini kerana beliau gagal menepati janjinya kepada penyokongnya,” katanya
SUMBER /BERITA LANJUT : BHARIAN ONLINE 18/06/08

Wah, YB KJ dah berani main cabar-cabar ni, jangan silap geng, silap-silap bulan depan dah lompat dah, dan ingat juga
orang Sabah masih ramai bertanya "siapa bah Khairy Jamalddin ni ?" .BUKAN MINAT TAPI GERAM!!

Tapi kalau 30 Ahli Parlimen lompat Macam mana ? Saya rasa 1st and last la , jadi YB tu kan..:P

2 comments:

Mr.Garot said...

Siapa itu Khairy oh..kalau bukan undi pos di Rembau tumbang jugak dia itu..cakap saja lebih..

AJ said...

Khairy ambitious... hampir bankrupt mamat ni tp Pak Lah tolong