" SALAM REFORMASI "

" Kepada Rakyat Negeri Sabah, Bangkitlah Kita Bersama-sama , Perjuangkan Hak Kita, Belalah Nasib
Anak Bangsa Kita,Jangan Wariskan Beban Hidup Kita Kepada Genarasi Akan Datang,Reformasikan Hidup Kita, Reformasikan Negeri Kita, Reformasikan Negara Kita! "

Tuesday, June 17, 2008

Kerap Baca Blog Tidak Semestinya Undi Pembangkang

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Laman web dan blog di internet hanya media pilihan keempat pengundi sebagai sumber maklumat pada pilihan raya 2008 selepas televisyen, akhbar dan ceramah politik.

Dapatan daripada kajian bertajuk "Peranan dan Pengaruh Internet dan Kewartawanan Blogger Terhadap Pengundi Semasa Pilihan Raya Umum Malaysia 2008" turut menunjukkan meskipun 80 peratus responden tahu mengenai blog, ia lebih digemari dan diterima oleh golongan kelas pertengahan dan bawah.

Kajian yang dilakukan oleh Prof. Madya Dr Baharuddin Aziz, Dr Rahmat Ghazali dan Dr Abd Rasid Abd Rahman dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM itu turut mendapati tiada data kukuh yang dapat menjuruskan bahawa kekerapan melayari blog menentukan kecenderungan mengundi pembangkang.

"Setelah dibuat silang perbandingan, kami mendapati tiada bukti statistik yang kukuh yang dapat menyokong bahawa kandungan internet telah mempengaruhi pengundi untuk mengundi pembangkang.

"Ramai responden yang hanya memilih televisyen dan akhbar arus perdana sebagai sumber maklumat turut memilih pembangkang begitu juga pembaca blog yang mengundi parti pemerintah," kata Dr Baharuddin kepada Bernama.

Kajian sebulan itu turut mendapati banner, poster, bendera dan risalah telah memainkan peranan dan pengaruh yang berkesan terhadap pengundi memilih pembangkang.
SUMBER : BERNAMA 17/06/2008

Saya bersetuju dengan kajian ini, Namum kita lihat semula, antara Blog dan Media Masa lain seperti TV dan Radio atau Surat Khabar.
Apa kaitannya Blog dengan Pembangkang ? Mengapa ada tafsiran pembaca blog atau khususnya yang gemar melayari internet sering dikaitkan
dengan pembangkang ?

Sudah berapa lama pelayar blog ini dan penulis blog bergiat aktif ? Dan kesedaran hanya timbul selepas PRU12 .
Bagi saya tidak ada mana-mana kuasa yang boleh menghalang untuk seseorang itu meluahkan perasaannya melalui blog.
Bagaimana pula ceritanya kalau seseorang itu menggunakan media seperti akhbar, radio atau Tv ?
Siapa yang mengawal media ini ?
Namun Malaysia seharusnya bersyukur kerana rakyatnya kini lebih matang dan tahun menggunakan internet.Boleh membuat perbandingan siaran berita ,boleh mencari jawapan segala kemuskilan dan boleh mengeratkan lagi perpaduan.
Walaupun pada masa kini talian internet yang digunakan oleh rakyat Malaysia jauh lebih rendah kelajuannya berbanding Negara lain.
Kita tetap bersyukur
.

No comments: