" SALAM REFORMASI "

" Kepada Rakyat Negeri Sabah, Bangkitlah Kita Bersama-sama , Perjuangkan Hak Kita, Belalah Nasib
Anak Bangsa Kita,Jangan Wariskan Beban Hidup Kita Kepada Genarasi Akan Datang,Reformasikan Hidup Kita, Reformasikan Negeri Kita, Reformasikan Negara Kita! "

Friday, June 20, 2008

Yong Jawab Pak Lah

KOTA KINABALU: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee hari ini mengakui menerima surat tawaran jawatan Senator dan Wakil Khas berkaitan Kawasan Pertumbuhan Asean Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA).
Bagaimanapun, bekas Ketua Menteri Sabah itu menganggap tawaran itu sebagai 'sogokan politik' supaya tidak terus menyuarakan isu mengenai Sabah.

Yong berkata beliau menerima tawaran itu melalui 'surat rahsia' daripada Bahagian Kabinet Jabatan Perdana Menteri pada 17 Jun lalu, iaitu sehari sebelum Yong mengiystiharkan parti itu hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan akan mengemukakan usul undi tidak percaya apabila Dewan Rakyat bersidang minggu depan.

Mengenai kandungan surat daripada JPM itu, Yong berkata beliau tidak boleh mengumumkannya sebelum ini kerana ia surat rahsia tapi "Perdana Menteri sudahpun bercakap perkara itu".

"Apabila saya dapat surat ini secara normal, saya cakap dengan Ketua Menteri, kalau pada masa kini kamu menawarkan jawatan, saya kata "adakah ini ditawarkan untuk tutup mulut?" katanya.
"Tiada apa yang peribadi di sini tetapi saya hairan kalau dia (Perdana Menteri) cakap pasal personal greed (ketamakan dirinya)... saya tak pernah pun minta sama Perdana Menteri perkara-perkara peribadi. Cadangan senator ini daripada Ketua Menteri, saya kata baguslah... jangan kerana ini akan dianggap sebagai tutup mulut... jadi tidak betul saya ada personal greed.

"Saya kata kalau adapun, biarlah pemimpin SAPP lain yang layak (diberi tawaran itu). Waktu ada perjumpaan di Kuala Lumpur pada 13 Mei pun, Perdana Menteri ada cakap "kami mempunyai tugas untuk anda"... jadi saya dengar itu mungkin satu umpan, itu sebabnya saya tidak beri maklum balas," katanya. - Bernama
20/06/08

Dengan relexnya Yong jawab, kalau anda ada menonton Berita TV3 Jam 8mlm tadi (20/06/2008) Yong ada buat penjelasan ,tiada agenda peribadi atas tindakan SAPP.
Anda fikirlah sendiri.

1 comment:

Anonymous said...

Nampak lah pemimpin BN dan UMNO ada niat yang paling jahat pada negeri-negeri sabah dan tidak telus kepada rakyat-rakyat sabah,,

Apalagi yang di tunggu pemimpin sabah,masih kah kamu mau berdiam diri atau memang kamu ni betul-betul manusia paling pengecut di dalam dunia ini,,Berjunag lah dari penindasan dari BN dan UMNO anjing dan Babi itu,,