Saturday, January 24, 2009
1 comment:
-
Anonymous said...
-
Belum ada jaminan lagi di kawasan itu,,cuma kalau ada sedikit tuah PKR akan menang di sana,,!!
-
January 24, 2009 at 11:14 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Belum ada jaminan lagi di kawasan itu,,cuma kalau ada sedikit tuah PKR akan menang di sana,,!!
Seharusnya Jentera Pembangkang di Pensiangan kelak wajar di perkasa seperkasa perkasanya.Saya amat pasti teknik-teknik / strategy lama yang berkesan untuk BN pasti diulangi lagi.
Saya mencadangkan PR menubuhkan pasukan khusus untuk memantau persiapan ,kempen dan proses pilihanraya serta pergerakan peti undi.
Kawasan Pensiangan adalah kawasan terpencil yang dianggap mudah diatur oleh Pihak BN.
Saya banyak bertanya kepada kawan-kawan kisah lalu tentang pilihan raya di Pensiangan.Mungkin kerana muka bumi dan kemudahan penganggkutan yang daif kawasan ini senang untuk di manipulasi.
Dari apa yang saya dengar cerita rakan-rakan yang pernah terlibat dalam Proses Pilihan Raya di Pensiangan ada beberapa perkara yang patut diambil perhatian :-
Pemantauan 110% pergerakan peti undi selepas tamat pengundian.Saya tahu kebiasanya pihak berkuasa akan menjadi eskot untuk membawa peti undi dari satu tempat ke pusat pengiraan.
Namun khuatir dengan “persinggahan” 1 minit.Maklumlah jalan pun jalan hutan. Siapa yang nampak?
Sediakan lampu Spotlight!! untuk back up “strategy 5min black out”.Kebiasaannya pasti ada gangguan elektrik semasa kiraan undi.Jangan ulangi kesilapan lama.
Sebaik-baiknya gerakan yang diguna oleh PAS dicontohi di Pensiangan.Pemantauan menggunakan rakaman video di setiap kawasan akan banyak merosakan strategy pihak lawan.
Saya amat berharap PP-KT-P menjadi kenyataan.