" SALAM REFORMASI "

" Kepada Rakyat Negeri Sabah, Bangkitlah Kita Bersama-sama , Perjuangkan Hak Kita, Belalah Nasib
Anak Bangsa Kita,Jangan Wariskan Beban Hidup Kita Kepada Genarasi Akan Datang,Reformasikan Hidup Kita, Reformasikan Negeri Kita, Reformasikan Negara Kita! "

Sunday, June 29, 2008

Anwar Dituduh liwat lagi!!

10 Tahun lepas, Anwar Ibrahim dituduh melakukan liwat, yang benar-benar menjatuhkan maruah serta masa depan politiknya.Walaubagaimanapun pertuduhan tersebut telah digugurkan selepa dijatuhkan hukuman.Kali ini sekali lagi tuduhan yang sama "liwat" !!
Bagai mana kali ini ? Ketika kebangkitan Pakatan Rakyat mula bersinar-sinar , apa lagi taktik kotor yang digunakan oleh pihak musuh.
Mana akal dan fikiran rakyat Malaysia ?

Saturday, June 28, 2008

Sabah gembira tumpuan pendidikan luar bandar

KOTA KINABALU 27 Jun - Kerajaan negeri Sabah gembira dengan komitmen berterusan kerajaan Pusat yang menyalurkan peruntukan terbesar bagi memajukan sektor pendidikan luar bandar dan pedalaman di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Amanberkata, peruntukan sebanyak RM13.5 bilion untuk membangunkan pendidikan di Sabah dan Sarawak di bawah kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) itu amat bermakna kepada rakyat di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Menurut beliau, pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu jelas membuktikan Kerajaan Persekutuan tidak mengabaikan keperluan rakyat khususnya dalam pendidikan meskipun berhadapan dengan kekangan kewangan berikutan kenaikan tinggi harga minyak mentah dunia.

"Di Sabah, kita masih ada banyak masalah dalam bidang pendidikan untuk ditangani terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman termasuk infrastruktur, peralatan pembelajaran dan kualiti guru-guru.

Sumber : Utusan Malaysia 28/06/2008

Apabila disebut tentang Pendidikan Luar Bandar, saya tebayang semula sekolah-sekolah di Pedalaman Sabah Berhampiran Salinatan Pensiangan. Walaupun serba kekurangan, namun
anak-anak murid masih bersemangat untuk belajar dengan harapan hari demi hari ada sahaja yang baru untuk mereka.Para guru juga gah meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa.Bersyukurlah kerana tumpuan pendidikan luar bandar dan pedalaman ini berpihak kepada Sabah.AKAN TETAPI , TOLONG LAH WAHAI PARA PEMBESAR SEKALIAN!! SATU BILLION PUN DANA PEMBANGUNAN UNTUK SEKOLAH PEDALAMAN ,TIDAK AKAN BANYAK MEMBANTU.Setiapkali satu pembangunan atau peralatan yang dihantar di sekolah-sekolah pedalaman ini ,kos penghantarannya lebih besar dari nilai pembangunan atau peralatan tersebut.Mengapa tidak diberi perhatian serius kemudahan jalan raya, jambatan dan sebagainya.Pandangan saya walau jauh dimana pun sesebuah sekolah itu, tetapi kalau kemudahan asas perhubungan jalan raya ada, tidak akan ada murid-murid yang akan keciciran ilmu.Kita tahu, banyak sekolah-sekolah di pedalaman Sabah juga tiada kemudahan elektrik, pada dasarnya pemasangan tiang elektrik akan megikut kemudahan jalan raya.Sebenarnya Kita di Sabah rasa amat malu, kerana banyak kampung-kampung yang masih menuntut kemudahan jalan raya berturap, air paip dan elektrik.Ini semua asas!! Orang kampung tak perlu minta,YB yang kena peka. Tapi sudah bertahun tahun tahun tahun... itu itu juga....

Thursday, June 26, 2008

MASALAH KEWANGAN MALAYSIA SERIUS ?

Sebagai orang yang mendengar, menonton dan membaca, macam K3P dulu-dulu..
saya dapat membayangkan kewangan negara kita, semacam tahun 1998 dulu.......
Macam orang sakit jatung ni, Diawal-awal sebelum pilihan raya ke 12, tidak ada tanda-tanda
pun negara kurang sumber kewangan, sampai koridor Sabah pun diumum wow...
Kira mantap lah, tapi itu dulu laa ,masa memikat burung punai....
Sekarang ni, bila da dapat, emm ... macam-macam cara bagi kurang perbelanjaan kerajaan.
Jadi mangsa juga si burung punai..Peruntukan kewangan di kementerian-kementerian tertentu
ada juga kena potong tu dalam 10% mungkin. Bagi orang-orang dalam kementerian kewangan tahu la tu.
sedihnya... nampak gaya, harapan ribuan pemohon jawatan yang dibanggakan oleh SPA online tu,
terpaksa tunggu cair dahulu pembekuan pengisian.
Apa nak buat lagi, poket tengah kering...
"INI GARA-GARA MINYAK DUNIA NAIK BAH NI , TERUS MALAYSIA RUGI"

Kalau ada sesiapa boleh senaraikan kesan kenaikan harga minyak dunia terhadap kerajaan Malaysia.Tolong listkan.

Tuesday, June 24, 2008

Keningau Sesak!!

Apa dah jadi ni ? Khabar angin Stesen Minyak akan mogok , Mendesak para pemilik kenderaan berebut-rebut mengisi tangki minyak kenderaan masing-masing.
Akibatya, Jalan Keninga-Nabawan Sesak!! Jalan Keningau Tenom Sesak Jalan Keningau -KK sesak!.Apatah lagi jalan raya utama di dalam bandar.
Apa ni ? Kenapa hal ini boleh terjadi.?
Apa puncanya? pening! pening!

Usul Yang Terlewat!!

Usul kenaikan harga diluluskan!Dewan Rakyat meluluskan usul khas berkaitan kenaikan harga petroleum dan barangan selepas kira-kira lima jam dibahaskan oleh 18 Ahli Parlimen, masing-masing sembilan dari Barisan Nasional (BN) dan parti pembangkang.

Bagi rakyat apalah guna lagi dibuang masa 5 Jam tersebut, memang kita tahu kompom lulus punya.Sudah dilaksanakan
tak kan mahu ditarik balik, dah meludah tak kan nak jilat balik.

Heran,rakyat susah hati, tapi yang pembesar-pembesar ni, nampak ceria pula, pelik.

Monday, June 23, 2008

Minyak Dan Subsidi.

Minyak Dan Subsidi.

Kita renung kembali , adakah tepat tindakan kerajaan ini, mengurangkan subsidi minyak disel dan petrol untuk rakyat. Kenaikan harga minyak petrol dan disel yang diumumkan oleh PM, sememangnya banyak membebankan rakyat dan secepat kilat skim pemberian rebat tunai dilaksanakan bagi mengurangkan beban ini.Akan tetapi adakah pelaksanaan pemberian rebat tunai ini dapat mengurangkan beban rakyat ? atau setidak-tidaknya "balik pokok" sebelum kenaikan harga minyak ?Ada beberapa perkara yang bermain dalam fikiran saya, ada mungkin boleh menjawab ,

Pertama :
Pemberian rebat tunai ini berkuat kuasa 1 April 2008,Bermakna hanya kenderaan yang memperbaharui cukai jalan pada atau selepas 1 APril 2008.sahaja layak menuntut.Soalnya bagaimana dengan Kenderaan yang telah memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka sebelum 1 April 2008 ? Sebagai contoh, Kenderaan yang memperbaharui Cukai Jalan pada 1 Mac 2008.Bermakna , pemilik kenderaan akan menunggu sehingga 1 Mac 2009,barulah layak menerima rebat. Erti kata lain pemilik kenderaan ini selama tempoh tersebut tidak menerima subsidi seperti orang lain terima .
Kalaupun dikatakan , ala... nanti dapat juga tahun 2009, memang benar, tetapi kos tanggungan selama tidak mendapat rebat itu, adalah "beban".Dan kalau pun pada 1 Mac 2009 pemilik kenderaan tersebut dapat rebat tunai, rebat tersebut adalah kegunaan bagi tempoh 1 Mac 2009 hingga 1 Mac 2010. Ringkasnya Beban tetap Beban!

Kedua :
Adalah tidak adil, pemberian rebat ini dikelaskan mengikut CC kenderaan.Syukurlah bagi pemilik kenderaan 2000cc keatas untuk rakyatSabah dan Sarawak telah di "up"kan kepada 3000cc. Secara logiknya kerajaan sudah tahu, ramai orang Sabah di pedalaman memiliki kenderaanPacuan 4 roda yang berkuasa 2000cc keatas.Mungkin ada yang berkata "wah, yang tinggal di Pedalaman pula yang kaya-kaya beli kereta besar".Ya, memang benar tetapi itu bukan kehendak sebenar.Kerana bentuk muka bumi, dan jalan raya yang tidak beraspal!!.Kalau jalan raya ada, rata
dan beraspal tentu sahaja kenderaan kecil yang kurang makan belanja akan jadi pilihan.Itu Sabah dan Sarawak, yang tinggal di Malaysia , tetapi kemudahan jalan raya yang tidak sempurna , tetapi bagi yang memiliki kenderaan 2000cc keatas yang tinggal di bandar.Mereka juga adalah rakyat Malaysia,dan bukan semua pemilik kenderaan 2000cc keatas ini golongan berada, tetapi memerlukan kenderaan pacuan 4 roda untuk urusan perniagaan.Mereka tidak layak menerima Rebat, mungkin tidak menjadi masalah, sebab apa bila kos operasi mereka meningkat, bermakna mereka
terpaksa menaikan nilai perniagaan mereka.Kesannya kenaikan harga barang.Bebannya berbalik juga kepada umum.Rakyat menerima kenaikan pelbagai jenis barangan.Beban tetap Beban.

Ketiga :
Fokus Kerajaan , apabila menaikan harga minyak hanya tertumpu kepada kenderaan.Jangan dilupa, jangan diabai, ada banyak lagi aktiviti yang memerlukan minyak petrol atau disel selain kegunaan kenderaan.Tidak perlu disebut semua, saya mengambil contoh ,kehidupan orang kampung yang "masih belum menerima kemudahan elektrik ". Ya lah, kalau jalan raya belum ada, mustahil pula tiang letrik dah pacakkan ?
Mahu tidak mahu, alat penjana kuasa "genarator" jadi pilihan. Alat ini bagaikan nyawa bagi mereka, sudah tentu minyak petrol diperlukan. Apa rebat untuk mereka ?Sedangkan lampu minyak tanah, lampu "Pump", dan Pilasut" juga memerlukan minyak tanah atau disel .Dipersilakan para pembesar , untuk mencari kampung yang tiada bekalan elektrik dan menggunakan genarator ,senaraikan dan bagi mereka rebat.Hebat tu.Anda bolehlah fikir sendiri.Beban tetap beban.

Cukuplah tiga perkara ini, saya sendiri tidak sanggup memikirkannya lagi.Yang jelas, kenaikan harga minyak benar-benar membawa kesan yang mengejut terhadap nilai pasaran baragan lain.Harga Beras ? Silalah berkunjung ke kedai-kedai berhampiran lihatlah sendiri perbezaan harga dahulu dengan sekarang.

Saturday, June 21, 2008

Belanja RM800 sebulan beli diesel ?

SAYA ingin menarik perhatian pihak bertanggungjawab dan prihatin dengan masalah penduduk Sarawak, terutama di luar bandar yang menggunakan generator bagi mendapatkan bekalan elektrik.

Sejak harga bahan api naik 40 peratus, kebanyakan penduduk luar bandar yang kebanyakan petani dan nelayan amat menderita kesan kenaikan harga diesel.

Sebagai penduduk Kampung Kuala Sibuti, kira-kira 70 kilometer dari Miri, kami terpaksa berbelanja sehingga RM800 setiap bulan hanya untuk membeli diesel.

Kos yang agak tinggi itu tidak wajar bagi penduduk pedalaman. Kalau dibandingkan dengan keadaan penduduk yang tinggal di bandar, jumlah itu adalah perbelanjaan bagi golongan orang berada.

Kami memohon kerajaan menyediakan kad subsidi minyak diesel kepada penduduk terbabit, seperti diberikan kepada nelayan yang mempunyai kad pembelian diesel dengan kadar subsidi RM1
.

PENDUDUK MENDERITA,
Sibuti, Miri, Sarawak.
-sumber : ruangan Bsurat : BHarian 21/06/2008

Ruangan "surat" dalam akhbar Berita Harian banyak menyiarkan keluhan dan rungutan rakyat terhadap apa juga masalah, khususnya yang melibatkan kerajaan, namun soalnya adakah keluhan dan rungutan ini sampai ke meja pihak yang ditujukan ?
Manalah kita tahu, sama ada mereka ini pembaca akhbar ruangan aduan awam atau ruangan saham :)