Monday, July 7, 2008
Ohhhh Pak Lah!
Tapi Macam biasa lah, yang disiarkan hanya yang menjaga kepentingan BN.
Tapi aku suka kenyataan yang dibuat oleh " Pak Dullah" ... dia cakap.. rakyat telah memberi mandat kepada BN untuk terus memerintah ..."
sokong!!.... Pak dulah... aku setuju....
tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii................. "tapi dalam masa yang singkat mandat yang telah diberikan oleh rakyat kepada BN , telah dikhianati sendiri oleh Pak Dulah.Harga minyak yang dilambungkan harganya keparas paling tinggi ,dalam sejarah Malaysia ni,makanya... sebab itulah Protes ini dibuat!! ,Memang geram betul aku, Protes minyak naik lah ni dulahhhh..... jangan cakap pasal mandat2 ni.....
Friday, July 4, 2008
" KENAPA NAJIB " ?
-Berita ini sudah cukup untuk membulatkan lagi mata rakyat yang sentiasa mengikuti perkembangan politik negara yang semakin "membosankan".
Soalnya :- Untuk apa Mohd Saiful Bukhari ini datang mengadu dengan Datuk Seri Najib ? Kenapa tidak terus membuat laporan kepada Pihak Polis ?
kenapa Najib ?
atau
Mengapa Saiful tidak jumpa Ketua Polis Negara sahaja ?
Kenapa Najib ?
atau
Mengapa Saiful tidak jumpa Pak Lah yang lebih tinggi Jawatannya dalam negara ?
Kenapa Najib ?
DAN siapaMohd Saiful Buhkari Azlan yang begitu mudah berpeluang bersemuka dengan
Najib ?
Tuesday, July 1, 2008
APA KATA MEREKA ?
Mohamad Ezam Mohd. Nor
"..Anwar merupakan seorang yang pandai bermain sandiwara bagi menutup kelemahan peribadinya.Dia menggunakan alasan kononnya wujud konspirasi sekali lagi oleh kerajaan untuk menjatuhkannya sedangkan tuduhan itu tidak benar,Kalau beliau (Anwar) tidak bersalah, beliau patut berani hadapi pihak polis dan kerajaan.."
Datuk Seri Mohd. Ali Rustam
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu takut untuk berdepan dengan siasatan polis berhubung dakwaan liwat terhadapnya jika beliau tidak bersalah
Datuk Seri Syed Hamid Albar
“Kita harap hal begini jangan dipolitikkan untuk apa-apa tujuan sekalipun atau mengalih pandangan daripada perkara pokok yang beliau hadapi. "
“Jika betul ada konspirasi, Peguam Negara dan polis akan mengambil tindakan terhadap perkara tersebut berdasarkan undang-undang"
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Sunday, June 29, 2008
Anwar Dituduh liwat lagi!!
Bagai mana kali ini ? Ketika kebangkitan Pakatan Rakyat mula bersinar-sinar , apa lagi taktik kotor yang digunakan oleh pihak musuh.
Mana akal dan fikiran rakyat Malaysia ?
Saturday, June 28, 2008
Sabah gembira tumpuan pendidikan luar bandar
KOTA KINABALU 27 Jun - Kerajaan negeri Sabah gembira dengan komitmen berterusan kerajaan Pusat yang menyalurkan peruntukan terbesar bagi memajukan sektor pendidikan luar bandar dan pedalaman di negeri ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Amanberkata, peruntukan sebanyak RM13.5 bilion untuk membangunkan pendidikan di Sabah dan Sarawak di bawah kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) itu amat bermakna kepada rakyat di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Menurut beliau, pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu jelas membuktikan Kerajaan Persekutuan tidak mengabaikan keperluan rakyat khususnya dalam pendidikan meskipun berhadapan dengan kekangan kewangan berikutan kenaikan tinggi harga minyak mentah dunia.
"Di Sabah, kita masih ada banyak masalah dalam bidang pendidikan untuk ditangani terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman termasuk infrastruktur, peralatan pembelajaran dan kualiti guru-guru.
Sumber : Utusan Malaysia 28/06/2008
Apabila disebut tentang Pendidikan Luar Bandar, saya tebayang semula sekolah-sekolah di Pedalaman Sabah Berhampiran Salinatan Pensiangan. Walaupun serba kekurangan, namun
anak-anak murid masih bersemangat untuk belajar dengan harapan hari demi hari ada sahaja yang baru untuk mereka.Para guru juga gah meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa.Bersyukurlah kerana tumpuan pendidikan luar bandar dan pedalaman ini berpihak kepada Sabah.AKAN TETAPI , TOLONG LAH WAHAI PARA PEMBESAR SEKALIAN!! SATU BILLION PUN DANA PEMBANGUNAN UNTUK SEKOLAH PEDALAMAN ,TIDAK AKAN BANYAK MEMBANTU.Setiapkali satu pembangunan atau peralatan yang dihantar di sekolah-sekolah pedalaman ini ,kos penghantarannya lebih besar dari nilai pembangunan atau peralatan tersebut.Mengapa tidak diberi perhatian serius kemudahan jalan raya, jambatan dan sebagainya.Pandangan saya walau jauh dimana pun sesebuah sekolah itu, tetapi kalau kemudahan asas perhubungan jalan raya ada, tidak akan ada murid-murid yang akan keciciran ilmu.Kita tahu, banyak sekolah-sekolah di pedalaman Sabah juga tiada kemudahan elektrik, pada dasarnya pemasangan tiang elektrik akan megikut kemudahan jalan raya.Sebenarnya Kita di Sabah rasa amat malu, kerana banyak kampung-kampung yang masih menuntut kemudahan jalan raya berturap, air paip dan elektrik.Ini semua asas!! Orang kampung tak perlu minta,YB yang kena peka. Tapi sudah bertahun tahun tahun tahun... itu itu juga....
Thursday, June 26, 2008
MASALAH KEWANGAN MALAYSIA SERIUS ?
saya dapat membayangkan kewangan negara kita, semacam tahun 1998 dulu.......
Macam orang sakit jatung ni, Diawal-awal sebelum pilihan raya ke 12, tidak ada tanda-tanda
pun negara kurang sumber kewangan, sampai koridor Sabah pun diumum wow...
Kira mantap lah, tapi itu dulu laa ,masa memikat burung punai....
Sekarang ni, bila da dapat, emm ... macam-macam cara bagi kurang perbelanjaan kerajaan.
Jadi mangsa juga si burung punai..Peruntukan kewangan di kementerian-kementerian tertentu
ada juga kena potong tu dalam 10% mungkin. Bagi orang-orang dalam kementerian kewangan tahu la tu.
sedihnya... nampak gaya, harapan ribuan pemohon jawatan yang dibanggakan oleh SPA online tu,
terpaksa tunggu cair dahulu pembekuan pengisian.
Apa nak buat lagi, poket tengah kering...
"INI GARA-GARA MINYAK DUNIA NAIK BAH NI , TERUS MALAYSIA RUGI"
Kalau ada sesiapa boleh senaraikan kesan kenaikan harga minyak dunia terhadap kerajaan Malaysia.Tolong listkan.
Tuesday, June 24, 2008
Keningau Sesak!!
Akibatya, Jalan Keninga-Nabawan Sesak!! Jalan Keningau Tenom Sesak Jalan Keningau -KK sesak!.Apatah lagi jalan raya utama di dalam bandar.
Apa ni ? Kenapa hal ini boleh terjadi.?
Apa puncanya? pening! pening!